INILAH HASIL SAKIT 3 TAHUN LALU

20.8.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Mesti ramai yang terkejut 3 tahun lalu aku pernah sakit. Pada tarikh ni la aku mula rasa sakit.. Masa tu dalam pukul 8 pagi kot. Mula2 sikit.. lama2.. semakin sakit. Masa perjalanan ke hospital time tu dah sangat - sangat sakit. Sampai hospital tak payah cakap memang sakit. Nak tunggu dapat tempat untuk di periksa pun rasa macam lama sangat dah. Sebab sakit sangat.. sakit yang tak pernah aku rasa sebelum ni.

Dalam pukul 9.20.. sakit tu dah takde. Macam hilang semua penyakit dalam badan. Rasa macam tak percaya tadi sakit macam nakmati.. sekejab jer dah hilang. Itulah pengalaman sakit aku masa nak bersalin anak aku, shahila. Even tak lama aku tanggung kesakitan tu.. tapi sakit nak bersalin ni sakit yang semua ibu2 akan rasa. Memang sakit beza cuma sakit tu lama atau sekejab. Tapi aku bertuah sebab Allah permudahkan segalanya.. sakit pun tak lama, bersalin pun tak susah sangat even kena sedut jugak sikit.

Sumber google. sekadar hiasan

Tu kisah 3 tahun lalu.. 3 tahun sekarang. Ni la hasilnya. Dah besar panjang budaknya. Lasak tak ingat. Sihat jer.. Hari ni tepat jam 9.20am genaplah umur budak ni 3 tahun. Ya Allah dah 3 tahun aku jadi mak orang rupanya. Kalau 3 tahun lepas 20 Ogos jatuh pada 20 ramadan.. tahun ni 20 ogos jatuh dalam bulan syawal pulak.

recycle gambar raya aritu

Apapun tiada yang lebih yang seorang ibu harapkan dari melihat anaknya membesar sihat, cemerlang dunia & akhirat & menjadi anak yang solehah.. penyejuk mata & jiwa kedua ibu bapanya. Itulah doa ku setiap hari untuk dia, bukan hanya doa setahun sekali yer. Kalau suruh mami susun kata2 indah untuk gambarkan kasih sayang mami pada shahila sememangnya tiada kata paling indah dalam dunia ni untuk memperlihatkan betapa indahnya kasih sayang mami pada shahila.. Cukuplah sekadar kau tahu wahai anak.. Ia terlalu dalam hanya mampu kau rasa tapi tak mampu di luahkan dengan kata kata.

Selamat hari jadi shahila...

5 comments:

  1. slmt hari lahir lala..comeynye dia..kjp je rsa dh 3 thn.

    ReplyDelete
  2. wah, touching pula baca cerita ni
    kira time si lala ni lahir, cik lekit tak beraya lah ye =)
    aisy lahir hujung tahun 2/12, sebaya dengan lala
    sekolah esok sama lah =)

    saya pun rasa sakit bersalin paling sakit saya penah rasa
    tapi nikmat selepas tu hanya ALLAH aje yang tahu
    jujurnya best sungguh jadi mama ni =)

    anyway buat shahila a.k.a lala, acik yana ucupkan
    selamat hari jadi, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
    jadi anak yang solehah dan bertanggungjawab ye
    jangan lupa jasa mummy dengan daddy kamu
    banyak pengorbanan mereka membesarkan kamu =)

    ReplyDelete
  3. :) haha...beria baca ingt sakit apa.tetipu ai. Hppy bday lala...bday acik esok jgn lupa kasi kek. Hahah

    ReplyDelete
  4. epi besday lala..suka tgk lala toncet rmbut mcm tu.. ala kpop..

    ReplyDelete
  5. hepi bufday lala... dh 3 tahun dh... lama tak tengok lala, dh tembam...
    semoga lala dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jd anak yg solehah ye :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!