AMARAN BUAT ADMIN BLOG BELOHOG

10.8.14 Suria Lekatlekit 14 Comments

Biarlah orang nak cakap aku ni kedekut ke, suka besarkan isu ke yang pasti sesapa saja kat tempat aku mesti rasa marah dengan apa yang berlaku. Semalam aku detect 1 blog copypaste yang sejak dari dia buka blog satu ni.. dia asyik copypaste entri aku.

banyak jugak blog dia manage tapi sapa2 pun boleh buat kalau setakat copypaste ye dak?? ni kita tak layak panggil blogger tapi kita kena blockjer

Yer ada mention sumber artikel tu di copy dari blog aku tapi memandangkan dia target blog aku untuk ambil story maka aku pun jadi tak sedap jugak la. Tiap kali aku update masuk blog dia. Kerja senang la kau!! Tak payah susah2.. buat blog copy semua entri aku settle. Kalau satu dua entri aku takde la rasa mengelegak sangat ni entri aku sejak sebulan lalu (sama usia dengan blog belohoh jugak baru sebulan lebih) semua masuk blog dia. Kalau aku tak ambil tindakkan segera.. rasanya tiap kali aku update entri mesti dia copy. Sebab blog ni baru beroperasi & aku dapat detect dia buat kerja senang camtu maka aku rasa aku perlu bertindak sebelum lagi banyak entri aku jadi bahan dalam blog dia.

Ni Amaran buat admin Belohog.blogspot.com!! Anda di beri masa 3 hari untuk padam semua entri aku di blog anda atau tindakkan seterusnya akan di ambil. Jangan ingat dengan mention sumber dari blog aku jer kau boleh copy semua update terkini aku.. tu mustahil aku boleh izinkan. Setakat satu dua entri aku boleh la ikhlaskan tapi kalau semua kau nak bolot, sorry memang aku tak izinkan.

Ni popular post kat blog belohog hari ni ada 4 entri aku kat situ. Kisah kad raya aku pun dia bantai copy. Tu yang tersenarai dalam popular post.. ada banyak lagi entri aku dalam blog dia sejak 30 june 2014

Untuk makluman korang entri kat blog tu kebanyakkan copypaste dari sumber orang lain. Korang boleh semak la kat blog tu nak2 lagi blog yang tulis pasal isu2 semasa ni sebab blog copypaste memang target sangat la blog camtu. Salah satunya blog aku.

Setakat mention camni dah rasa tak bersalah ambil semua entri aku.. hurmm kalau korang mampu senyum lagi tak?? bukan satu dua tau... rasanya semua entri aku sejak 30 jun aritu dia copy. Kalau aku biar je.. setiap kali aku update blog mesti dia copy masuk blog dia

Ni amaran buat semua blog copypaste nak2 lagi yang target blog aku.. blog orang lain aku tak tau la maybe blogger lain lebih mulia hatinya dari aku boleh ikhlaskan semua entri dia pada korang, alhamdulillah la tapi tidak blog aku. Aku bekerja keras untuk bertapak dalam dunia blog, aku tak kedekut info dalam blog ni boleh ambil tapi kalau 100% copypaste penulisan aku & semua yang aku update jadi bahan kat blog korang, awas kalau aku tahu confirm aku bertindak untuk mempertahankan hak aku. Ada blog memang aku izinkan copypaste sebab dia takde la ambil semua entri terkini aku.. maybe hot2 isu jer.. ni sampai kisah kad raya pertama aku pun dia bantai letak dalam blog dia.. memang nampak sangat la apa je aku update dia copy.

Moral of the story.. kita boleh ambil sumber cerita tu dari mana2 blog @ page.. tak salah tapi olah lah sendiri penulisan tu. Jangan copypaste bulat2.. Kesannya pada blog yang korang curi artikel dia. Mungkin blog tu bakal berdepan dengan masalah. Jadi sebelum blog aku berdepan dengan masalah, harus aku bagi dia masalah dulu. Peace!

P/s : Dia memang dah buat auto post entri aku kat blog dia. See... kalau korang kat tempat aku apa korang rasa??



14 comments:

  1. Kuang hajaq betul..org pnt2 perah idea dia duk copy...

    ReplyDelete
  2. Aduhai.. Menjadi² pulak ye sis? Aduhai,suruh dia buka cafe kopi pasta la sis..klu dah semua entri dia ulangsiar melampau jgk.

    ReplyDelete
  3. Alahai... mmg kesian... sanggup buka blog semata2 nak 'sedut' penulisan org lain... ada juga org mcm ni rupanya...

    ReplyDelete
  4. isyy tak ptut org lain sedap perah otak dia sibuk copy and paste ..

    ReplyDelete
  5. smpai entry hari raya nk copy paste melampau la tu..bukan citer rya die..setakat info ke boleh la tahan

    ReplyDelete
  6. ini lah fungsinya disable right click dan disable select... cuba install mesti susah nk copynyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. disable right clik pun tak membantu sebab ni bukan manual copy paste yg select right clik copy & paste tp dia setting auto post terus ke blog dia. kalau saya update kira blog dia pun terupdate sama

      Delete
  7. Dia pkai bot auto copy paste ni... Melampauuu...sabar2 na.. tak remove report aje saya buat camtu je sekarang penat nak warning2 :)

    ReplyDelete
  8. jahat sungguh ler dia ni
    saya ada terbaca seorang blogger pun hadapi masalah sama
    sampai entri penghargaan tuk top komentor pun kena copy
    mau tak hangin orang tu

    kalau saya pun marah

    ReplyDelete
  9. Pergh.. Main auto copy paste lagi hebat ni. Report je terus..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!