SESUATU PASAL MEALSHAKE YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

7.7.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Rasanya bukan aku sorang kot yang ada anak bermasalah nak makan. Anak aku dari 6 bulan sampai setahun setengah jer makan ok.. senang bagi makan tapi start dia dah berjalan dia semakin tolak apa2 jenis makanan pepejal sampai dia tak makan langsung 99% susu jer. Sebelum ni bagi Appetton Lysine mutivitamin memang la membantu dari segi selera tapi hanya makin berselera minum susu.

Umur dah nak masuk 3 tahun still hanya minum susu.. risau la jugak. Pujuk bagi makan pun tak nak... Paksa suap dalam mulut pun dia sanggup tak telan. Doktor @ orang lain senang la suggest.. kena try & error. Lebih pada try dah ni.. semua error jer. Kau boleh bagitau aku macam mana aku nak buat anak aku telan makanan aku suap dalam mulut dia even aku berjaya pujuk dia nganga pun? Kadang2 rasa nak marah dengan doktor pun ada. Orang yang cakap senang pun rasa nak marah jugak konon tak cuba tapi cakap anak tak nak makan. Hello.. kalau aku tak cuba bagi makan dari 6 bulan aku ajar dia makan. Dari makan bubur sampai makan nasi ok.. tetiba dia taknak makan. Sebab aku tak ajar ke camtu??

Memandang dah lama sangat anak aku hanya minum susu.. Aku ambil keputusan try jugak la produk shaklee.. MealShake even dah lama aku dok kira2 nak bagi tak bagi2 jugak. Dalam 2 hari lepas aku bagi anak aku Mealshake.. perubahan selera dia dah nampak. Dari tak nak makan apa2.. dari makan biskut Hupseng kosong tu seciput tak sampai setengah keping pun.. dia dah mula habiskan sekeping kemudian tambah lagi 2 keping. Lebih kurang sebulan nampaknya dia makin boleh terima makanan even banyak makan biskut tapi ok la dari hupseng dah nak makan biskut tiger susu. Makanan2 lain aku anggap dia masih proses belajar semula untuk makan jadi aku bagi dulu apa yang dia suka sampai cuba memperkenalkan makanan2 lain untuk dia. At Least nampak dia mula makan bukan macam dulu langsung tak nak makan.

Bagi aku not bad Mealshake dalam membantu pulihkan selera makan kanak kanak. Anak aku dari tak makan langsung dah mula makan. Anak korang yang makan sikit mungkin boleh bertambah kuantiti makanan dia tu. So, pada sesapa yang ada anak bermasalah untuk makan ni tak salah cuba bagi Mealshake. Selain membantu tingkatkan selera makan budak, pada budak yang ada masalah sembelit pun bagus. Anak aku dulu ada jugak even dah semakin kurang tapi sejak bagi Mealshake Alhamdulillah takde lagi sembelit even skip 2 hari tak membuang. Kalau dulu 2 hari je skip tak buang esok mesti sembelit. Dah tak perlu nak bagi ubat sembelit.

Ni antara supplement lain yang aku bagi kat anak aku secara consistent setiap hari

Untuk pengetahuan korang aku bukan pengedar Shaklee yer.. aku ni cuma pengguna. Kalau korang nak beli cari la pengedar shaklee atau nak murah direct terus beli kat shaklee tapi kena ada id ahli. Samada korang mendaftar sebagai ahli atau pinjam id pengedar shaklee. Macam aku pinjam jer.. maka dapat la harga RM91. Kalau beli kat pengedar harga dalam RM100++ kot tak silap. Tapi tahan maybe 3 4 bulan kot sebab hanya perlu bagi 1 sudu susu shaklee yg di campurkan dengan susu formula @ makanan anak korang 1 hari sekali. So selamat mencuba yer...

P/S : Mealshake bukan hanya untuk kanak kanak malah dari 6 bulan sampai la ke bangka pun boleh ambil sekiranya ada masalah yang berkaitan.

11 comments:

  1. hah... aku br nak buat entry review pasal mealshake ni... hahahaha... sama la dgn ank aku... susah sgt2 nak suruh makan... yg die tau nak susu, coklat, aiskrim... itu jer... Grrrr... paksa suruh bukak mulut mmg makanan tu masuk jer dlm mulut pastu die luah balik... ari tu aku try gak mealshake ni... masukkan dlm susu... bg sehari 2 kali... pagi dgn mlm... mmg nmpak perubahan... dr tak mkn ape2 now dah tak henti2 nak mkn biskut n roti... kena ade stock kat rumah... tp nasi masih kureng gak tp nak jugak la kadang2 tu....

    ReplyDelete
  2. Bagi je nasi kat anak..blend nasi puteh campur lobak n ubi kentang..blend guna sup ganti air..yg lebih leh simpan dalam frozen..lagi jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samada ko tak baca entri aku tulis atau tahap tak cerdik ko melepasi paras bahaya pun tak tau la. Ko cakap senang la anak ko kaki pelahap... setakat tips ko bagi tu.. dari 6 bulan umur anak aku pun aku dah buat. Kalau sekarang dia nak makan camtu.. takdenya aku nak abis duit cari supplement. Nak komen sila baca entri atau guna otak

      Delete
    2. hahaha kan dah mengamuk... kekadang orang baca entri ni skip melampau... aku pun baca skip2 gak tapi aku faham jugak apa yang disampaikan... huhu

      Delete
    3. anak saya 2 tahun 3 bulan..anak saya pon sama..masak nasi mintak mee..masak mee mintak nasik..kadang2 mintak bubur..adeiii..penyudah makan ada la 3 4 sudu..adeii lagi sekali..susu memang toksah cakap..susu susu susu..sampai nak termuntah ibu dia buat susu..
      finally buat decision, bg mealshake shaklee..baru je bagi 3 hari..hope membuahkan hasil.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Semoga anak su semakin sihat. Mealshakes cuma membantu. Selebihnya atas kehendak Allah.

    ReplyDelete
  4. Ooo bkn utk sebulan ye. Kira ok lah kot harga dia tu. ingatkan sebulan guna harga gitu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah de selera makan :)

    ReplyDelete
  6. yeayyy betul2...ecah sendiri dah bg kat anakku luqman...

    syukur sekurang kurangnya dah kurang demam selesema mcm sebelum ni...najis pun dah x keras/sembelit...smooth jerk...


    selera mkn/susu makin menjadi jadi...suka tgk dia dah bulat muka..bulat kaki tgn hahahaha....
    n yg penting kite sebagai ibu cuba bg yg terbaik utk anak...

    sy pengedar sah shaklee!
    id sy 1112007 sila guna dgn gembira utk buat belian di mana2 branch shaklee yea hehehe....
    blh baca info meal shakes kat sini eh...
    http://lilyecah.blogspot.com/2014/05/promo-bulan-may-2014-meal-shakes.html

    sory akak buat iklan plak...haha ;) peace

    ReplyDelete
  7. Memang risau yg akak kritikal kalau anak tk nak makan ni kan..bab yg tk syok bila timbang bukan naik tp makin turun..sah2lah misi2 kt klinik pot pet pot pet kata kita tk bagi anak makan..btw alhamdulillah dah jumpa jln penyelesaian...mudah2an anak membesar bagai johan!

    ReplyDelete
  8. Bolehla jadi rujukan entry ni kalau ade anak nanti. behhe ;D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!