SAKINAH LAWAK SPENDER & BRA MERAH ATAU LAWAK TUNJUK BONTOT & PUSAT?

9/20/2014 12:42:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Aku takde esteruk jadi aku cuma membaca keputusan Anugerah lawak 2014 melalui update dari page media hiburan je la. Tu pun aku takde tunggu bagai... mana terserempak kat news feed FB aku baca je la.. Tapi yang paling aku tertarik dengan keputusan anugerah lawak warna 2014 ni adalah Artis lawak wanita paling popular... Iatu Pelakon Sharifah Sakinah.

Sumber google

Ya Allah.. Lawak sungguh!! Bukan sakinah tapi keputusan tu.. Memang sangat sangat lawak aku rasa. Dah pupus ke pelawak wanita kat Malaysia ni?? Kalau kata kakak dia Shahira yang menang aku boleh accept lagi tapi sakinah menang untuk kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular. Popular tu aku tak nak la pertikaikan mungkin dia popular la kot dengan video2 bodoh dia upload untuk mengundang kontroversi tapi paling lawak tu aku macam tak boleh terima kenyataan jugak la.

Cuba korang bagitau aku.. Apa yang lawaknya sakinah ni? Lawak sebab bagitau spender & bra dia kaler merah ke? Atau lawak tayang bontot dia yang konon cantik? Atau tayang pusat dia nak tunjuk perut dia yang ramping? Celah mana lawaknya sakinah ni? Aku tak nak salahkan undian peminat sebab dah minat apapun dia rasa best ye dak atau salahkan sakinah menang sebab bukan dia yang calonkan diri dia, ye dak?? Tapi yang calonkan dia dalam kategori tu paling bangang aku rasa. Apsal kau tak letak Siti Nurhaliza jer.. Confirm dia menang punya sebab dia peminat ramai. Punya la banyak pelawak wanita yang lebih talented boleh calonkan, sakinah jugak kau nak letak dalam list. Itu namanya bangang. Kalau ikut populariti ni kita sedia maklum yang takde bakat pun boleh popular ye dak?? Jadi kalau rasa nak industri seni kita ni di pandang hebat, letaklah yang berbakat di tempat sepatutnya. Calonkan mereka pada kategori yang sememangnya layak untuk mereka. Dalam apa2 anugerah pun ada kategori artis paling popular.. Yang takde bakat tapi popular calon kat situ sudah. Kat situ terang2 dah untuk yang popular ye dak??

Antara komen yang mempertikaikan kemenangan Sharifah Sakinah. Ada jugak yang backing biasa la peminat kan.. Sumber Media Hiburan

Aduhai sayang satu anugerah tu di pegang oleh orang yang tak layak menang. Kalau bagi Noor Khiriah pun aku rasa itulah yang paling layak sebab dia memang lawak. Tapi kang cakap lebih2 orang kata dah rezeki dia.. Yelah dah rezeki dia kan apa nak di kata cuma tu la.. Memang lawak la keputusan Anugerah Lawak Warna 2014 ni untuk kategori Artis Lawak Wanita paling popular. Rasa nak gelak 7 hari 7 malam... hahahahahahahaha

18 comments:

  1. perghh terkejut siot..mmg x layak lgsg kot..nth mn lawak pn xtahu..peminat gila agaknye.haha..cmne org mcm ni ad peminat eh.? lucunye.huhu

    ReplyDelete
  2. malas nak tengok.. ntah apa2 anugerahnya pun... yang tak layak dimartabatkan... dunia dah terbalik..

    ReplyDelete
  3. ada yang lebih layak.bila yang menilai tak reti bezakan kaca dan permata. beginilah jadinya

    ReplyDelete
  4. kan??pelik sangat..bila masa akak gelak dengan lawak2 si sakinah ni pun tak tahu la..drama atau filem lawak mana satu yang dia belakon??keliru ku keliru..heheh

    ReplyDelete
  5. Sy bhenti mkn tkejut dngar nama dia sbgai pnerima award tu. Then bla tgk tv, tgk dia bt muka tkejut, muka, omg, is it really me. Ttp tv, smbng mkn. Huhu.

    ReplyDelete
  6. Tu yg aku confius...aku ingat jihan yg menang...aku suka jihan sbb dia lawak...tapi mmg betul ler sapa yg bangang calonkan sakinah.....aptb...nasib baik ending mlm tadi the best...

    ReplyDelete
  7. Dia lawak tang publisiti murah dia. Dia lawak sebab kebangangan dia.
    Rezeki dia. Okeh cuba trime. Tapi penganjur pun tak hagak2 masukkan si SS ni. Urghhh macam tak berbaloi kot..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Terima kasih kerana memberikan URL kpd Abe Kie di Kelab Blogger Ben Ashaari. Jadi Abe Kie dtg sini untuk follow blog awak. Jemput terjah blog Abe Kie bila ada masa.

    ReplyDelete
  9. hahahhaa aku tak pernah baca post kau yang maki hamun ni kak suria... terkujat aku sattt.... hahahaha ! aku pun pelik, banyak lagi retisssss perempuan yang lawak2 awatt sharifah sakinah jugak...?? tak tahu tang mana yang lawaknya dia... aku tengok dia takde lawak mana pun.. ehh memang tak lawak langsung ! pelik laa manusia yang undi....

    ReplyDelete
  10. Sakinah mmg lawaklahhh... akak suka dia.. tapi kalu nak kata paling popular, no komen.. mgkin saingan dia yg lain dah malap bintangnya

    ReplyDelete
  11. haih! mcm mana lah kan manusia skrg ni.kesian kat artis lain.astro ni dh x relevan dh.

    ReplyDelete
  12. Tak sesuaiii.. ada yg lg layak menang..

    ReplyDelete
  13. statement berani mati ni cik lekit =)
    dia pelakon lawak ke? awat saya tak tahu
    tercalon lepas tu menang pula, memang unbelievable

    ReplyDelete
  14. dia pon terkejut dia boleh menang kan? hahaha

    ReplyDelete
  15. bakat tu aku rasa adelah jugak tp kalau lawak tu aku pun sama terjebak konfius...hahahah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com