MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK

15.7.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Tu dia aih.. entri bulan puasa macam nak ajak bertumbuk je dengan orang perak kan? Segar bijik mata orang perak baca tajuk entri ni kan?? Meluap luap darah dah boleh buat air sirap gitu. Mula la orang perak pasang niat nak kecam lekat lekit sepenuh hati. Berani dia cakap camtu yer..

Sabaq noh... ate teman bukannya nak mengeji kome semua orang perak. Teman nak ceghite jer. Alkisah pasal dapat request masak gulai tempoyak. First time ni dapat request camtu.. maka first time jugak la masak. Almaklum la cheq orang kedah.. mana familiar sangat masak tempoyak ni.

Yang jadi kepelikkan aku ni.. asben aku yang request. Masakan agak eksotik camtu memang jarang dapat request dari asben aku. Tapi sejak 4 tahun kawen ni la kali pertama dia request masak tempoyak. Yelah... kalau dah darah orang perak tu.. tetiba dia datang selera perak jugak sekali sekala kan. Even laki den ni lahir je kat perak tapi tak pernah membesar @ tinggal kat perak tetap la mak bapak mertua den orang perak. Sorang perak taiping (FIL), sorang lagi orang Batu Gajah (MIL) tapi depa ni bermastautin di KL. Mak mertua den tinggal kat KL katanya sejak umur 13 tahun, Ayah mertua den tak sure sejak umur berapa.

Gulai tempoyak aku masak semalam lebih kurang camni tapi cuma guna ikan tongsan. Yang ni gambar pinjam orang punya. Aku tak ingat pun nak snap gambar sendiri. hahahahaha (gambar ni aku pinjam kat SINI )

Maka bagi menunjukkan skill chef yang terpendam terhasil lah ikan tongsan masak tempoyak dengan bergurukan google. Tak ingat pulak refer blog sapa.. Azie kitchen ke sapa ntah lupa dah. Apapun not bad rasanya... air tangan surirumah la katakan.. tetap sedap gitu. hahahahaha

Biasa la ka bulan ramadan ni la bulan paling mengasah bakat memasak. Alhamdulillah.. tahun ni puasa masih belum jejak bazar ramadan & dapur sentiasa berapi (nak cakap berasap dapur gas mana ada asap ye dak??).

Moral of the story... aku just nak canang yang aku berjaya masak tempoyak ikan tongsan jer. hahahahaha. Yelah.. kang dok buat entri kupas kupis isu2 semasa & isu2 yang berlaku kat laman sosial ada pulak yang dok buat aktiviti menambah pahala kat aku di bulan ramadan ni.. Jadi bagi mengurangkan sedekah pahala tu maka terhasilah entri ni. Erkk aku pun selalu sedekah pahala kat orang jugak, aku mengaku. Kau ado nak ngaku??? kekekeke

6 comments:

  1. Akak ni kalau buat masak tempoyak memang akak dengan mikhail je yang makan.maisara dengan ayah dia memang tak makan la.depa kan orang kedah..hehehhe..masa akak makan nasik dulu hari2 tau buat masak tempoyak.sekarang dah tak makan nasik,tempoyak pun tak berusik...ish.entry gini yang buat rasa nak masak nasik lebih ni.hehe..dugaan betul.

    ReplyDelete
  2. Eh masak tempoyak style orang perak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. antara masakan org perak tp org pahang pun ada masakan tempoyak. tempoyak ikan patin popular kat pahang..

      Delete
  3. Yeaa..bila.org kedah masak tempoyak...hurmm macam la dgn pcl ni..wife org kedah , pcl org perak..sesekali nak juga rasa perak punya menu...itulah dah syg suami kena la belajaq...jgn segan bertanya mertua ..

    ReplyDelete
  4. ya allah, masak tempoyakkkk..sedapnya yumm yumm! walaupun saya lahir selangor, hidup kat KL bajet mkn ayam goreng semata..tp kalau mkanan tradisional mcm ni lah yg tmbh nasik tak hengatttt :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!