GROUP MENGAIBKAN SUAMI KAT FB

14.7.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ada ke group kat FB yang di tubuhkan semata mata nak aibkan pasangan? Ada.. sapa kata tak ada. Bukan kena bayar yuran pun nak create group kat FB.. bukan susah pun nak dapat ahli. Add je sesapa tanpa rasa bersalah.. penuh la group tu. ye dak?? Mesti hangpa tertanya.. erkk.. group apa yang dok aibkan suami tu. Share la...

Gambar sekadar hiasan. Carian google

Alkisahnya semalam tetiba secara tak sengaja dapat notification kat Fb katanya dah approve aku dalam satu group yang bernama Rumahtangga dot dot.. ni (tak payah la bagitau fullname group tu). Walau aku tak pernah tahu group tu apatah lagi request nak join tapi dah jadi fenomena biasa kot kat FB.. main add je orang masuk apa2 group. Pasal tu malas nak kupas kupis, kita cakap pasal aktiviti group tu sudah.

Sempat la aku tengok apa aktiviti post group tu.. Rupanya lebih kepada meluahkan masalah rumahtangga untuk di bincangkan secara umum dalam group tu. Kebanyakkan luahan datang dari para isteri yang ada masalah dengan suami la. Serius aku rasa macam sedikit janggal, pelik jugak rasa tak patut masalah rumahtangga di luah, di cerita & di bincang secara umum macam tu even group tu close group pun tapi ahli dia confirm depa main add je sesapapun sebab aku yang tak kenal sesapa dalam group tu pun depa main add.

Hal rumahtangga adalah peribadi bukan boleh di jadikan bahan jajaan. Bukan boleh cerita pada semua orang secara terbuka macam tu. Kalau macam tu dah jatuh mengaibkan suami even suami kita memang bermasalah pun sepatutnya cari saluran yang betul untuk berkongsi bukan post kat wall group macam tu yang orang lain boleh tahu perangai buruk pasangan kita. Dah la identiti orang yang meluahkan tu tak di lindungi.. kalau orang ke timelines dia nak2 pulak ada add relationship dengan suami dia.. dah orang tahu siapa mereka yang bermasalah tu.

Ni cuma pendapat aku la kan.. takde rumahtangga yang takde masalah langsung even aku sendiri pun kadang2 ada jugak masalah walau aku tak pernah nak up masalah tu kat FB @ blog. Bohong sangat la sepanjang perkahwinan takde masalah langsung tapi jika kita perlu nasihat @ pandangan sekalipun.. carilah orang yang betul2 boleh di percayai untuk kongsi. Jangan sesekali jadikan laman sosial sebagai medium untuk luahkan perasaan. Jangan jadikan rahsia kita senjata orang lain untuk jatuhkan kita. Ingat tak semua orang hari ni kawan.. esok masih kawan & tak semua kawan akan simpan rahsia kita ketika tidak berkawan lagi. Jadi berhati hati.

6 comments:

  1. alaaaa... akak frust, takde print screen corat coret group tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. Mcm tu pon hade.haih x tau ke syurga bawah tapak kaki suami.

    ReplyDelete
  3. semoga diorg sedar apa yg diorg buat tu salah.

    ReplyDelete
  4. kalau saya buka fesbuk & seantaranye memang ada y bercerita secara terbuka & berselindung & komen2 dari rakan2 mereka y saya tak kenali juga boleh baca..so, secara tak langsung kita pon tahu cite sebenar, bukan kita aje tp 1 dunia (y paham bahasa malaysia rojak petis alien tu la)

    ReplyDelete
  5. Link pd entry ni tetiba keluar gambar sy. Boleh betulkan x? Klu nk tgk gambar link tu, boleh wasap sy kat 019-5718033.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!