WAJIB CERAIKAN ISTERI JIKA ITU PERMINTAAN IBU??

21.7.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Tadi jenjalan kat news feed Fb terjumpa satu status yang share pasal kisah seseorang yang dalam proses penceraian bersama suaminya walau sebelum ni mereka memang takde masalah rumahtangga dengan alasan ibu sisuami minta dia menceraikan isterinya sebab tak suka perempuan tu walau dah beranak 3. Sebab taknak jadi anak derhaka maka si suami pun akur dengan permintaan ibu dia.. maka terjadilah penceraian antara mereka.


Ramai yang rasa perkara tu sangat2 tak patut berlaku & di lakukan... Kalau ikut perikemanusiaan memang nampak kejam sangat mak mertua perempuan tu & si suami pun orang nampak macam anak mak sangat sampai apa mak suruh even meninggalkan isteri yang di kahwini bertahun tahun pun dia ikut je.. tak membantah walau sepatah. Tapi bila kita rujuk dengan hukum terdapat dalam agama Islam mungkin jadi berlainan pulak suruhannya mengikut alasan..


 Sumber rujukan kat SINI

Si Mak tu mungkin nampak sangat mementingkan diri & perasaan. Tak fikir perasaan seorang isteri even dia juga seorang isteri. Tak fikir masa depan cucu2 dia yang terpaksa hidup dalam sebuah keluarga yang tak sempurna. Dia hanya fikir perasaan dia.. sebab dia tak suka, maka dia nak orang yang dia tak suka tu takde kaitan dengan keluarga dia. Tapi bagi pihak si suami tu kita patut kesiankan dia.. dia umpama di luah mati mak.. di telan mati bapak.

Tapi tu la.. jika boleh di bawa berbincang & cuba untuk selesaikan cara baik tanpa melibatkan sebarang penceraian.. cubalah dulu. Pada mak2 mertua di luar sana pun.. Semoga hati & perasaan anda untuk meminta atau memerintah sesuatu perkara pada anak lelaki anda yang dah berumahtangga tu biarlah berlandaskan hati & perasaan seorang insan yang masih ada akal yang waras juga berperikemanusiaan. Jangan guna kuasa veto seorang ibu untuk menjadi raja yang kejam pada anak anak. Setiap apa yang kita buat.. ingat kita tak terlepas dari menerima balasan tak di dunia.. di akhirat.

Moral of the story jadi lah mother in law bukan monster in law... Peace!

Gambar carian google

8 comments:

  1. kesiannya nasib perempuan tu ye
    perancangan ALLAH, tak ada sesiapa tahu
    apapun untuk seorang lelaki, dia sembahyang sempurna mana pun
    kalau dia menderhaka pada ibu dia, neraka tetap tempat dia

    ReplyDelete
  2. oh..sama la..ada jugak terbaca status tu tadi..mekaseh atas pencerahan ye. kalau tak mesti saya pun maki kaw2 kalau dia cerai isteri dia..

    ReplyDelete
  3. Satu ilmu baru. Terima kasih atas perkongsian. Pendapat sy, klu cerai jgnlaa diabaikan anak2. Masa depan anak2 lebih penting dr segalanya

    ReplyDelete
  4. sedihnya kak.. saya harap sangat perempuan tu tabah.. si suami, TOLONG JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

    amal singgah sini.. semoga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

    ReplyDelete
  5. bagi anak lelaki, syurga di bawah tapak kaki ibu.. tapi Allah swt bencikan penceraian... sahih ke hadith ni kak...?? tetiba jadi ragu pulak dah...

    andai perkara ini berlaku, carilah jalan perbincangan yang baik... agar tidak meruntuhkan masjid tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pernah baca & dengar jugak pasal ni.. yup memang lelaki wajib taat pada ibu bapa dia.. kalau ragu2 awak try refer mereka yg lebih berpengetahuan.. apa2 yg silap akak tulis nanti awak bgtau.

      Delete
    2. ok yang akak betulkan ni boleh terima... kalau isteri taat pada suami dan Allah taala, tak layak rasanya untuk diceraikan... islam tu indah :)

      thx betulkan kak.. baru sedap sikit membaca... ada soalan & jawapan..

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!