MAKI DULU SEBELUM SIASAT

20.7.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Bila berlaku apa2 isu kat laman sosial nak2 lagi perkara tu jadi Viral maka berpusu pusu lah manusia yang konon sensitif akan mula menunjukkan kesensitifan mereka melalui maki hamun & keji mengeji. Mungkin terlampau tersentuh sangat kot sampai ke lubuk hati yang paling dalam sampai tak menyempat dah nak tunggu siasat dulu apa yang berlaku.

Bila ada orang cuba tenangkan.. minta tunggu dulu benda tu di siasat mula la cakap, terlampau bagi muka, dengan sesama melayu tak boleh positif tapi dengan bangsa lain positif pulak. Sebagai contoh semalam kecoh pasal seorang wanita katanya warga korea yang pakai baju tertulis surah Al Fatihah. Bila gambar tu tersebar, bermula cerpen maki hamun tanpa usul periksa. Ada pulak pertikaikan kenapa video kiki the stereng lock tu orang kecam sampai ke rumah orang stalk dia.


Beza kes kiki the stereng lock dengan wanita korea tu.. satu adalah kiki video. Yang wanita korea tu gambar je bercerita. Video kiki ramai orang tengok & dengar dia maki hamun uncle sim.. yang gambar wanita korea tu kita hanya boleh nampak dia pakai baju tertulis surah Al Fatihah tapi kita pun tak tau cerita sebenar. Orang dari negara luar ni.. nak2 lagi bukan dari negara Islam boleh jadi dia tak tahu apa yang tertulis pada baju dia pakai tu. Dia fikir mungkin cuma art. Bukanlah aku nak backing nyonya korea tu.. Tapi tak mustahil ceritanya macam tu. Kat korea berapa kerat orang Islam.. dia lahir membesar & tua bukan dalam ajaran Islam atau di kalangan orang2 Islam kau bajet dia macam dia tahu tulisan tu surah Al Fatihah nak maki dia tanpa usul periksa, nampaknya kau lebih bermasalah dari wanita korea tu kot. Nak2 lagi polis tengah siasat, katanya baju tu di beli kat India.

Aku suka pandangan Sozcyili dalam isu ni kalau korang nak baca komen dia boleh baca kat SOZCYILI

Kalau betul niat dia nak menghina Islam.. Berani jugak la nyonya tu. Pakai baju keluar sorang diri kat Malaysia ni yang majoriti rakyat dia orang Islam. Tapi yang tegur dalam gambar tu lelaki arab.. mana hero heroin melayu takkan sorang pun tak perasan nyonya tu pakai baju tertulis Kalam Allah. Bila tersebar kat laman sosial baru muncul perwira & serikandi Melayu Islam dengan senjata maki hamun...

Dia non muslim sepatutnya kita explain dia kena dia tak boleh pakai baju tu sebab mungkin dia sendiri pun tak tahu. Kalau dia tahu aku tak rasa dia pakai baju tu jenjalan kat Malaysia. Dia datang melancong kot bukan datang nak cari pasal

Dalam Islam pun sebelum menuduh kena siasat dulu. Apa yang kita nampak tak semestinya seperti apa yang kita fikir berlaku. So renung renungkan selamat berfikir. Moral Of the story.. Sabar itu separuh dari Iman.

Komen abang Fairol ni elok kita hadam supaya otak kita mampu menilai sebelum memaki

P/S : Korang yang terlibat maki hakum kiki tu pun ada yang pertikai kenapa kiki jadi kena kecam teruk tidak wanita ni?? Yang kecam & maki hamun kiki tu cuba tanya siapa?? adakah korang yang mempertikaikan atau... ???

5 comments:

  1. Entah nape..semakin ramai kaki carut dan maki kat fb.. Pelik nengoknyer.. :(

    ReplyDelete
  2. aku kena perli teruk pasal kes kiki aritu.... aku suruh kawan aku tu istighfar, pastu dia kata time kiki dulu tak teringat pulak nak istighfar kepe... aku suka gila kau punya point kak... betul kan?? yang ah soo ni gambar je, kiki tu video, orang nampak apa dia buat...

    aku tak faham orang kita ni....

    ReplyDelete
  3. Yang makin hamun kiki ialah 1. melayu yang dengki dengan kejayaan Kiki dapat beli kerta Mahal. 2. cina Penceroboh Kafirun yang sememangnya busuk hati demgan Melayu dan kejayaan Melayu. Cina Penceroboh Kafirun adalah api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan Yahudi Asia. singapura adalah negara Yahudi Asia yang pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik pilot nak cakap semua non muslim tu patut kena maki ke camna?? ke nak kata semua non muslim tu memang ada agenda tak baik terhadap orang Islam?? Kita nak judge orang biar kena pada tempatnya

      Delete
    2. tetapi yang ramai berjaya dalam bisnes adalah cina ye encik pilot :)

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!