KENAPA AKU TAK JOIN CABARAN 30 HARI KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

5.9.14 Suria Lekatlekit 30 Comments

Ramai yang join cabaran 30 hari kelab blogger Ben Ashaari tu... Bagi yang tak tau cabaran apa.. cabaran menulis entri yang di berikan tajuk dia setiap hari oleh penganjur cabaran tu. Elok sangat yang suka tinggal blog sampai bersawang tu join cabaran ni at least setiap hari ada task perlu di buat kat blog. Tertarik dengan cabaran hari ni.. hari ke 5. 3 Perkara yang nak anda katakan pada bekas kekasih...Tertarik nak join cabaran ni ke?? tertarik nak mengulas pasal tajuk jer hahahaha


Aku memula macam ada niat jer nak join sebab rasa macam best jer setiap hari di beri 1 tajuk untuk kita menulis di blog tapi maybe otak aku ni lebih kedepan fikir sebab cabaran ni banyak kena cerita pasal diri sendiri cuma dalam tajuk berbeza2 setiap hari. So, aku takut ada task yang mungkin aku tak boleh share cerita dengan sesiapa sahaja demi menjaga hubungan baik dengan orang lain sebab yelah.. kadang2 kita nampak perkara tu simple bagi sesetengah orang tapi penerimaan pihak lain tak sesimple penerimaan kita so aku ambil keputusan aku support jer blogger2 lain yang join.

Macam task hari ni.. Aku tak rasa ada kata2 atau ucapan apa2 lagi buat yang dah jadi sejarah tu. Hahahahaha... Kalau boleh tak nak sebut dah apa2 tentang mereka yang jadi sejarah untuk kehidupan hari ni. Bagi yang masih bujang rasanya task camni benda kecik jer (kalau aku still single pun aku tak rasa ada masalah sangat la task ni).. tapi bagi yang dah berkahwin ada yang ok.. Ada yang macam aku, benda camni tak ok sangat untuk aku cakap secara umum dalam blog. Yelah.. nak buat ucapan atau berkata sepatah dua untuk orang yang pernah jadi kekasih kita satu ketika dulu ni susah sikit.. Yelah, susah nak cakap kenapa & mengapa tapi tu la.. kang ucapan baik2 jadi salah paham di pihak orang sebelah kita.. kang buat ucapan sinis2 jadi pasal kat sebelah orang yang pernah jadi ex. hahahaha. Zaman media sosial nak tulis dalam blog yang kita tak tau siapa yang baca kan?? Buat nye yang ex tu touching dengan ucapan sepatah dua kata kita.. dia kecohkan hal tu, takut jadi masalah pulak. Yelah.. dah ada rumahtangga ni banyak perkara nak kena jaga. Kadang2 yang kita rasa mustahil boleh berlaku tu.. boleh jadi tak mustahil bila dah berlaku. So, aku ambil langkah cegah sebelum berlaku la. Sebab kita lebih kenal pasangan kita dari orang lain so kita lebih tahu apa yang berisiko & tidak bila kita nak buat sesuatu kan? Sejak aku berkahwin aku atau asben aku memang kami tak pernah cerita pasal ex2.. even kami rajin bergurau pun. Banyak lagi kisah lain yang best boleh jadi bahan bualan kami kot. hahahahaha

Lagipun aku memang tak nak cakap atau sebut atau ucap apa2 untuk yang dah jadi sejarah nak2 lagi yang bernama ex ni. Biar sejarah tu hilang bersama waktu je. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang.. jodoh yang Allah tuliskan untuk aku & kehidupan aku itulah yang terbaik sekarang ni. Moga ia menjadi yang terbaik selamanya.. Insya Allah.

Dan sebab tu aku tak join cabaran 30 hari #kelabBloggerBenAshaari ni sebab dari awal aku dah rasa mungkin ada cabaran yang aku tak mampu buat ternyata apa yang aku fikir tu memang betul. Apapun bagi nak join tak salah, malah yang rasa mampu sahut cabaran ni aku memang kagum! Kalau nak join boleh PM Sue Izza kat FB atau join group Kelab Blogger . Nak terjah blog penganjur cabaran ni boleh terjah kat myputeri21 Boleh lagi kot even dah cabaran hari ke 5 hari ni. Apapun semua peserta cabaran 30 hari aku ucapan semoga korang berjaya abiskan semua 30 task tu tanpa ada skip pun. Good luck.


