UNFRIEND BUKAN PUTUS SILATURRAHIM

6.7.14 Suria Lekatlekit 2 Comments

Sebelum aku membebel panjang di bulan ramadhan yang mulia ni nak jugak aku cakap awal awal bahawa apa yang bakal aku tulis bukan untuk tuju kat sapa sapa. Apa yang bakal aku tulis nanti tu terdetik & terilham dari kepala otak aku dari situasi yang berlaku tak bermakna aku nak tuju kat mana2 individu jadi kalau ada yang terasa nanti anggaplah kebetulan. Yang mana baik ambil sebagai teladan yang buruk tu jemput la tegur kat komen nanti.

Sumber carian google

Bila kita suka dengan orang tu kita add dia sebagai friend tapi bila berlaku sesuatu yang tak di ingini kita akan pilih untuk menjauh dari dia.. samada unfollow atau unfriend.Kalau aku la kan... Tahun2 yang sebelum ni aku susah sangat nak unfriend orang tapi 2014 pecah record la aku unfriend orang. Ada yang anggap unfriend tu umpama putuskan silaturrahim.. Tapi aku bukan sebab nak putuskan sillaturrahim. Bila jadi sesuatu perkara macam salah faham @ perbalahan ni.. kalau aku tengok berpanjangan sangat memang aku unfriend bukan sebab nak putus silaturrahim even lepas unfriend tu confirm la putus segala khabar bagai tapi tu cara nak hentikan pergaduhan atau perang sindir. Perkara pertama aku selalu buat sebelum unfriend orang aku akan PM kalau aku tengok benda tu berlarutan.. Kalau dah lepas PM still berlarutan lagi perli memerli aku akan unfriend. Unfollow ni aku buat kalau aku rasa status2 orang tu mungkin akan jadi punca aku reply & jadi gaduh. Untuk elak aku jawab status2 dia yang aku rasa melampau @ annoying aku akan unfollow.

Aku jenis fighthing & dalam pada masa yang sama aku bukan jenis keras kepala & hati sangat. Aku tak susah untuk minta maaf.. even aku kalau minta maaf secara private. Aku tak reti nak buat status gud gud yang berunsur Islamik yang nak buat orang pandang aku macam solehah sangat padahal dalam pada masa yang sama dok mengumpat orang jugak.. Aku tak reti nak petik nama2 orang berpengaruh untuk sokong aku & aku tak reti nak membodek jugak sebab tu aku kalau komen memang jenis terus terang. Kalau aku tak setuju tetap tak setuju even siapapun kau & apa kepentingan kau ada. Bagi aku seorang kawan tak semestinya sentiasa Yes dengan kita. Tu tak normal. Ada muslihat kalau kawan jenis tu. Apa kita kata.. apa kita buat.. semua jadi betul, ye dak?? sedangkan kita cuma manusia yang tak lepas dari kesilapan.

Kalau aku unfriend sesiapa tu ketahuilah.. Aku cuma taknak  terus berperang sindir.. sebab sindir menyindir ni la punca wujudnya perasaan benci & dendam dari kita duduk setempat berdebat. Kalau duduk dalam satu tempat berdebat.. lepas habis isu tu.. dah abis la cerita tu. Kalau dok sindir.. banyak keburukkan. Sebab yang di tuju tak jelas pada siapa.. tapi yang ada buat mesti terasa. Silap haribulan yang tak di tuju tu terasa.. yang di tuju pun terasa dah jadi 2 musuh dalam satu masa even kita nak shoot untuk seorang je. Bagi aku biarlah takde apa2 perasaan antara kita dari kita saling membenci maka unfriend adalah pilihan yang terbaik.


Moral of the story.. Kita nak sarcasm boleh tapi biar kena pada caranya jangan kita nak sarcasm benda yang betul orang cakap & salah kita buat sebab tak puas hati sebab kita ada buat tu bukan perkara bagus sangat. Apapun perbezaan pendapat tu bagus cuma yang jadi tak bagus bila perbezaan jadi pergaduhan. Jadi sama2 kita control diri termasuk aku.

2 comments:

  1. dulu aku selalu perang sindir dengan makpak sedara aku sendiri.... tapi lelama aku block terus... banyak family gaduh pasal FB & posting gak.... macam... haihhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. klau rase tak selesa kwn ngn die, unfren je.. hee..

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!