HAMIL SAMA SETAN

8/28/2014 10:48:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

 Amboi cerita seram lagi ke malam2 ni? Ke cerita mimpi mengarut lagi. Dok aih... tak cerita dah mimpi2 pelik. Ikut nasihat kak Diana gitu. Yang terlepas tu biar lah kita jadikan pengajaran. Kali ni bukan cerita pasal mimpi seram atau mimpi pelik lagi tapi pasal..... Sila baca yer

Tadi siang sempat merayap sekejab. Singgah satu kedai serbaneka kat sg buloh. Tengah dok pilih - pilih clip rambut anak aku tetiba dengar lagu dangdut indonesia ni. Start jer lagu tu lirik dia aku dah rasa lain macam sangat. Nak gelak ada.. pelik pun ada. Dalam hati macam ni pun boleh jadi cerita dalam lagu ke? Apa ke pelik sangat lagu dangdut indonesia ni??

Ni la rupa penyanyi lagu dangdut tu.. imej pun tak berapa senonoh sangat kan? hahaha. Sumber gambar google

Mesti semua nak tau lagu apa kan?? Lirik dia macam mana?? Tadi sempat aku google dari lirik yang aku ingat jadi aku dapat la tajuk lagu dengan lirik penuh lagu tu. Penyanyi dia pun kalau aku sebut majoriti orang tak kenal.. Mungkin kat indonesia depa ni di kenali. Ni maybe kategori penyanyi cerok2 ja kot. Lagu pun pelik2...

Tajuk lagu tu HAMIL SAMA SETAN. Lirik lagu dia kalau korang baca tak rasa pelik atau lawak tak tau la tapi aku dengar lagu tu memang pelik & lawak.

Sumber kat SINI

confuse mengandung anak sapa pun jadi lagu.. ni hamil luar nikah ke dalam nikah pun tak tau la kan?? hahahahahaha. Aduhai.. sapa la compose lagu pelik ni kan?? Gamaknya ada tak orang nyanyi lagu ni kat karaoke???


Ni video lagu dia kalau korang nak dengar

Hope retis Malaysia @ composer Malaysia jangan la buat lagu pelik2 camni. Dengar tak senonoh pun ada jugak.

P/S : Kalau korang dah biasa dengar lagu ni maybe korang tak rasa pelik tapi bagi aku yang baru first time dengar memang pelik. Asben aku pun kata pelik Tapi kami gelak2 je lepas keluar dari kedai tu. hahahaha

4 comments:

  1. macam2lah.....benda tu pun boleh buat lagu...huhu

    ReplyDelete
  2. ku hamil duluan... sudah 3 bulan.... hahaha ! suka lagu tu... lagu indon ni pepelik banyak kak !

    ReplyDelete
  3. pelik sangat lagunya, rasa nak muntah pula =)
    tapi dekat msia ni pun ada juga lagu pelik
    popular dengan tak aje

    ReplyDelete
  4. bila dah dibuat dangdut,muziknya lagi asyik dari liriknya.haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com