P/S : entri ni bukan entri kondem Cabaran 30 hari tu tau.. Kang ada yang touching lak. Entri ni just macam cerita aku jer.. terilham bila aku tengok task cabaran hari ke 5 ni. Harap takde yang terasa tak tentu pasal yer..

30 comments:

  1. aku tengok tajuk pun getar tapi aku buat suka2 je... mungkin sebab aku masih kanak2 ribena kot... hahaha

    ReplyDelete
  2. menarik cabaran ni.. tp sy xdpt nk join sama. cnfirm ada yang tertinggal nti...

    ReplyDelete
  3. ada betul juga apa yang cik lekit kata ni
    saya pun tak join
    sebab saya memang satu hari satu entry je kot...hehe
    kalau saya participate juga, celah mana pula nak membebel hal saya ye dak
    tadi ada terbaca blog yang join cabaran hari ke-5 ni
    tersenyum sendiri la pula, kalaulah suami dia baca

    ReplyDelete
  4. maybe ada btl jugak ape pendapat lekit tu...sbb x semua pemikirannya blh masuk dgn ape yg kite cube sampaikan kn? so jln terbaik, baik jgn terlibat lgsg kn? hehehe

    ReplyDelete
  5. ha ha ha... setiap orang ada pendapat masing2...

    ReplyDelete
  6. tak buat lagi entry task ke 5 ni sbb mcm suria kata laaa... nak jaga hati due2 pihak... dah la ex ex tu smue masih ade dlm fb dan diorang follow my blog dannnn my wife pun knal ex ex tuuu... hah... guane tu? cari nahas...

    tapi cabaran sbnr utk Cabaran 30 hari ni bukanlah menjawab task yg diberikan tu sbnrnya... tp lbh kpd mendisiplinkan diri utk update blog tiap hari mcm Ben Ashaari tu... nak jwb mcm entry suria ni pun dah dikira menepati task hari ni dah... ulas psal topik diberikan....

    Sory terbuat entry disini... hahahhaa

    ReplyDelete
  7. hahahhaa....ye ye,sebenarnya task yang di beri hanya tajuk,kalau rasa pasangan tak boleh terima atau nak jagi hati ,pandai2 la kreatifkan tajuk tu,itu la namanya cabaran kan,contohnya :
    -buat ex itu artis macam ujang (http://azfar9897.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-3-pesanan-untuk-bekas.html)

    -buat entry kelakar macam papablogger (http://www.papablogger.my/2014/09/cabaran-hari-kelima-3-perkara-yang-anda.html)

    kan kreatif?
    atau pun
    anggap la suami tu ex juga,ye la dulu pakwe sekarang suami so ex pakwe kan?
    tulis la pesanan kasih sayang rindu kat dia
    haaaaa kan kreatif tu hhahaha

    apa pun semua ni bergantung kepada pandangan masing2

    be kreatif hehehhe
    baru la seronok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu............
      kena kreatif la mengolah isi dan ayat...... blogger kan kreatif.
      itulah sebab aku buat blog asing untuk cabaran ini.

      Delete
    2. suka cara penerangan sue.. jelas...

      suria... sy pon tak nak join jgk sbenarnya sbb sy blog info...memandangkan sy pemalas tahap gaban.. sy sahut cabaran ni dgn positif... hari ke3 baru nak buat task pertama...

      btw baguslah.. byk blog bersawang dah mula buat renovation... hahaha.. mendisiplinkan diri perkara pling penting... klu suria jenis rajin update blog tak join pon tak pe... tak join tak semestinya tak sokong kan???..

