PEREMPUAN PENDEK TAK MAMPU LAYAN SUAMI,TAK BOLEH MENGANDUNG & BERANAK NORMAL

23.9.14 Suria Lekatlekit 18 Comments

Betul ke? Perempuan kecik, pendek,ketot, tak mampu untuk jadi seperti wanita yang berketinggian normal macam orang lain lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri,zuriat & bersalin secara normal dengan kandungan yang cukup matang? Betul ke? Kajian dari doktor kepala hotak mana?? Tu dia keluaq dah ayat2 nak melahar ni...

Sumber google

Yelah.. mana rasa tak melaharnya. Aku pun tergolong dalam golongan perempuan yang tak berketinggal normal macam orang lain tapi bukan kerdil yer.. Kerdil tu lain tapi ni golongan perempuan yang tingginya tak menepati piawaian umur dia. Yang berumur 20an keatas tapi berketinggian antara 135cm -140cm. Memang akan di pandang macam alien atau satu manusia yang special case sangat.

Semalam.. terbaca status blogger comel yang lebih kurang sama size dengan aku tentang pertikaian & pandangan orang pada kemampuan dia untuk jadi seorang isteri & ibu sebab fizikal kecil.


Aku pernah tulis entri pasal ni dulu. Pasal orang pandang aku macam makhluk pelik bila aku mengandung. Masing2 kalau ternampak aku excited nak tengok seolah olah alien yang turun ke bumi dengan perut boyot berisi bayi. Hati aku.. memang tak suka dengan pandangan macam tu. Bila check up pun nurse2 sibuk check umur aku kat buku merah dengan ayat.. keciknya awak. Umur awak ni berapa? Sebelum kawen pun aku dah hadapi ayat2 mencengkam jiwa.. konon tak boleh layan suami la.. tak boleh mengandung la.. & susah dapat jodoh. Ada sorang kakak yang aku ingat dia sebut 'Rabak' kalau kawen sebab fizikal aku kecik (harap korang faham rabak yang di maksudkan sebab aku malu nak tulis secara detail). Sentapnya perasaan aku masa tu Allah saja yang tahu seolah2 aku ni terlalu kekurangan sampai banyak benda orang rasa aku tak mampu buat sebab fizikal aku yang kecik tak macam orang lain.

Siapa kau nak pandang aku tak mampu jadi macam wanita lain?? Allah dah tunjukkan.. aku dah kawen sebelum melepasi zon andartu.. Aku dapat anak.. aku bersalin normal yang Allah permudahkan segalanya. Aku tak diduga dengan sakit yang lama.. Dalam LR pun setengah jam jer aku dah bersalin. NORMAL ok! anak aku even awal 3 minggu tapi cukup bulan. Aku bersalin dalam keadaan muka yang ada makeup & baju yang aku pakai masa nak ke hospital. Tak sempat tukar baju hospital. Kau bayangkan aku sempat makeup sebab masa turun tanda air tu aku tak sakit lagi. Aku mula sakit masa dalam perjalanan ke hospital jer. Tu tandanya kuasa Allah. Dia memberi apa yang dalam kemampuan kita hadapi.

Apa yang yuyu atau orang2 seperti kami rasa..aku tahu rasanya macam mana sebab aku tergolong dalam golongan mereka jugak. Orang lain yang di lahirkan berketinggian normal tak mungkin mampu rasa apa yang kami rasa. Kalau tak mampu nak faham tolong jangan keluarkan statement seolah2 hang tu Tuhan.. yang tentukan sapa boleh sapa tak boleh, sapa mampu & sapa tak mampu. Hangpa yang dok cakap camtu pun belum tentu mampu jadi wanita yang sempurna. Renung renungkan.. Kita di jadikan Allah dengan kelebihan & kekurangan yang tak sama.

18 comments:

  1. kenapalah ada orang yang suka memandang rendah pada orang lain
    dalam islam, apa yang dilakukan oleh siperlaku adalah satu dosa
    sebab kita seolah-olah menghina ciptaan ALLAH
    secara tak langsung kita bagi impact pada orang yang dikata

    kita ni hidup tak lama
    tak molek mengatakan orang begitu seolah-olah, awak ler paling sempurna
    harap cik lekit dan yuyu tabah hadapi manusia menjengkilkan tu

    ReplyDelete
  2. dugaan hidup...tapi ketepikanlah pandangan negatif orang..teruskan hidup dan percaya Allah sentiasa bersama orang2 yang solehah

    ReplyDelete
  3. terkejut saya baca tajuk tu. Mak saya pun rendah juga tapi ok je lahirkan saya. siap ada tiga anak lagi. hihi

    ReplyDelete
  4. macam2 la manusia ni. sapa kita untk persoalkan semua ni...

    entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

    ReplyDelete
  5. nenek saya kecik je..lebih kurang yuyu gak agaknya..tapi anak 12 orang ..orang dulu2 katakan..haha..

