BUANG SEMUA BARANG JENAMA SAMSUNG TANDA BOIKOT ISRAEL

13.7.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Dari pagi tadi aku dok baca isu yang katanya samsung penyumbang dana kepada Israel (betul tak betul aku tak sure). Baca la jugak komen2 penuh ghairah & marah manusia2 yang katanya prihatin atas apa yang berlaku di Palestine. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih ada hati.

ni yang sedang di sebarkan secara meluas kat laman sosial

Dalam banyak2 komen ada aku terbaca komen yang suruh sesiapa jer ada guna barang tak kira apa2 gadget termasuk hp buang. Menitis air peluh I membaca komen macam tu. Gadget @ Hp samsung ni bukan rega seringit dua kot.. Ye betul kita tak sokong Israel kalau boleh kita pun tak nak menyumbang apa2 pada Israel. Selama ni kita tak tahu produk apa yang menyumbang pada Israel sebab takde pendedahan, bila dah di dedahkan.. baru kita tahu & kita dah terbeli. Kalau beli biskut jer takpe.. kalau terbeli peti ais 2 pintu jenama samsung tetiba demi menyokong boikot produk yang menyalurkan dana pada Israel perlu buang semua produk tu sedangkan benda tu dah jadi keperluan.. susah jugak kan? Rega ribu riban ni kadang2 nak dapat bukan semudah petik jari ye dak??

Ada yang kata komen tu cuma sarcasm.. Ok.. boleh jadi. Tapi tak mustahil ada yang rasa kena buat macam tu tanda sokongan. Sapa tak buat dia sokong Israel. Macam ni la memudahkan cara.. Kita tak mampu patah balik even dalam apa juga perbuatan atau percakapan..  Yang mana dah terbeli & terpakai.. kalau mampu nak tukar jenama lain, bagus. Buatlah. Tapi bagi golongan yang macam aku ni.. nak tukar gadget @ hp atau perkakasan/peralatan dalam rumah ni bukan senang. Aku bukan hartawan jauh sekali jutawan.. beli sekali pakai sampai rosak. Yang dah terbeli & terpakai.. tak perlu la sampai kena buang cuma apa yang perlu kalau betul produk tu menyumbang dana pada musuh umat Islam.. jangan beli lagi lepas ni. Simple kan?? Kalau buang pun mustahil kita dapat  balik duit yang katanya menjadi dana dari pembelian produk tu, betul tak??

Moral of the story.. Komen la pakai otak bukan emosi. Sarcasm tak salah tapi jangan sampai jadi salah faham. Boikot tu bagus tapi yang tak bagus boikot bermusim. Buatlah dengan ikhlas bukan ikut ikutan. Apa yang penting tak perlu riuh sangat dalam menyatakan simpati pada saudara kita di Palestine kalau malas nak angkat tangan berdoa untuk mereka. Tak perlu jadikan kata2 sebagai senjata sebab tak mati musuh dengan maki.. Berjuanglah walau hanya dengan doa, Insya Allah itulah senjata orang Islam.

P/S : Terus doakan untuk saudara kita di Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada umat Islam di seluruh dunia. Amin..

11 comments:

  1. dieorang yang semangat lebih bercakap nak buang gadgets tu rasa sembang kencang je. tak ada nye nak buat betul-betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melainkan reta dia melimpah ruah.. duit bagaikan dedaun kering luruh di musim kemarau.. maybe dia boleh la buang. kan?? kekekeke

      Delete
  2. Yang beri idea tu dah buang ke heng pong samsung dia?...ke dia guna public pong?...

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan org macam ni mmg keyboard warrior je. Cakap pong pang je lebih. Eh geram pulak. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. tiap kali ada benda jadi kat palestin
    keluarlah isu ni, padahal palestin tu tiap-tiap hari hidup dalam ketakutan
    bukan la ni aje
    boikot time perang, dah tak perang dah tak boikot. apalah...

    ReplyDelete
  5. Facebook acc rasa2nye ade x yg sanggup delete? Aku laptop ade 2 kt rumah. Perisian komputer pun yahudi yg buat. Nk kna buang jgak ke? Hari2 aku buat keje kt opis guna komputer yg made in yahudi. Mcmana rezeki aku? Subhah ke? Ade rakan2 islam kta berniaga online kat facebook melalui HP iphone/os android.. Jd apakah hukum nya? Rokok pulak? Ramai je org islam merokok walaupun tau rokok itu makruh / haram bg sesetgh negara islam. Jgn pulak kate tukar rokok made in indo / china.. Sbb mmg dah rokok x baik utk kesihatan jd tinggalkn lah.. Konsep merokok mmg jew punye idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh,,facebook dan komputer tu lain cerita la sebab mmg takdak pilihan yg lagi elok buat masa sekarang..tapi brand handphone yg lebih lualiti dan murah belambak kat luar sana..tadak alasan kalau takleh boikot samsung..

      Delete
  6. dah ada tak perlu la dibuang..gunakan lah enset samsung yang canggih tu untuk guna cimb click @ maybank2u @ sewaktu dengannya membantu saudara kita di palestin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2..x perlu buang..gune sampai rosak dulu..baru tukar phone brand lain kan..

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!