      Delete
  8. Task harini, saya memang gerun. Sebab suami saya pon baca blog saya. Jadi, Saya dedikasikan entry tu kepada dia, sebab dulu kan kekasih, skang dah jadi suami hehehe. Macam pengomen atas ni cakap. Hehehe olahan idea. Tapi semua ada pendapat kan. :D

    ReplyDelete
  9. masing-masing punya hak
    masing-masin ada cara tersendiri.
    dah nama cabaran so kena ler hadapinya walaupun perit.
    hehehehe..
    follow atau tidak kita tetap rakan blogger :)

    ReplyDelete
  10. Kite baru masuk hari ke-3.. Lambat sikit pick up.. Tapi yang topik hari ke-5 tu mmg agak kena berhati2 sikitla demi menjaga keharmonian kedua belah pihak.. Sekadar suka2.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  11. Kene lebih kreatif sebenarnya.. boleh je dijadikan bahan imaginasi kalau rasa tajuk tak sesuai untuk diceritakan terutama bila dah ada berfamily..

    ReplyDelete
  12. Hehhe tkperlu nk wat straight sgt.. buat je tjuk mcm tu tpi isi len.. haha .wat ileks je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti la kot akak nk buat tajuk lain isi lain dik.. pelik pulak nak buat entri camtu.

      Delete
    2. tajuk kena catchy .....isi belakang kira

      Delete
  13. saya join pn sebab nk update blog bersawang tu jer... yang mana task tu stakat ni takde masalah...

    ReplyDelete
  14. Suria, pandangan yg baik menyedarkan kepada yg tak sedar secara langsung berisiko kalu terlampau lurus sangat...ini cuma cabaran yg dikategorikan menilai kreativiti penulis.. mcm sy nyatakan dlm entri bahawa kejujuran itu adakalayan mayakiti .. org kata cakap siang pandang².

    ReplyDelete
  15. hahaha lurus bendul sangat kot saya ni.. sebab takut terkeluar tajuk x berani pulak nak klasifikasi asben sendiri sebagai exbf hahahahaha... Apapun gud luck pada semua. Thanks atas komen positif anda semua

    ReplyDelete
  16. Entri bukan hanya untuk task #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari tapi untuk kita jadikan panduan bila menulis sesuatu berkaitan masa silap.. ada yang boleh kita ungkit & cerita ada perkara yang kita kena biar dia hilang bersama waktu.. Tak semua orang boleh cerita semua perkara... Bergantung pada keadaan,masa & siapa kita sekarang. Semoga ia memberi manafaat pada kita semua, Insya Allah

    ReplyDelete
  17. yang lurus cerita peribadi dari setiap tajuk tu maybe lurus dan tau selok belok kehidupan lagi..hehe.., ni bukan nak jwp soalan SPM kena jwpn betul bagai.., memang tak la nak terlalu detail.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah.. dah tulis kita paham yang lurus jer.. bkn kita jer ramai kot yg paham camtu. bkn semua org kreatif macam awak kan.. :D

      Delete
  18. Kiera tak join pun, sebab mungkin kerja... nanti mesti ada lubang2. jadi tak syok pulak. Apapun, kiera suka baca entri2 mereka yang join tu :)

    ReplyDelete
  19. Kathy pun tak join sbb dah tertinggal banyak hari..

    ReplyDelete
  20. tak ada hal... ni pendapat masing2... masa KM nak post entry ni pun KM tanya pakwan dulu... dia pon sporting je, so up la entry... haha... KM buat santai2... Cabaran Day 5

    ReplyDelete
  21. Saya join suka2..dan nak ramai kawan dr geng blogger..

    ReplyDelete
  22. memang tak boleh la nak join benda2 yang memerlukan komitmen berterusan macam ni... sebab tugasan kat ofc berlambak sgt skrg ni..kalau ada idea tapi takde masa pun gak bleh jugak.

    ReplyDelete
  23. memang kena bg komitmen, kalau x dilabel gagal. hehe

    ReplyDelete
  24. menarik segmen ni tapi MG xsempat nk follow hari2
    kurg msa lak nk hupdate hri2
    kang tercicir
    org 30hri kte 5hri je..hehe :P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!