YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM COPYPASTE ENTRI ORANG

9.8.14 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kang ada pulak yang kata aku suka besarkan isu kecik. Bukan nak besarkan isu kecik bagi sesetengah orang sekadar nak berkongsi info yang aku dapat jer.. Yelah sama2 belajar. Yang tak faham sama2 cuba faham. Aku pun tengah belajar jugak bukan tahu @ faham semua perkara dalam dunia blog ni.

Semalam aku detect 1 blog copypaste entri aku tanpa bagi backlink.. dah slow talk bagai.. ok aku izinkan dia guna entri aku dalam blog dia dengan syarat bagi backlink je ke blog aku. Kedekut sangat ke aku kalau buat camtu? tepuk dada tanya akal masing2 la yer sebelum label aku seorang kedekut ilmu, info atau nak gila nak cari nama dalam dunia blog. Aku buat camtu bukan pasal kedekut.. Tapi yup! aku menulis sebab aku nak orang baca & tahu itu adalah hasil penulisan aku sendiri. Aku tak nak hipokrit sangat la konon menulis sebab suka2 & untuk tatapan sendiri. Tu bukan target @ motif aku dalam berblog. Aku memang nak orang kenal penulisan aku. Aku tak hadap populariti pada diri aku pun.. tapi aku memang dari sebelum kenal blog, dari aku dok karang cerpen bodoh2 untuk bacaan sendiri memang aku ada impian nak satu hari orang baca & kenal penulisan aku.

Ok berbalik pada isu... kenapa orang marah kalau entri kena copypaste atau bahasa kasar kena curi?? Banyak sebab sebenarnya.. salah satu yelah penat2 orang tu perah otak taip entri last2 orang senang copy & claim macam benda tu karya dia sendiri. Antara sebab lain yang aku baca adalah kerana duplicate content. Kesan bila carian google detect ada duplicate content dia mana penulisan yang sama ada dalam lebih dari 1 blog adalah akan jejaskan kualiti blog tersebut, dimana akan ada effect pada carian google. Yelah.. orang lain penat2 tulis, orang lain pulak dapat hasilnya. Pada blog SEO pulak.. memang kesian.. benda tu memang akan bagi kesan buruk pada blog mereka. Ada yang sampai kena banned sebab isu duplicate content tu bukan isu kecik kot untuk kita pejam mata je bila entri kita kena copy. Tu je yang aku faham... kalau korang nak faham pasal duplicate content ni korang google la banyak blog tulis pasal ni.

Bila aku bangkitkan isu ni ada yang kata semua blogger pun sama.. sumber rujukan dari google jugak nak buat entri so sama macam tiru jugak. Yer.. kita banyak ambil sumber rujukan dari blog @ page orang lain.. aku tak kata salah pun aku pun banyak buat camtu tapi karang la sendiri dengan gaya penulisan kita bukan copy paste bulat2 supaya tak jadi duplicate content. Kesian pada blog yang penat2 karang even dia ambil rujukan dari sumber lain pun tapi dia cuba hasilkan penulisan tu dengan cara dia sendiri. pulun menaip sampai hilang huruf kat keyboard alih2 orang lain just right clik, copy & paste.

Moral of the story.. Aku banyak jugak kengkawan blog copypaste ni tapi takde la masalah apa2. Dorang pun takde nak mempertahankan cara dorang berblog cuma itu pilihan masing masing. Cuma tak perlu tegakkan benang yang basah. Kita tahu apa yang betul & salah.. nak buat tak nak buat tu terpulang pada diri sendiri, ye dak??


Pesanan khidmat masyarakat..

P/S : kebanyakkan blogger macam aku ni tak demand sangat pun.. kami cuma minta kalau nak copy entri kami just link kan balik je ke blog kami supaya orang tahu itu hasil penulisan kami. Susah sangat ker? Yelah kami ni bukan paham sangat SEO bagai.. traffic pv, uv tahu la... Tapi bukan aku membenarkan semua entri di blog aku korang copypaste tau. setakat satu dua dalam 1 blog ok lagi kalau lebih dari 5 entri korang ambil dari blog aku untuk masuk blog korang, Insya Allah korang akan berdepan dengan masalah.kekekekeke

9 comments:

  1. shark pn br je lepas buat entry copypaste nie.
    tp xdopler sampai kedekut nk kasi backlink
    muka x tebal lagi nk ngaku karya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga awak bangkitkan isu ini. Saya sendiri pun risau orang main copy paste je saya punya penulisan. boleh tak kita saman orang yang selalu copypaste penulisan kat blog kita?

    ReplyDelete
  3. Biasanya kita link sekali sumbernya....

    ReplyDelete
  4. boleh buat lapuran pada google.. supaya si copy paste di kenakan tindakan ...

    ReplyDelete
  5. geramnya,,, kalau ada buat kt blog saya, angin satu badan...

    ReplyDelete
  6. ada blogger lain tak kisah, ada yang dah berhenti pun menulis
    sebab tension tahap gaban sebab entry yang dikarang sikit punya kena
    curi tanpa langsung back link

    dah lama sangat benda ni berlaku
    saya pun marah, yelah penah kot type pepanjang
    orang curi aje! geram!

    ReplyDelete
  7. Memang ambik idea dari mana2 blog pun. Tapi saya ubat dan olah balik la ikut gaya sendiri. takda la nak copy paste je.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!