NI ANTARA SEBAB ORANG OBSES SELFIE BOLEH KENA SAKIT MENTAL

31.7.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Raya ke empat ni aku baru sempat online sebab petang raya pertama tetiba asben aku suruh pack baju nak balik kedah. Maka beraya la kat kedah.. Tengah malam semalam dah sampai sg buloh ni. Cuti raya tak panjang maka aku tak terfikir nak selfie gambar raya apatah lagi nak selfie kat kubur. Aku betul2 spent time dengan berborak dengan family aku & sedara mara yang datang. Dah kawen ni... masa dengan family sangat terhad so aku manafaatkan sebaik mungkin dari dok sibuk berselfie & bertenet bila di kampung. Jadi aku terselamat dari jadi mangsa selfie. kekekekeke

Selfie... trend yang sedang melanda umat manusia seluruh dunia tapi memandangkan aku jarang amik kisah pada kaki selfie kat negara lain maka aku hanya melihat selfie di kalangan rakyat Malaysia dah di tahap obses jugak la.

Bila kita terlalu obses nak bagitau orang lain tentang apa yang kita buat maka tak mustahil akan berlaku benda2 yang akan bawa kemudaratan pada diri kita sendiri. Contoh tengah kecoh sekarang gambar selfie kat kawasan kubur. Sebab ghairah sangat nak share dengan orang tak pepasal dapat kecaman jer.. Bila datang bertubi2 kutukkan,kritikkan, hinaan.. akan bagi tekanan jugak pada orang tu tak mustahil boleh jadi tekanan mental bagi yang kurang daya tahan diri menghadapi tekanan bila gambar selfie tu jadi viral & menerima banyak kutukan dari pujian. So, mungkin ni faktor penyumbang pada kaki selfie kena tekanan mental.


Sebab tu la apapun yang kita buat kena berpada pada.. kau nak ziarah kubur tak perlu la kot nak berselfie seolah2 kau sedang ziarah sedara mara @ ahli keluarga kau yang masih hidup sihat walfiat. Bukan la kata kau kena nangis macam kasim selamat bila ziarah kubur tapi tak perlu la bersuka ria sangat sebab kalau terlalu suka sangat takut akhirnya duka. Macam apa yang sedang berlaku pada sipolan yang upload pic selfie kat kubur tu.

Tapi manusia sekarang.. dah takde adab dalam segala benda. Semua depa nak buat tempat berhibur. Tak kira dalam rumah Allah ke, kubur ke selagi orang kata dia snap pic tak mati secara on the spot selagi tu dia rasa tak salah @ mudarat dia nak selfie kat memana pun.. maka berlaku lah apa yang sedang berlaku jadi sebelum terjadi pada kita elok la kita ambil iktibar.

P/S : aku pernah cerita pasal orang yang bergambar sakan masa melawat kubur tahun 2012 dalam entri ni. Rasa nak baca silakan clik kat sini HANTU BERGAMBAR DI KUBUR
 

6 comments:

  1. Masalah artis ni dah buat salah tak nak mengaku salah. Masih nak pertahankan apa yang dia buat tu betul. Kalau dah jahil tu just mintak maaf je. peminat pun faham. Ni tak. Memang bengap.

    ReplyDelete
  2. artis bile dh buat slh mane nk ngaku...org lain pun selfie gak tp tgk tpt la

    ReplyDelete
  3. Masyarakat Malaysia suka kecoh-kecohkan hal
    yang boleh diselesaikan secara aman. >_<

    Selamat hari raya aidilfitri sis,
    Maaf zahir dan batinnnnnnn (:
    - ahsfantasy24.com

    ReplyDelete
  4. sebab manusia suka memperbesarkan isu tu la kita kena berpada pada dalam melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  5. buat apa2 pon jangan berlebihan..

    ReplyDelete
  6. walau artis, dia tetap manusia biasa
    warna darah pun sama
    tak lari dari buat silap, cuma lain kali perlu beringat
    lagilah artis kan, banyak sangat mata memandang

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!