CARA NAK ELAK BACA STATUS KAWAN YANG KITA TAK SUKA KAT FACEBOOK

8/26/2014 11:10:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Kadang2 bukan benci cuma rasa Annoying je dengan sesetengah kawan kat friendlist kita kat FB. Bukan la nak putus kawan tapi rasa kalau kita dok baca status dia hari2.. mungkin boleh berlaku @ terjadinya putus kawan jugak. Nak unfriend atau block tu memang nampak sangat nak putus kawan. Pening sangat... tak tau dah ni nak buat lagu mana.. Serba salah. Nak tegoq satgi terasa.. tak tegoq kita yang macam sakit jiwa dok baca post2 dia.


Jangan risau.. setiap button yang tercipta kat Facebook ni ada fungsinya. Cuma kadang2 kita takde info & kita tak tau fungsi yang ada pasa setiap button tu buat kita hidup dalam dilema pulak. Di luah mati mak, di telan mati bapak. Jadi luah pun tak payah... telan pun jangan. Kalau kita berdepan dengan kawan yang kalau kat luar ok jer dia.. tak la meroyan sangat macam kat FB kita cuma perlu unfollow jer dia kat FB.

Masih ada yang tak tahu fungsi button unfollow ni sebab tu aku buat entri. Yang dah tau tak payah la nak mencebik sangat yer... Kecil bagi kita tak semestinya remeh jugak bagi orang yang tak tau. Jadi info yang kecil ni kadang2 boleh bantu ramai orang.

Tutorial bergambar ni aku buat khas bagi mereka yang tak tahu macam mana nak unfollow friends kat FB. Ikhlas dari hati katanya... kekekeke

Button unfollow fungsi dia bila kita tak nak tengok apa2 update dari kawan dalam friendlist FB kita tu tapi jangan risau kalau kita unfollow takde sapa akan tau selagi kita tak bagitau & kita masih kekal dalam friendlist kawan kita tu.. so dia pun tak syak apa2 la sebab selagi dia follow & friend dengan kita dia still boleh nampak update kita. Unfollow ni cuma kita tak ikuti lagi la apa2 update atau perkembangan dia kat FB jadi selamat la mata kita dari lihat cerita2 yang merimaskan, menjengkelkan atau memualkan.. maka terselamat jugak jari kita dari taip komen2 yang mungkin menyebabkan terjadinya pergaduhan atau perbalahan.

Bila kita tak mampu control kata2.. maka control lah apa yang kita lihat sebab banyak dari kita ni akan berkata kata tentang apa yang kita lihat & rasa,kan?? So selamat mencuba.. moga jiwa anda tak sakit lagi dengan post2 merepek kengkawan anda kat FB. Peace!

7 comments:

  1. oooo...menarik..tak tau pon sebenarnye

    ReplyDelete
  2. tu la yang sepatutnya..malas baca status yang annoying tu, kita hide je dia dari status dia masuk timeline kita..tapi dalam masa yang sama, kadang2 saya up dulu status seakan menyindir orang yang buat status annoying tu..bukan apa, nak bg dia sedar jugak, kesian tengok kawan2 yang terlampau attention seekers ni..kalau dah terlampau skit mata baru unfollow..hahhaa..

    ReplyDelete
  3. saya pun selalu juga buat gitu
    especially masa pilihanraya dulu lah
    tak ada sampai unfriend kan, kita just tak follow dia punya cerita =)

    ReplyDelete
  4. haha. baru tahu. dah lama rasa tak post kat fb. scrool home je.

    ReplyDelete
  5. Hehehe saya tak pernah lagi try... nanti nak try la... er org tu boleh cek list siapa yg follow dia ke rasanya?

    ReplyDelete
  6. terima kasih terima kasih....lega rasanya sbb terselamat dr wat dosa kering....pasni blh unfollow je...

    ReplyDelete
  7. Ooo....jadinya baru aku faham dan tahu....patutla......takpe la......Allah tahu segalanya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com