SERU JASAD ANAK YANG DAH MATI RUPANYA..

9/16/2014 11:58:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Aku ni tak habis2 buat entri kisah mistik, seram bagai kan?? Mesti ada yang baru kenal pelik dengan aku yang obses sangat kisah2 seram ni. Dah nama pun peminat cerita seram kan.. Haruslah kalau ada kisah seram yang nak aku share aku tulis dalam entri. Ok.. hari ni aku nak share satu kisah seram jugak dengan semua... Nak tau kisah apa baca la dulu.

Kisahnya satu team produksi ni buat shooting film seram kat satu kampung yang dah jadi hutan sebab takde penduduk. Masa tengah shooting tetiba ada sorang kru perempuan kerasukkan.. jadi tergendala la shooting tu. Dalam depa dok kecoh sebab sorang kru perempuan ni kerasukkan tanpa sedar ada sorang lagi kru perempuan tetiba kerasukkan & terus berjalan masuk hutan di sedari seorang kru & seorang pelakon tambahan yang cuba ikut & halang perempuan ni dari masuk jauh ke hutan tapi malangnya perempuan tu hilang depa pun sesat entah kemana.


Yang first perempuan kena rasuk tu.. cuba di ubat sepasang suami isteri yang satu2 penduduk kampung tu. Lepas dia ubat tu konon macam ok so depa decide hantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Selepas perempuan tu di hantar ke hospital bermula la adegan2 tak di ingini. Tetiba perempuan yang kerasukkan tu datang balik & bunuh pengarah drama tu, di ikuti tiga lagi kru yang lain. Bila tengok perempuan kerasukkan tu tiba2 jadi tak terkawal.. salah seorang kru terpaksa bertindak memukul sehingga pengsan kemudian ikat dia lepas tu depa berempat pun lari untuk selamatkan diri malangnya kenderaan tak boleh pulak start. Terpaksa pergi cari sepasang suami isteri yang datang rawat perempuan kerasukkan tadi tapi bila sampai kat rumah tu.. Takde orang tapi dalam rumah tu penuh peralatan orang buat upacara pemujaan. Lebih senang macam rumah bomoh ilmu hitam la. Masa 4 orang kru ni pergi cari pasangan bomoh tadi, sorang kru & sorang pelakon tambahan tadi balik ke tempat shootong & tengok ada yang mati & perempuan kerasukkan tadi di ikat dalam keadaan pengsan. Dia cuba nak tolong tetiba perempuan tu sedar & bunuh dia. Yang sorang lagi cuba larikan diri pun terbunuh jugak.


Lepas tu yang 4 lagi kru tadi kembali ke kereta.. last ada salah satu kereta boleh jugak hidup.. tapi malangnya lepas kekalutan berlaku,kereta depa terbakar kemudian  perempuan kerasukkan tu terlepas dari ikatan datang serang & membunuh sampai tinggal seorang KRU.

KRU produksi yang last tak mati tu mula putus asa & cuba buat recording terakhir macam wasit la sapa jumpa video tu suruh serah kat polis sebagai bukti apa yang berlaku pada dorang dalam celah2 dia dok buat recording tu dengar suara orang.. dia ikut suara tu kemudian dia nampak bomoh suami isteri tadi sedang buat upacara pada semua jasad kawan2 dia yang dah mati. Dia cuba menyerang tapi dia kalah jugak. Dan yang menjadi tali barut pasangan bomoh tu salah sorang kru produksi tu jugak. Ending dia.. semua kru produksi tu rasanya mati kecuali sorang tali barut.. tujuan bomoh tu buat camtu semata mata nak hidupkan jasad anak dia yang dah mati. Lepas jasad anak dia bangun dengan mata terbeliak cerita pun habis.

Filem seru ni.. Starting bosan. Pertengah cerita cuma ada adengan mencemaskan sikit tapi bagi aku tak menyeramkan. Ending rasa macam nak bakar tv jer tengok. hahahahaha..  watak seram tu di transfer pada perempuan kerasukkan yang mengganas tapi tetap tak seram langsung cuma mungkin suspend sikit la. Hantu tu mungkin datang dari pemujaan pasangan bomoh tu tapi tak tau spesis apa. Samada dari roh anak dia yang dah mati atau jin.

So, aku rasa filem ni kalau bosan sangat tahap takde channel tv yang best dah nak tengok boleh la layan tapi kalau mengharap kepuasan & keseraman untuk filem ni bagi aku takde sangat la. Tengok sorang2 pun tak datang feel seram tu tapi kalau orang penakut aku rasa bagi depa dah seram kot filem ni. Nak rekemen orang tengok tak berani sangat tapi kalau korang sendiri nak tengok boleh jer. Sebab pandangan setiap orang mungkin berbeza ye dak?? Cuma film ni jalan cerita konon di rakam secara semulajadi bukan shooting la.. So, rakaman dia kelam kabut sikit sebab nak bagi nampak macam real rakaman tanpa editing @ arahan sapa2.

P/S : Ni bukan filem baru ok.. Tapi filem tahun 2011. Aku beli saja nak buat koleksi. Lagipun memang aku tak pernah tengok filem ni.

8 comments:

  1. hahaha..benci la tgk cete konon seram tp x seram

    ReplyDelete
  2. jalan cerita dia macam simple sangat kan.
    bagi akak kalau filem seram yang real biasanya
    datang dari negara thailand
    memang seram betui

    ReplyDelete
  3. tak seram langsung cerita ni tapi boleh la sb koleksi

    ReplyDelete
  4. saya rasa cerita camni yang paling seram ialah
    the blair witch project
    sampai sekarang dok teringat lagi keseraman dan ke"real"lan cite tu
    lepas tu tak ada dah yang seram
    tapi kalau ada pun, tak lalu nak tengok...takut
    cite highland tower tengok dak cik lekit? hampeh kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. highland tower pernah tengok masa balik kampung. tengok kat astro jer

      Delete
  5. alamak.. tengok pada gambo psoter tu.. senget2 kepala popuan tu.. mesti antu dia macam antu joun kan.. errr.. seramm

    ReplyDelete
  6. tak pernah pon tengok cite ni..penyampaian tu menarik..sebab dia nk idupkan anak dia semula..syirik

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com