AMALAN BIDAAH YANG KITA SELALU BUAT BILA MENJELANG RAYA

22.7.14 Suria Lekatlekit 16 Comments

Lagi 6 hari kita berpuasa lepas tu raya. Sekarang ni dah start rumah2 pasang pelita.. pasang lampu liplap.. Kebanyakkan rumah mula di terangi cahaya hingga ke pagi. Kecik2 dulu pun aku & adik beradik aku suka jugak pasang pelit malam 7 likur ni tapi bukan paham pun sebab apa pasang pelita & lampu liplap bila dekat nak raya.. Yang paham cuma tu tanda nak sambut raya.

Sumber google

Tu budak2.. dia fikir bila pelita dah pasang, lampu liplap dah bernyala tanda raya dah nak dekat bagi golongan dewasa pula mungkin benda ni menjadi amalan sejak turun temurun. Ada yang percaya sebab 10 Malam terakhir terdapat satu malam Lailatul Qadar maka kena sinari rumah dengan cahaya. Aku nak komen lelebih aku tak pandai.. aku cuma belajar sebab tu aku mencari info bukan nak menyesatkan orang. Kalau salah tegur la
Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.
Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.
Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.
"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni,"

 Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita.
"Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan.
"Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!

 Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya.
"Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu
-Sumber Rujukan kat SINI-
Sekadar berkongsi info. sekali lagi kalau salah tegurlah secara berhemah. Aku manusia yang ilmu cuma sejengkal. Kalau aku share bermakna aku pun baru belajar bersama.

P/S : yang rasa pasang pelita dengan niat sekadar memeriahkan suasana nak sambut raya tak perlu la terasa. Tapi kalau wujudnya kepercayaan macam ni dulu, tak mustahil masih lagi ada orang percaya macam tu sampai sekarang. Kalau kat kampung tu masih ada orang yang percaya Malam Lailatul Qadar perlu di terangi rumah dengan cahaya, dari pengalaman sendiri dengar someone explain pasal pasang pelita malam 7 likur ni. See.. masih ada yang mempercayai kepercayaan bidaah ni.

Info2 yang berkaitan boleh jugak baca kat sini
 menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan. Selebihnya baca kat sini >>Persoalan agama :PASANG PELITA AMALAN BIDAAH?

16 comments:

  1. tapi zaman sekarang bukan pasal 7 likur kan... dah jadi trend, seminggu atau beberapa hari nak raya pasang pelita dengan lampu liplap... aku selalu abah aku pasang dulu...kalau ikut dia malas je...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa kecik2 akak dgn adik beradik memang rajin pasang.. arwah ayah pasang lampu liplap jer.. tp masa tu tak fikir la pulak pasal lailatul Qadar ada kaitan dengan pasang pelita bagai ni.. Just Fikir nak raya memang seronok pasang pelita

      Delete
  2. Mmg tidak ada nas atau hadis berkenaan 7 likur tu.
    Cuma bergantung pada niat kita, utk apa kita pasang pelita atau nyalakan lampu lip-lap tu.
    Kalau tak bertentangan syarak, x mengapa. Jaga niat itu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat situ pun mention untuk orang2 yang mempercayai malam 7 likur malam lailatul Qadar & kena pastikan rumah bercahaya.. maknanya kalau dorang percaya macam tu jadi bidaah la..

      Delete
  3. amalan nyala lampu tak salah.., kepercayaan tu dah takde.., serupa dgn tabur bunga dan juga ziarah kubur..,

    skali lagi nasihatkan..hati2 dgn sumber google bab agama.., puak wahabi menguasai.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah rujuk dari seseorang yang berkelayakkan Ujang.. Info saya sampaikan tak salah pun mungkin Ujang yang salah faham kot. Tak salah kita nak teruskan adat pasang pelita tu tapi jgn sampai tertinggalkan amalan yg wajib & pasang pelita @ lampu dengan kepercayaan benda tu kena buat sebab malam lailatul Qadar.. tu yg jadi salah kot

      Delete
  4. tak tau nak tulis camna.. kat situ pun tulis orang yang percaya malam 27 ramadan tu mlm lailatul Qadar & mengamalkan memasang lampu @ pelita sempena lailatul Qadar kerana percaya rumah perlu bercahaya tu yg bidaah... tak mustahil ada yang masih amalkan & percaya semua tu. entri ni just info kalau salah nanti saya delete lah

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pasang pelite atau lampu lip lap sebab rumah tepi jalan ade lampu jalan banyak. cerah je memanjang. kalau pasang pun tak ada effect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn umah saya kat kg. sejak ada lampu jalan depan umah kita pun tak pasang lagi.. hahahahaha

      Delete
  6. Kathy masih pasang pelita tp bukanlah bertujuan apa²..just nak tengok kelainan dan keindahan cahaya pelita di mal hari. Nak pasang hari biasa kang pelik org tengok..hehe..btw,nice share sis..

    ReplyDelete
  7. aktiviti menyalakan pelita susun2 pelita bg sy sama je dengan pasang langsir baru (utk raya), utk menaikkan mood raya je.. seronok n cantik tengok lampu pelita tersusun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul kebanyakkan generasi sekarang dah tak de kepercayaan macam tu tapi masih ada yang mempercayainya.. saya just share. kalau takde kepercayaan macam tu mustahil ada keluar statement macam ni... sekadar berkongsi info harap takde yg salah faham. saya tak larat nak explain :D

      Delete
  8. saja suka2 pasang pelita sebab nak bagi cerah dan cantik halaman rumah. hihi

    ReplyDelete
  9. wahabi/salaf sheikh Albani ni kalau bab menghentam orang memang terer dia,walhal dalam sejarah jelas di perbudakkan oleh kolonial british dalam usaha untuk memecah belah umat islam di semenanjung Arab secara tidak langsung menjatuhkan kuasa dan pengaruh khalifah ottomaniah turki-dedahkan penyelewengan wahabi!!!

    ReplyDelete
  10. tapi ada sesetengah ustaz dan penceramah cakap perlu hidupkan malam 7 likur.
    saya yang muda ni tak tahu apa2 ikut jela.
    mungkin kita terlalu ekstrem dan salah faham apa maksud "hidupkan" itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang di maksudkan kena hidupkan malam 7 likur tu maybe dengan memperbanyakkan ibadat bukan memperbanyakkan amalan sia2 & tak membawa manafaat kot...

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!