PERKARA YANG KITA ANGGAP BATAL PUASA TAPI SEBENARNYA TIDAK

1.7.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Banyak perkara salah kita di ajar sejak kecik berkenaan puasa terutama apa yang membatalkan puasa sampai kadang2 tu kita rasa puasa ni macam satu siksaan. Setakat puasa makan & minum ok lagi.. Tapi ada bab2 lain yang kita rasa, aduhai darurat sangat la kalau time tu kita sangat2 perlu lakukan tapi tak boleh sebab kita di fahamkan selama ni perkara tu membatalkan puasa padahal sebenarnya tak pun. Apa perkara tersebut jom kita study sama - sama untuk di jadikan panduan di bulan ramadhan ni.

1.Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa. Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.
-kecik2 banyak antara kita yang di asuh & anggap perkara ni batal puasa betul tak?? sampai seksa kalau telinga rasa gatal sangat tapi nak tunggu sampai buka puasa.-

2.Anda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.

 3.Anda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.

4.Sekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar.

 artikel penuh sila baca kat sini halaqah.net 

Selingan untuk info tambahan. Maybe ada yang tak tahu, siapa tahu, kan??

Pada korang semua perbetulkan la didikan berpuasa pada anak2 kita yang mungkin selama ni kita membesar dengan di ajar @ di pratikkan benda2 ni boleh membatalkan puasa walhal sebenarnya tidak. Yelah.. kita dulu tak takde internet.. TV pun tak banyak rancangan berbentuk keagamaan tapi sekarang kalau nak belajar kiri kanan depan belakang tepi atas bawah semua boleh di cari.

3 comments:

  1. masa kecik dulu kan ustaz akak ada cakap,boleh gosok gigi, boleh korek hidung.yang tak boleh bila korek hidung lepas tu makan,makan sampai kenyang..muahahah...rasa nak muntah je bila ingat

    ReplyDelete
  2. Masa kecik-kecik beria tahan jangan korek hidung, korek telinga hehe.


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    hehe..teringat member ckp dulu2 'kalo ngko kencing,batal posa tau"
    adoiyai...

    thanks info yer

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!