ANTARA SEBAB SKYNET DAH LAYAK GULUNG TIKAR

25.9.14 Suria Lekatlekit 13 Comments

Setelah 2 minggu (10sept - 24 sept ) barang yang di nanti sampai jugak ke tangan pada malam 24 sept 2014. Jauh perjalanan dia tu.. Dari Taiping ke sg buloh mengambil masa lebih kurang 14 hari nak sampai. Sesat gamaknya...


Memang yang tak tahan sabar ni tak di nasihatkan guna servis skynet untuk sebarang penghantaran la. Kau gila.. 2 hari selepas barang di post.. alasan. Takde staff nak hantar. Pelik sangat alasan tu. Perlu ke customer tahu masalah depa tak cukup kakitangan.

Lepas tu alasan biasa.. konon penerima takde kat umah masa dorang hantar sedangkan tarikh yang di katakan depa datang hantar 24 jam aku kat dalam umah.. setapak pun aku tak melangkah keluar pintu rumah.


Lepas tu bila call.. nak check barang even sebelum dah kata barang ada kat centre. Janji manis nak hantar esok harinya... Dan paling terakhir alasan dorang tak tau barang tu kat mana kena check dulu. Siap call aku tanya barang apa yang di hantar kat aku. Bernanah la telinga kena lahar gunung berapi. Kau sibuk nak tanya barang apa tu dah apahal? Tugas kau hantar.. bukan menyibuk.


Bila aku up isu ni kat FB ramai yang turut berpengalaman buruk guna skynet ni. Bila aku baca review kat FB skynet ni memang tak jumpa yang memuji service dorang bagus. Majoriti memang komplen servis dorang teruk. Jadi.. sebelum terkena kat korang pilihlah servis penghantaran yang lain. Tak payah la nak amik risiko dengan skynet. Pengalaman aku sendiri 2 minggu baru dapat barang yang sepatutnya paling lewat pun 2 hari jer. Lemak la asal lambat customer pergi collect sendiri. Habis tu orang bayar kau untuk apa??

 Nak baca lebih banyak puja puji tentang perkhidmatan skynet ni boleh baca kat SINI

Skynet.. Sila la lakukan perubahan. Sampai bila perkhidmatan camni korang nak bagi pada pelanggan. Terlalu teruk bukan sikit2 dah. Memang totally kelaut takde sky2 sangat dah. Kalau rasa takde kemampuan nak gajikan staff secukupnya sila bungkus pergi buat bisnes kacang putih sudah.

13 comments:

  1. emmm...baru hri ni saya bergaduh pulak dengan nationwide..macam ni jugaklah..tengok dekat webiste mereka barang dah sampai kat branch..sampai call,kena tengking pulak..skynet nie pun kalau dah ada masalah,tak reti ke nak inform..

    ReplyDelete
  2. lamanya nak smpi barang,tak pernah guna pon bab x pernah post barang..

    ReplyDelete
  3. Lamanya..tak pernah guna sky net..biasa pos laju je..tp mmg hampeh servis sky net ni..smp 14 hari tu..mmg panas tahap gunung berapij gk klu servis mcm ni..

    ReplyDelete
  4. huhhu... saya pernah kna ng gdex, call hq n diaorg ckp nnnt call blk sekali tak call blk, call plak btanch yg berdekatan pun ckp benda yg sama.. last2 sy call kali ke-2 bru diaorg reply call n gtau pasal brg. Terus saya call hubby suh pick-up sendiri kt branch.. klu harapkan diaorg... entah bape lama terperuk kt stor diaorg...

    ReplyDelete
  5. Dulu pos malaysia org kata x bgus.
    Skrg mereka plg baik.

    ReplyDelete
  6. owh... tq!! confirm takkan guna service ni.

    entry terkini...Maaf Jikaku Tak Sempurna - Dari sudut aku

    ReplyDelete
  7. Eeee, ntah cam ner dia org buat keje, sebaik bukan mende2 urgent, kot surat panggil interview ker, kad jemputan kawen ker, harus kena saman ...

    ReplyDelete
  8. Huhuhu. Penjual n pembeli online pon seram sejuk kalau barang x smpai.

    Singgah www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  9. tudio lamanya sampai 2 minggu
    jenuh nak menjawab dekat customer kalau problem macam ni
    moga diorang buat perubahan laa
    pergi kursus motibasi ke hapa yang patut

    ReplyDelete
  10. betol2,.skynet teruk sangat.,habis moto sy

    ReplyDelete
  11. Eee...sakit ati... Sy dh hntar hadiah kawin member sminggu sebelum dia kawin. Skrg dh 4 ari lepas hari kawin dia. Mksdnya dekat 2 minggu jgk la.. Budak penghantar skynet kol smlm tanya rumah kat mana? Dia kata petang nak masuk taman tempat kawan sy tinggal... Then ok.. Hari ni masih x sampai. Sy kol balik budak yg sama. Dia ckp mintak maaf hari ni tak masuk. Esk sy masuk. Dh kuar dh bunga2 letusan gunung berapi tadi tapi dpt kontrol lagi sebab dia mintak maaf. Esk nk tengok lagi.. Kalau takda memang larva semua keluar la...

    ReplyDelete
  12. Eee...sakit ati... Sy dh hntar hadiah kawin member sminggu sebelum dia kawin. Skrg dh 4 ari lepas hari kawin dia. Mksdnya dekat 2 minggu jgk la.. Budak penghantar skynet kol smlm tanya rumah kat mana? Dia kata petang nak masuk taman tempat kawan sy tinggal... Then ok.. Hari ni masih x sampai. Sy kol balik budak yg sama. Dia ckp mintak maaf hari ni tak masuk. Esk sy masuk. Dh kuar dh bunga2 letusan gunung berapi tadi tapi dpt kontrol lagi sebab dia mintak maaf. Esk nk tengok lagi.. Kalau takda memang larva semua keluar la...

    ReplyDelete
  13. Sampai sekarang skynet masih buat taik. Ada ke patut suruh cust ambil sdri barang sebab x pernah masuk ke alamat rumah saya. Dah la col xpenahnya nk berangkat. Dealer yg bgtau kena ambil barang sendri sbb skynet xmasuk kawasan rumah sy yg peliknya kurier lain blh je sampai kawasan rumah sy tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!