SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI

8/27/2014 01:41:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu.

Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik.


Mimpi pelik aku dalam minggu tu adalah memula aku mimpi dapat anak lelaki dalam keadaan aku sebenarnya tak sedia lagi nak tambah anak tapi dah dapat aku terima jugak. Dalam mimpi tu anak aku tak nak terus BF terpaksa aku kena pam susu. Masa aku pam susu memang banyak. Mimpi kedua aku beranak lagi anak lelaki... Pun dalam mimpi tu aku tak ready untuk ada anak lagi. Kesian kat lala kononnya masih perlu banyak perhatian tapi tetap la aku terima . Mimpi ketika aku mimpi siap rasa sakit bersalin tu. Pun anak lelaki jugak.. kisah mimpi tu aku tak berapa ingat dah sebab aku simpan lama sangat baru cerita. Tapi dalam minggu tu pada tidur malam yang tak sama hari & tarikh 3 kali aku mimpi beranak anak lelaki.

Agak ganggu fikiran aku jugak la dengan mimpi2 tu sebab aku terfikir kenapa aku mimpi kisah yang seakan akan sama sampai 3 kali dalam minggu yang sama? Tapi setakat ni aku tak rasa apa2 pelik berlaku kat diri aku. Mungkin aku selalu tidur lepas tengok cerita rancangan The Unbelieveable kat NTV7 kot sebab tu suka mimpi mengarut. Tapi nak tanya pendapat semua yang baca entri ni.. kalau korang rasa pelik tak mimpi aku??

P/s : Nak kata mengidam anak lelaki sangat tu takde la pulak even nak jugak ada anak lelaki untuk akan datang.

7 comments:

  1. hahah..mimpi mainan tidur..Akak pernah la terbaca,bila kita bermimpi kita takdigalak kan bercerita pada orang sebab takut orang mentafsir mimpi kita dan ianya boleh menyebabkan kita terpesong...lebih kurang gitu la ayat nya...tak ingat la baca kat buku ke kat blog ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? tanya ni sebab musykil. Kalau ikut mimpi saya ni.. byk mimpi pelik tp mimpi ni jadi kemusyikalan pulak. Kalau tafsir2 takde asas agama tu tak suka jugak la nak amik tahu @ percaya.

      Delete
    2. Pasal kak diana cakap tu dah try google. Nanti nak refer dulu dengan org yg lebih berilmu sebab jawapan dia ni mungkin lain skit dr kak diana cakap. kena jugak refer kang ada pulak datang komen mempertikaikan pasal info tu kan. kekekekekkee apapun thanks kak diana share benda ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum awak.. kena refer dengan orang yang berilmu untuk tafsir mimpi ni. sebab kita tak tahu.. heee ingatkan betul2 bersalin dalam seminggu sekali dapat 3 baby boy. heeeee

    ReplyDelete
  3. Anggap je lah mainan tido. Xde apa la tu

    ReplyDelete
  4. Pernah mimpikan orang yang sama setiap hari selama berminggu-minggu T.T

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com