IQRAM DINZLY TAK PERLU SENTAP, ZAKUAN ADHA TAK PERLU CANANG

9/10/2014 02:43:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Aduhai... Bukan la nak jadi blog beautifulnara, Rotikaya @ blog2 cerita retis sangat tapi nak buat camna bila kita berdunia online ni memang banyak kisah2 retis lalu lalang kat news feed FB. Kadang2 sebagai blogger tercuit jugak nak komen sepatah dua kata bila isu yang kita rasa macam bodoh jer statement dia tu.. Dia tak fikir ke sebelum nak komen.

Contohnya perang siber antara Iqram Dinzly & suami kepada pelakon Ayu Raudah juga pemain bola sepak Zakuan Adha yang katanya sakit hati tengok lakonan Iqram & bini dia dalam filem lagenda budak setan 3 sampai tak bagi dah bini dia berlakon.


Bagi aku itu baru lelaki.. Tak kira adegan tu di buat atas dasar kerja & lakonan semata mata tapi kalau betul2 lelaki memang dia akan rasa tercabar & cemburu jugak kalau tengok laki lain pegang, sentuh @ peluk bini dia. Soal profesional atau tak.. Sememangnya soal2 camni aku rasa Zakuan Adha tu lebih profesional kerana salah satu tindakkan dia untuk menjaga maruah & nama baik isteri jugak diri dia sendiri. Bagus.. kalau dia dah tak bagi bini dia berlakon atau kalau nak berlakon watak2 yang tak bersentuhan dengan lelaki jer.

Sumber Mymediahub

Tapi cuma sebab memula kau dah izinkan lepas kau tengok aksi2 dalam filem tu kau rasa tak boleh terima tak perlu la kau up kat laman sosial sebab boleh jadi kontroversi. Kau bincang laki bini dalam bilik sudah. Sebab salah tetap dari kau yang mengizinkan bini kau berlakon. tapi tu la manusia kan.. kadang2 terbabas jugak bila dah beremosi ni.

Pada Iqram.. komen dia buat orang lain kondem dia balik. Yelah.. sentap tak tentu pasal. Zakuan Adha bercakap pasal hak dia kot bukan hak kau. Bini dia kot.. dia nak bagi @ tak berlakon tu dia punya pasal la. Tak perlu kau nak emo lebih2. Kan dah memalukan diri sendiri.

Moral of the story fikir sebelum bertindak tak kira pihak mana pun. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. 

P/S : Sekadar memberi pandangan peribadi tak bermakna aku seorang yang perfect bijak & pandai dalam handle semua masalah. Aku cuma manusia yang tetap ada kekurangannya. Peace

11 comments:

  1. SA setuju...ketiga3 pihak slh..baikZA, baik ID dan baik AR...x yah la berlakon lg...laki dh mrh kot....hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha macam2 hal la... elok pun tak payh berlakon...

    ReplyDelete
  3. Iqram nipun salah seorang artis yang suka bergaduh dengan orang jugak...walaupun dah keluar kenyataan kat wartawan tapi masih dok sindir2 kat Ig..lawak dia nih..

    ReplyDelete
  4. Ngeh ngeh.. saja je dia bikin panas tu

    ReplyDelete
  5. Salam Abby..
    hehe..masing2 dah besaq.. :p

    ReplyDelete
  6. Adeh..kot² publisiti tu..

    ReplyDelete
  7. ha ah kan... masing2 menyalak.. apa kes.. ayu raudah??? tak nak join komen ke..

    ReplyDelete
  8. hmmm..pakat2 gaduh. benda kecik pun dijadikan besar

    ReplyDelete
  9. boleh tak aku macam tetiba je undo aku punya respect terhadap iqram?? aku minat dia, sebab JJCM... tapi hilang minat sebab kes ni... ngelenyar tak tentu pasal...

    ReplyDelete
  10. ada terbaca cite yang agak hangat jugalah
    pada saya kan...dua-dua sama
    yang si iqran dinzly nak sentap apahal
    laki orang tu tak sebut nama dia pun
    si laki orang tu pun, kalau rasa bini tu dikasari
    suh dia duduk rumah udah ler

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com