MODEL CARLIST.MY KENA MAKI SEBAB MUKA MACAM KIKI STERENG LOCK

5.8.14 Suria Lekatlekit 13 Comments

Nak minta maaf siap2 la.. bukan niat nak mengaibkan kiki dengan gelarkan dia kiki stereng lock tapi just nak buat orang tahu sapa aku maksudkan senang tak payah cerita berjela siapa kiki & macam mana dia di kenali. Sebab kalau cakap kiki & kisah stereng lock dia Insya Allah ramai yang tahu kisah beliau. Tapi entri ni bukan la nak cakap pasal kisah stereng lock tu.. nak cakap pasal benda lain pulak.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa kes pasal seorang model carlist.my yang aku agak maybe kena kecam,kutuk,keji,maki sebab mungkin orang nampak gambar dia seakan akan KIKI sampai pihak carlist.my terpaksa keluarkan kenyataan penjelasan bahawa model yang terdapat pada iklan carlist.my yang terpampang di bas, teksi bagai tu bukan kiki tapi salah seorang staff mereka. Kalau takde isu salah paham mustahil la carlist.my sampai terpaksa keluarkan penjelasan macam tu, ye dak?? (lagipun ada blogger bagitau ada kat 1 page memang ramai yang maki model carlist.my ni sebab depa ingat kiki)

 Seimbas lalu pandang tak di nafikan ada la jugak macam kiki tapi takde la sama sangat kan? cuma maybe cara pemakaian tudung,bentuk muka & kulit tu macam kiki sikit.

Serius.. aku memang nak tergelak. Bukan nak gelakkan kiki atau carlist.my.. gelakkan manusia yang benci tanpa sempadan sangat dengan kiki sampai tak boleh nampak muka dia terus nak maki je sampai tak sempat nak siasat siapa orang yang mereka kecam tu. Marahnya hangpa kat Kiki yer.. macam nak suruh dia nyah dari muka bumi ni yer..


Ya Allah semua orang buat silap kot.. Kiki tu nasib dia kurang baik perilaku biadap dia di rakam & di sebarkan padahal dalam Malaysia ni ramai kot pembuli jalanraya malah yang lebih biadap & ganas dari tu pun ada  cuma nasib depa lebih baik dari kiki sebab takde video depa di rakam & di viralkan. Yer.. aku pun rasa geremmmmmmm je masa tengok video kiki tu tapi rasanya dia dah terima hukuman so, terimalah permohonan maaf dia tu & jangan ada benci lagi. Yelah.. paham maybe korang rasa geram seorang pesalah macam di angkat bagai bintang & benda ni mungkin jadi pengaruh buruk pada orang lain.. aku pun tak setuju tapi jangan la benci dia sampai takde maaf langsung. Pihak media pun jangan la julang2 sangat seorang pesalah sebab perkara macam ni boleh bagi kesan negatif pada orang lain & pesalah tu sendiri.

Moral of the story.. nak buat apapun siasat dulu jangan nanti termalu sendiri. Peace No war

P/S : Teruskan #prayforGaza

13 comments:

  1. lain kali nak buat hal kena tengok sekeliling dulu kot2 ada org merakam..hihi

    ReplyDelete
  2. hihihi. gelak jugak sikit. heeeee.
    tapi tu la. yang udah tu udah la kan.
    ramai sangat yang suka nak hover.
    pfffftttt!

    ReplyDelete
  3. ada terbaca jugak tentang ni hari tu...hu hu hu, kenalah pepandai explain dan jangan cari model seakan2 kiki... mostly society memang suka drifted away by emotions giteww....

    ReplyDelete
  4. adeh...
    diorg ni terlebih xcited plak.
    dgn iklan cmni pn nk bising,
    otak tu dh terlalu betul kot.

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Rasa nk gelak . Bkn apa, bila tgk gmbr tu mmg seiraa. Maybe sbb akk x kenal kiki tu sbb tu nmpk gmbr tu kata seiras. Klu akk nmpk kat bas pun akk akn tny laaa naper kiki jd model tu?

    ReplyDelete
  6. alahai sampai cenggitu sekali kiki kena banned ye. tapi sekali imbas, memang ade la juga iras kiki.

    http://www.lizazilda.com

    ReplyDelete
  7. aku tengok tak seiras plak... hahaha... orang kita ni kan cepat melatah... opocoooottt !!

    ReplyDelete
  8. masa mula2 tengok iklan ni sebelum raya hari tu,akak pun igatkan kiki..hehe..muka sama dah..

    ReplyDelete
  9. kalau ambik kiki yg sebenarnya sebagai model pun, apa salahnya, lagi cepat naik rating! beli sebuah kereta percuma stereng LOck! Mahsyukkk!

    ReplyDelete
  10. org yg bnci sgt ngan kiki tuh emosi terlebih..agaknye die tak pernah buat silap kot tuh yg anti sgt ngan kiki

    ReplyDelete
  11. Adoi.. Terkena jugak sebab nampak dekat page orang dok maki. Nasib la tak join jugak. Kalau tak free je dapat dosa. Sudah2 la kutuk kiki tu kan.

    ReplyDelete
  12. hehe...teruk punya benci
    sampai orang lain pun dia ingat orang tu
    tu lah dia manusia ni, mudah sangat nampak kesalahan orang lain
    udah-udar ler

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!