ALASAN DARI SUDUT AGAMA MUNGKIN BUAT NAMA ANAK SCHA & AWAL JADI KONTROVERSI

8/18/2014 02:22:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Kecoh bila Awal Ashaari & Scha Al Yahya umumkan nak Letak nama anak depa Lara. Ramai peminat depa tak setuju dengan alasan yang logik la jugak kan. Tapi ada jugak la yang sokong katanya Nama tak membentuk atau mempengaruhi keperibadian, perwatakkan atau perangai dia bila besar nanti. Erkk... Betul ke nama tak mainkan peranan penting dalam kehidupan hanya sekadar untuk jadi panggilan & identiti je? Siapa kata.. meh kita study sikit..

Kenapa Islam menuntut kita meletakkan nama anak yang membawa maksud yang baik? Islam tak menyuruh umatnya berbuat sesuatu yang sia sia, ok! Jadi sama kita belajar kenapa dalam Islam di tuntut meletakkan nama yang baik kepada anak..

Info penuh & Sumber rujukan sila clik Shafiqolbu

Aku ada kawan masa belajar kat kolej dulu. Nama dia ni mak bapak dia tersilap letak.. Nama dia tu tak silap aku salah satu nama neraka. Aku tak tau la dia dah tukar ke tak nama tu sekarang tapi masa belajar dulu dalam IC dia still nama yang tu cuma tak di panggil dengan nama yang di beri masa lahir. Nama panggilan dia lain.. Dalam kes tu nak salahkan mak bapak dia tak boleh.. mungkin kurang info & pengetahuan dalam memilih nama buat mereka tersilap bagi nama.

Kesimpulan.. lara nama kepada anak pasangan selebriti scha al yahya & awal ashaari tu kita biasa dengar perkataan tu mengambarkan derita kan, jadi mungkin peminat depa rasa namakan anak dengan nama Lara seolah2 mendoakan kehidupan anak tu nanti derita la kot walau kat barat nama Lara tu dah biasa orang guna. Aku pun tak sure maksud nama lara ni cuma mungkin peminat depa rasa nama Lara tu membawa maksud tak baik even lara tu perkataan bahasa melayu & aku sendiri tak sure samada perkataan tu ada dalam bahasa arab atau tak.

Jadi jangan yang anggap nama tu tak mainkan peranan dalam kehidupan seorang manusia. Yer betul.. didikan yang baik tu memainkan peranan penting untuk membentuk seorang manusia menjadi baik tapi nama yang baik juga umpama satu doa yang baik setiap kali orang menyebutnya. Sebab tu penting pilih nama yang baik & ringkas senang orang sebut nama penuh, kan? kekekeke

P/S : tapi kita dah biasa suka pendekkan nama even dah ringkas. Bunyi manja sikit katanya.

4 comments:

  1. mungkin minat dengan watak angelina jolie dalam cerita tombraider kot??? lara croft...he he he...

    ReplyDelete
  2. LARA? kan ada banyak lagi elok boleh bagi
    kesian si anak.

    dulu pernah dengar satu segmen kat radio pasal nama ni
    ada seorang tu bagitau nama bapak kawan dia sarap
    so si anak di bagi nama sampah, jadinya sampah bin sarap.
    buang bin, jadi sampah sarap

    tak boleh pandang ringan sebenarnya bab nama ni

    ReplyDelete
  3. Biasa la..nak sangat nama tu lain dari orang lain walaupun maknanya entah apa2..nak kata tak tahu,tak kan la sampai tak tahu langsung..kan??sedara mara pun tak de ke yang bersuara??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com