BAJU KURUNG PESAK POKET TEPI BANYAK KELEBIHANNYA

2.8.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Baju kurung pesak salah satu fesyen baju orang2 melayu yang sejak dulu kala sehingga kini tak pupus di pakai. Dari sekecil2 anak sampai setua2 mak fesyen baju ni sesuai & di pakai. Macam tu jugak aku dari aku kecik sampai aku umur dah dewasa even tak berapa membesar masih selesa & suka pakai baju kurung pesak.

Sumber google
Entah kenapa aku tak tergoda sangat dengan fesyen2 baju kurung yang dah di upgrade dengan gaya moden ni.. tetap aku lebih suka baju kurung pesak kain pasang. Kain2 lycra ke hapa ker.. memang aku cuma tengok cantik tapi takde perasaan lagi nak pakai sebab aku memandang benda tu nampak rimas bila aku letak kat badan aku walau aku pandang fesyen dia cantik sekalipun.

Sampai saat ni aku masih suka baju kurung pesak dengan poket tepi even dah tak banyak baju aku ada poket tepi sebab tailor sekarang kalau tak pesan dia tak buat poket tepi tu. Baju budak jer dia buat.. baju2 mak budak sekarang depa dah tak rasa satu keperluan kot nak buat sedangkan masih ada mak budak yang suka baju kurung pesak ada poket.

Kelebihan baju kurung pesak ada poket ni.. selain baju dia yang tak ikut bentuk badan & boleh sorokkan perut bila makan banyak, almaklum la raya, kalau di tambah poket kat tepi banyak kelebihannya... nak letak sampul duit raya senang.. nak letak enpon pun boleh.. kalau sumbat dalam handbag ni kekadang pepaham je la handbag pompuan yang macam guardian @ watson ni.. sekali nak cari barang jenuh nak teroka. At least ada poket tepi yang mana kita nak guna selalu tu boleh letak macam enpon..

Sebab tu aku suka baju raya aku hanya fesyen kurung pesak & kalau boleh ada poket tepi. Lagi satu sesuai di pakai bukan je semua lapisan umur tapi jugak size badan. Dari sekeding2 manusia, sehinggalah segempal2 insan. Aku tak rasa pun macam tak up to date pakai baju macam tu sebab bagi aku.. baju kurung pesak ni evergreen.. sentiasa di pakai sepanjang zaman. Fesyen2 lain kita boleh tengok bermusim tapi tidak kurung pesak, kan??Jadi kurung pesak ni adalah pilihan terbaik sebab kita boleh pakai sentiasa tanpa perlu fikir fesyen tu dah out of date. Betul tak??

P/S : Jom kita kembalikan trend baju kurung pesak poket tepi.

8 comments:

  1. Tak pandai pulak baju2 kurung ni. Haha. Hidup baju kurung pesak!! haha

    ReplyDelete
  2. setuju semua yg pn tulis. Semua baju kurung saya pun berpessk dan berpoket tepi. kdg2 siap minta tailor wat poket pada kain susun. sangat byk manfaatnya. kdg2 bila saya ke passr dsb saya x bwk pun handbag...hznya sumbat enpon n dompet dlm poket..rasa lbh selamat. kunci kereta pun blh sumbat gak...ala poket doraemon lah...hshe.

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 dulu pakai baju pesak poket ni... sekarang kosong je... hihi

    ReplyDelete
  4. saya memang suka baju pesak dan berpoket tepi :)

    ReplyDelete
  5. betul3... usben sy mmg suka sy pakai baju kurung pesak dr yg modern. lg anggun katanya. poket memudahkan kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. baju kurung pesak tang tenggelam dek zaman

    ReplyDelete
  7. baju kurung pesak tu camne?
    naif sungguh ni
    saya tahu baju kurung aje =)

    ReplyDelete
  8. baju kurung saya wajib ada poket. tak lengkap rasanya kalau tak ada poket.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *