KUTIP DERMA UNTUK KIKI STERENG LOCK BAYAR DENDA

24.7.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Aku nak gelak pun tak sampai hati, nak nangis pun tak tergamak, nak marah pun rasa tak tau macam mana bila terbaca kat astroawani yang PERKASA sedang melancarkan tabung kutipan derma untuk KIKI the stereng lock bagi membantu meringankan beban dia setelah di dapati bersalah & di jatuhi hukuman denda RM5000 dan 240 jam buat kerja komuniti.


Kat Malaysia ni.. Ada orang terpaksa ikat perut kot sebab takde duit nak beli makan. Ada orang takde rumah tidur bawah jambatan & kaki lima.. Ada orang terpaksa merayu simpati nak ubati anak sakit sebab kos rawatan mahal.. Ni yang mampu berlagak dengan kereta mahal, ada badan pulak prihatin. Ya Allah kalau betul pun dia tak mampu nak bayar denda dia ada aset boleh jual bukan dia takde apa langsung. Dia tak susah mana sampai perlu minta simpati orang. Orang susah tak pakai kereta mahal even pakai kereta untuk kegunaan harian pun.


 Sumber astroawani

Serius aku tak paham yang PERKASA ni beriya sangat nak kutip derma untuk KIKI dah kenapa? Kalau aku jadi KIKI.. aku rela naik bas kot dari aku perlu rayu simpati orang macam tu. Tak rasa bersalah ke kau mengebat dengan kereta mahal tapi orang lain yang naik bas tolong kau bayar denda?? PERKASA ni dah takde tempat nak salurkan keprihatinan ke hapa. Ramai orang kat luar sana buat salah tak mampu bayar denda terpaksa di penjara.. takde perkasa nak kutip tolong semua settlekan denda kenapa KIKI je kau beriya nak tolong sangat. Sebab dia dah popular ke?

Berpada pada la kot.. Dia golongan berkemampuan kalau dia tak mampu dia tak pakai kereta mahal. Kalau dia pakai proton saga aku boleh jugak positif lagi. Ni peugeot kot.. Aku bukan dengki cuma pelik jer dengan PERKASA ni.. Dia minta tolong dengan PERKASA ke hapa aku tak tau la tapi aku nampak PERKASA macam nak tumpang glemer jer...

P/S : biarlah mereka yang berhak sahaja menerima bantuan dari kita yang berkemampuan.

11 comments:

  1. nak mencarut je rasa. tp x boleh. nnt mencarut kat sini kena cubit. haha
    Mende lah diorang ni........ jual jela CDM putih dia tu buat byr Denda.
    lagi mau buat tabung bagai. Arrgghhh! Emo!

    ReplyDelete
  2. biar benor sikit lah kot nak beri bantuan pun
    dia pakai Peugeot kot, 10 tahun keja pun belum tentu boleh beli
    orang seperti tu tak layak diberi bantuan, bantu untuk control anger dia tak apa
    cer lah kita p bantu orang yang lagi memerlukan
    contohnya cam rakyat palestin

    ReplyDelete
  3. rezeki org lantak lah nak kasik der.... kita tau hanya di video klip tapi cerita sebenar kita tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk... ni bukan pasal clip video dia kot. kutoOobambOo.. kau nak derma, sila la derma,

      Delete
  4. nak tahu sebab ape? bukan nk berpolitik kat sini,tp ni la hakikatnya..kiki tu puteri umno, mmg la kene tlg kroni sendiri.. tapi fikir la,kalo mampu beli peugeot, ade biz kerja kawin,part time modelling, xkn xmampu??? renung2kan lah...

    ReplyDelete
  5. husnudzon....rezeki dia... suudzon.. tak patut betul... duit derma tu layaknya untuk anak yatim atau orang susah... bukan si Kiki ni... tapi bak kata exprezzo laa... kena laa tolong kroni sendiri... haih mentaliti..

    ReplyDelete
  6. Apa motif bg sumbangan smua ni ek? Dia bkn golongan org yg x mampu pun kan. Ramai lg golongan yg memerlukan bantuan kot.. Hurmm entah lah, x reti nk komen. Nnt karang org kata.........

    ReplyDelete
  7. Bodoh punya kerja pergi kutip derma untuk orang yang mampu bayar. Dah kenapa.

    ReplyDelete
  8. jual la kete peugeot baru dia tu yang kata beli cash..setakat 5K tu apa la sangat,,
    nak membantu, ramai yg perlu dibantu..terpulang lah..ada akal..gunakan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!