SERAM & NGERI DI SEBALIK NOMBOR 14 16 15 13

9/04/2014 11:18:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Pertama sekali nak bagitau ni bukan nombor ekor ok. Nombor 14 16 15 & 13 ni ada kisah seram di sebaliknya. Jadi hari ni agak sesuai kita berseram seraman al maklum la malam nanti malam Jumaat. Orang takut sangat malam jumaat ni tu yang ramai tidur awal. kekekekeke Ok back to topic.. Apa Misteri & seram di sebalik nombor2 ni?? Jom baca story ni...

Semalam.. sempat ke Selayang Mall (macam dah takde tempat lain aku nak pi.. hahahaha) Sembat bawak balik sesuatu yang menyeramkan dari sana. Maka malam tadi aku menyaksikan sendiri dengan 2 bijik mata aku kisah seram ni. Boleh tahan seram jugak la..

Yang aku bawak balik DVD filem seram dari Thailand. Ada 4 kisah seram semuanya berkaitan roh yang mati di bunuh kejam.. Di adaptasi dari kisah benar yang berlaku di jadikan 4 filem pendek dalam satu tajuk filem Still 2 (14 16 15 & 13). Nombor2 tu semua berkaitan dengan kisah hantu tu.. Semuanya kisah2 hantu tu adalah dari Roh yang mati di bunuh & nak balas dendam. Jalan cerita dia bagi aku tak bosan.. effect seram agak menjadi tapi rimas sikit banyak effect darah tu yang aku tak berapa boleh tahan.

Satu satu babak perempuan yang di bunuh & di sumbat dalam lubang tempat letak aircon

Kisah pertama pasal wanita mati terbunuh dalam keadaan kecewa sebab boyfriend dia kaki perempuan. Dia tak di bunuh tapi terbunuh dalam kemalangan. So, atas kekecewaan tu dia cuba membalas dendam pada perempuan yang menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta mereka & membunuh kekasih yang kaki perempuan tu.

Kisah kedua.. seorang sami muda yang sanggup keluar dari kuil atas pujukkan kekasihnya untuk hidup bersama. Tapi dia kecewa sebab even dia berkorban keluar dari kuil demi kekasih dia tu.. kekasih dia still meneruskan pekerjaan yang aku rasa macam pelacur tapi kelas atasan sikit. Sebab frust makwe dia mengandung anak lelaki lain dorang bergaduh & dia secara tak sengaja membunuh makwe dia tu. Sebab nak tutup kesalahan membunuh tu dia cuba  hapuskan mayat tu.. dalam perjalanan dia nak hapuskan mayat tu la terjadinya kisah2 seram melibatkan roh kekasih dia yang mati dibunuh.

Kisah ketiga kisah seorang pemuzik jalanan yang singgah bermalam di sebuat hotel.. nampak macam hotel budget jer. Kisah ni hantu seorang perempuan yang membalas dendam pada pemuzik jalanan tu yang tak tolong dia masa dia mati kena bunuh. Kisahnya.. pemuzik jalanan ni dengar dari dalam bilik hotel perempuan tu bersama seorang lelaki yang menjerit minta tolong tapi dia ambil keputusan tak nak masuk campur sehingga perempuan tu secara tak sengaja di bunuh sebab di tolak jatuh ke tangga. Kemudian mayat dia di sorok belakang aircond dalam bilik hotel tu & dia membalas dendam pada pemuzik jalanan tu yang tak tolong dia dengan cara yang sama & sorokkan mayat lelaki tu di tempat & bilik yang sama.

Kisah last ni.. kisah seram dari sebuah rumah pelacuran yang di tinggalkan terbiar. Ada kisah ngeri & pembunuhan dia rumah pelacuran tu & menyebabkan roh2 pelacur yang mati kat situ tak tenteram kemudian di datangi 2 orang remaja yang nak langgan pelacur. Dorang ni tak tau sebenarnya tempat tu dah terbiar tapi sebab dia kaburi imaginasi syaitan la kot dorang nampak seperti tempat tu masih beroperasi sehinggalah terjadi satu kejadian yang macam flasback balik kejadian yang berlaku kat situ baru dorang tahu tempat tu berhantu & nampak semua yang kat situ dalam wajah ngeri.

Sumber gambar Google

Aku cerita secara ringkas jer filem Still 2 ni.. Memang tak seram sangat review aku tapi aku rekemen bagi yang minat cerita seram untuk tengok filem ni. DVD & VCD original dah ada kat pasaran. Filem ni di tayangkan bulan mei lepas. Dah 3 bulan keluar panggung. Pelakon lelaki dalam filem ni.. memang buat gegadis akan cair.. hahahaha. Aku tengok semalam pun terkejut terkejut jugak la sebab sound effect dia. Jadi.. Boleh la kalau nikmati suasana seram menonton di malam hari bersama keluarga. Tak nyesal sangat la tengok.

7 comments:

  1. thx review.... aku memang minat kisah seram thailand ni...

    ReplyDelete
  2. Yt minat sangat cerita seram. Ok. Nak cari. Thanks for review! ;)

    ReplyDelete
  3. Rasa nak cari yang filem atas tu..Senang sikit nak bagi anak2 tidur ..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi je kak diana.. semalam lala pun tumpang tgk jugak tapi ada part mula menyebek.. sambil ngomel bahasa alien dengan linangan airmata.. takut la tu... hahahaha tp tetap nak tgk jugak tu

      Delete
  4. Memang sangat best.. Teringin nk cari nnt..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com