MALU JADI ORANG KEDAH, KOLOT, BAHASA KASAR & TAK MODEN

9/03/2014 12:28:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Amboi hang.. lupa daratan ka? Lahir besaq & jadi orang pun kat kedah.. tup tup buleh dok key el terus tak mau ngaku orang kedah. Konon orang key el sangat tu... Balik kedah kena hambat baru hang tau!!

Amboi hangpa.. sa kata aku tulis tajuk entri lagu tu tak menyempat nak semboq dah.. tunggu la sat. Baca dulu apa ceqita dia... Ni aku nak story.. mai la baca lekaih...

Terbaca jugak status yang menjadi Viral seorang awek cun.. erkk.. dua orang kot. Sorang pencetus isu.. sorang lagi tukang komen yang seolah2 menghina atau memperlekehkan negeri & loghat kedah. Amboi.. cheq pun orang kedah tau.. Sampai hati cakap lagu tu kat kedah noh.. ceruk2 kedah pun ramai jugak orang kedah yang berjaya malah ada yang di kenali dunia.. Contoh Tun Mahathir Mohamed. Dia bukan lahir kat kedah besaq kat KL tau... Sampai hujung dunia pun dia bawak loghat kedah tu even dua gadis key el ni katanya loghat kedah memalukan.. teruk & kasaq.


Takpa la sapapun gadis2 itu... Tak perlu cheq sebarkan sapa dia. Kalau teringin sangat nak tau pi la google yer.. Apa cheq nak cakap.. yang hina negeri kedah konon tak maju, tak moden, loghat kedah memalukan, kasar & kolot tu.. maybe dia hanya hidup dalam KL jer.. Tak dak duit nak keluaq dari KL kot sampai dia tak tau setiap negeri dalam Malaysia ni ada loghat daerah dia tersendiri yang kita boleh kenal. Itulah namanya Malaysia... Bukan je pelbagai bangsa malah pelbagai budaya & loghat daerah.

Yang katanya lahir kat kedah tapi besaq kat Key El tu.. malu nak ngaku lahir kat kedah sebab kedah ni tak moden macam Key El.. takpa orang kedah tak kecik hati pun. Tak kesah pun kalau tak sudi jadi orang kedah tapi tak perlu menghina sangat. Nasib baik masa hang lahir ada jugak orang kat kedah tu pandai potong tali pusat kalau dak kesian hang.. Tak tau la jadi apa sampai besaq tali pusat tak potong. Orang paling2 pusat timbul ja.. hang pusat panjang.

Yang kata loghat kedah ni kasaq.. takpa tu pandangan hang. Cheq orang kedah pun tak nafikan bunyi kasaq jugak loghat kedah bagi orang yang cakap kasaq la.. kalau orang tu cakap lemah lembut tetap dengar sopan jugak macam orang key el.. kalau dia cakap kurang ajaq macam hangpa dua orang tulis kat FB tu tetap dengaq kasaq jugak walau dalam slang kl. Sama ja negeri mana2 pun.. Yang dengar kasaq atau tak.. orang yang menyampaikan tu bukan loghaq daerah dia. Loghat tu kalau di lagukan dalam bahasa yang lembut tetap kedengaran lembut.

Ada jugak dia kata.. lebih rela guna slang indonesia dari loghat kedah.. Dik.. jiran sebelah akak ni orang indonesia tapi suka cakap ala2 orang kedah sebab dia tak nak orang tau dia datang dari Indonesia jadi dia pilih loghat kedah supaya kedengaran dia cakap macam orang Malaysia even akak boleh detect sebab akak anak kedah jati kot cuma berhijrah ke bandar ni sejak bertahun tahun dulu. See.. Orang indon pun malu nak cakap indon bila mai dok Malaysia.. hang pulak bangga cakap indon kat Malaysia.

Moral of the story zaman media sosial ni tak payah la nak buat status yang menyentuh sensitiviti negeri atau loghat atau apa2 yang boleh jadi viral. Setiap negeri dalam Malaysia ada keunikkan loghat daerah dia.. Orang pendalaman ke orang bandar ker.. dah takde beza sebab orang membesar kat bandar ada yang tak jadi manusia moden pun. Nak tunjuk contoh tu takut ada yang kecik hati.. hangpa tengok la sendiri yer... Jadi peringatan pada diri sendiri jugak. Hope tak tertulis sesuatu yang boleh jadi kontroversi maha hebat kat alam maya.

13 comments:

  1. apalah yang nak dimalukan dengan loghat kedah..walhal loghat tu sedap untuk didengar...patutnya bangga dengan apa yang ada kat kedah tu..jangan la cepat sangat lupa ingatan yek..

    ReplyDelete
  2. aku pun geram kak, walau bukan jati kedah darah kedah tu ada jugak laa sipi2 mengalir.... dia malu jadi orang kampung, aku yang dok KL ni pun ngaku asai kampung... haih...

    ReplyDelete
  3. loghat paling power selain nogori mestilah daripada kedah dan perak! saya orang KL tapi saya sukaaa loghat utagha!

    ReplyDelete
  4. satgi habaq fb kene hack la tu..hahaha

    ReplyDelete
  5. lawak betul baca komen2 kat fb budak tu..hahahh..orang kedah kalau marah jangan buat main..:)

    ReplyDelete
  6. Laaa! oghang kedah gak ka? cheq oghang penang duk kedah. biaq pi kat depa laa, kunun bahasa utagha ni hulu sangat. depa taktau hat duk hulu2 ni pun, speaking london pun macam ayaq tau

    ReplyDelete
  7. Xelok mcm tu kan sis? Jgn hina² bangsa atau bahasa baik dari mana pun dia.

    ReplyDelete
  8. Orang malaysia ni masalah nye taksub sgt dgn KL, macam la KL tu apa sangat pun.

    ReplyDelete
  9. Saya org sabah pun suka denga loghat utagha. Sampai saya sanggup belajar loghat utagha trutama loghat kedah. Sbb saya jatuh cinta dgn org kedah <3

    ReplyDelete
  10. sy pn cube nk belajaq loghat kedah.. cheq suka orang kedah..hekhek

    ReplyDelete
  11. apa la salah loghat kedah tu.. cheq suka even cheq ni mek kelate..actually falling love ngan org kedah..hekhek

    ReplyDelete
  12. Bahasa outdated mcm zaman batu weeek

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com