AFEE UTOPIA CINTA TAK PERNAH MATI UNTUK MENYANYI

9/12/2014 03:33:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Yang lahir tahun 70an & remaja masa tahun 80an mesti kenal dengan kumpulan Utopia kan?? Zaman rock kapak memang banyak penyanyi yang hebat2.. pendek kata kebanyakkan penyanyi zaman tu memang dengan bakat la.. Jarang yang jual rupa. Bagi yang generasi baru yang tak sempat kenal dengan kumpulan Utopia. Kumpulan ni di anggotai 4 orang ahli, Afee (penyanyi), Rano (Drummer) Husni (gitar) Iwan (Bas) Antara lagu popular Utopia adalah Mithali Cintaku & Maya Percintaan.

 Sumber Google

Selaku Vokalis kumpulan Utopia, Afee kini kembali mewarnai persada seni tempatan dengan single terbaru secara solo. Otai kembali pegang Mic tentunya belum hilang bisa. Nyanyian beliau masih mantap macam zaman kegemilangan Utopia jugak. Cuma perlu sokongan dari penggemar muzik tempatan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni. Sayang.. bakat besar dari seorang penyanyi berpengalaman di biar berkubur tapi kita sibuk mengangkat penyanyi baru yang bakatnya hanya paras buku lali.. gahnya hanya pada kontroversi.

Terkini dari Afee.. Orangnya pun hensem lagi apatah suaranya (sumber gambar KitaFM)

Single terbaru Afee Utopia ni bertajuk Cintaku tak pernah mati . masih mengekalkan vokal yang mantap. Lagu berkisahkan cinta yang di curangi tapi tetap cuba di pertahankan. Memang ramai yang akan tangkap leleh.. sedu sedan la dengar lagu ni. Nak2 lagi yang ada kisah sama macam lagu ni.. So, nak tau sejauh mana kehebatan Otai yang masih berbisa ni apakata korang dengar sendiri single terbaru Afee Utopia. Bagi peminat Utopia.. Mungkin single dari Afee mengembalikan nostalgia lama & mengubat kerinduan anda pada kelunakkan suara Afee yang pernah menghiburkan anda satu masa dulu.


Yang lama tak semestinya lapuk. Kalau masih aktif bermakna masih ada kekuatan dalam nyanyiannya. Jadi tak salah kita terus memberi sokongan pada mereka. Kalau dulu kita rasa mereka hebat kenapa kita kita biarkan mereka menagih simpati & sokongan walhal kehebatan dia telah terbukti sejak dulu lagi. Terus menyokong otai2 lama yang masih berbisa.

5 comments:

  1. eh, brader afee kuar lagu baru..dia ni orang tempat saya je..selalu jumpa kat masjid..ingat dh pencen nyanyi..haha..

    ReplyDelete
  2. perghhh minat dengan afee ni.... "mengapa duluuuuuuuuu kau hancurkan hati ini...... mengapa engkau tak serius dalam cintaaaaaaaaa"...

    semoga bro afee selalu sukses !

    ReplyDelete
  3. utopia? awat tak ingat huh
    tua dah gamaknya daku ni...hehe

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    peberet jugak lagu dari utopia ni..
    tahniah brader utk single terbaru ni~

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com