KERASUKKAN TENGAH MALAM

9/26/2014 12:04:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Tu la suka sangat tengok cerita seram tengah malam kan dah kerasukkan.. macam takde siang dah nak tengok kan? Bukan takde siang tapi tengok awal2 hari ni rasa macam takde feel lak.. Yelah nak tengok cerita seram kena dalam suasana yang mampu dapat feel seram. Takde time yang lebih sesuai selain tengah malam ye dak?? tapi tak rekemen la bagi yang penakut tahap kritikal.

Sumber google

Siapa yang kerasukkan ni sang lekit Ooi?? Ni cerita den sendiri yang dah macam kerasukkan tengah2 malam hari tengok filem seram Thailand bertajuk Possessed (Kerasukkan). Mana tidaknya tengah2 malam gelak macam pontianak depan TV. Mana tak gelaknya filem ni kelakar. Spoil mood seram tau tengok filem Possessed ni.

Sumber google

Filem ni mengisahkan sekumpulan remaja yang nak buat shooting filem pendek kisah seram kat kawasan perkuburan. Nak di jadikan cerita keranda di perlukan sebagai prop tapi sayangnya kat area situ takde keranda kosong terpaksa guna keranda yang ada mayat. Masa tengah shoot babak usung keranda tu salah seorang gadis yang tugasnya buat air kerasukkan. Maka kelam kabut la jadinya. Semua pakat nak lari tak nak teruskan shooting sebab takut sampai tertinggal keranda tu tak di pulangkan balik ke tempat asal. Bila keranda tu tak dipulangkan.. dorang tak boleh keluar dari kawasan tu. Jalan keluar tak jumpa. Sekali lagi perempuan yang kerasukkan tadi di rasuk lagi roh wanita tua yang nak dorang tolong carikan jasad dia kat satu kawasan macam paya. Kat situ la banyak babak2 kelakar. Ending cerita dorang dapat jumpa jasad wanita tua tu & akhirnya jumpa jalan keluar untuk pulang.

Filem Thailand Possessed ni sebenarnya dah lama aku beli dvd dia tapi tak sempat abiskan cerita dia. So, malam 2 hari lepas aku cuba jugak abiskan. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga & yang penakut. Not bad lawak2 dia.. Gelak dah macam kerasukkan tengah malam bila tengok. Hahahahahhaa

11 comments:

  1. Saya tak tengok cerita seram yang kelakar. Macam tak kena je dengan title filem seram tu.

    ReplyDelete
  2. ingat kena rasuk betul2 tadi....sabar je la..kalau akak...mmg x tgok de...

    ReplyDelete
  3. Akak ni suka sangat tengok citer seram. Tengoklah cite jiwang2 sikit. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terdaya Ammar.. tak sampai hati nak tengok cerita jiwang takut tak boleh terima kenyataan. hahahahaha

      Delete
  4. yang ni saya tengok, memang gelak guling-guling
    walaupun memang ada part suspend
    letih ketawa

    ReplyDelete
  5. macam best je..akak nak tengok jugak la..

    ReplyDelete
  6. alamak..kathy belum tengok lagi la sis..mesti best ni..kathy pun layan juga yg seram² ni..

    ReplyDelete
  7. seram nak tengok ,nnt teringat2 ..haha..

    ReplyDelete
  8. hahahhaha dengan kak suria & family sekali kena rasuk.... best ni... nak usha jugak laaa...

    ReplyDelete
  9. sy mmg tak minat cerita seram...sebab penakut..ehehehe...kalau setakat suspend triller tu boleh lah sikit2... :)

    ReplyDelete
  10. nasib baik bukak entry ni waktu siang... kalau malam, amhu menjerit dah tengok gambar tu. hihihi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com