    ReplyDelete
  6. I loved as much as you will receive carried out right here.
    The sketch is tasteful, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an edginess over that you wish
    be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly very
    often inside case you shield this hike.

    Feel free to visit my webpage Range Rover Rental

    ReplyDelete
  7. Don't forget to read personal reviews to get a good idea of which headsets
    will suit your style. As you become more proficient at finding
    bugs, you're reputation and income will grow. R Button - Pressing the R button will restart the current level.


    Here is my homepage ... family guy the quest
    for stuff hack ()

    ReplyDelete
  8. Hi there it's me, I am also visiting this web site daily, this web page is
    genuinely fastidious and the viewers are actually sharing fastidious thoughts.


    My weblog - social media engagement

    ReplyDelete
  9. cetek nye pemikiran orang macam tu..mesti jarang baca buku dan tengok tv..

    ReplyDelete
  10. Very good article. I am going through a few of
    these issues as well..

    my web blog Nurul Habibah Satpol PP

    ReplyDelete
  11. Hehehe orang kecil bawah 145cm secara medical memang tergolong dalam golongan berisiko ceaser. TAPI, ada je ibu 140cm bersalin anak 4.2kg secara normal. Semua kuasa Allah.
    Saya penat nak kecik hati dgn komen: 'kau ni tak besar2 dari dulu.' Jadi skrg saya anggap je diorang tu tgh memuji. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masa saya pregnant doktor pun ada bagitau berkemungkinan saya tak mampu bersalin cara normal. tu saya tak kecik hati sebab bukan dia mempertikaikan dari dia bercakap dari sudut perubatan & apa yg dia belajar.. pasal cakap tak besar kecik kementot pendek pun saya dah takde rasa apa2.. tp bila mempertikaikan kemampuan orang2 kecil ni untuk jadi seorang wanita sempurna tu memang sentap jugak.. konon tu tak boleh.. ni tak boleh sampai isu layan suami dalam bilik pun org rasa macam golongan kecil ni tak mampu sebab fizikal.. tu bagi saya tahap penghinaan la. mampu tak mampu bukan sesiapa untuk menilai..

      Delete
  12. Visit the How To Hack Someone's Instagram page to create
    the button, found here:. Can staying friends with them on How To Hack Someone's Instagram or other sites really help you get them back.
    Always strive to create truckloads of value for your fans and if
    they like your stuff, they will tell all their friends about it.



    Review my web blog: how to hack someones instagram

    ReplyDelete
  13. Hrrmm.... ....
    Mula-mula rasa tersentap gak baca tajuk nie!
    Mana lah depa dpt fakta auta gini. Nina pun golongan small size.
    Hello! YEs i'm small size tapi Syukur Alhamdulillah Nina dah di anugerahkan 4 (empat) orang cahaya mata. Normal dan syukur again sebab proses bersalin Nina dipermudahkan semudahnya oleh DIA
    (less 15minit & yg last nie sekali teran ajer). Tak sabar nak keluar ehh... hehee
    Kesian MyGang tak pernah sempat nak teman Nina push!
    .
    Orang kecik macam kita nie untung tau..... Awet muda sentiasa pasal tak besar2~
    hik hik hikkk..... Fakta!

    ReplyDelete
  14. saya tinggi 144cm , brusia 20 an kdg2 rasa malu , sakit hati bila dipandang serong , pi kerja , pi tmpat awam , jumpa kawan2 , msti ada ja nk mengata . Kdg2 sedih sgt rasa mcm dlm dunia ni utk org yg perfect ja . Org org kecil mcm kita ni ada ja nk mengata padahal kita tk penah kcau hidup org . Tk sanggup dah nk pendam n sabar slalu jd bahan ejekan kita yg tk sempurna ni

    ReplyDelete
  15. saya tinggi 144cm , brusia 20 an kdg2 rasa malu , sakit hati bila dipandang serong , pi kerja , pi tmpat awam , jumpa kawan2 , msti ada ja nk mengata . Kdg2 sedih sgt rasa mcm dlm dunia ni utk org yg perfect ja . Org org kecil mcm kita ni ada ja nk mengata padahal kita tk penah kcau hidup org . Tk sanggup dah nk pendam n sabar slalu jd bahan ejekan kita yg tk sempurna ni

    ReplyDelete
  16. saya pun kecil ketinggian 144cm , saya brusia dlm 20 an . Kdg2 saya malu dgn diri saya ni , slalu sgt jadi bahan sindiran , dihina , diejek , slalu disakiti , kdg2 rasa mcm dlm dunia ni khas utk org yg perfect ja . Untk org mcm kita ni layak utk dipandang serong . Sedih sgt , dah tk kuat dah nk pendam n sabar slalu . Bukan kita yg mntk nk jadi mcm ni .. Manusia suka sgt nk pndang serong .. Ada jugak kawan2 malu nk bjalan dgn saya , sebb segan kawan dgn org pendek mcm saya ni haaa . Takut org perli ckp bawak 'adik' 'ank' hmm

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!