TAKKAN LA MEDIA MELAYU NAK BOIKOT KONSERT SHILA AMZAH TANPA SEBAB

18.9.14 Suria Lekatlekit 13 Comments

Dua tiga hari ni dok baca jugak kontroversi pasal penyanyi shila amzah yang meluahkan rasa kecewa kat laman sosial katanya konsert dia haritu tak dapat liputan @ publisiti dari media melayu & katanya dia puji media cina yang support gila konsert dia. Sempat jugak dia sendiri media melayu yang katanya lebih suka highlight gosip jer... aku baca jer dulu sebab statement sebelah pihak ni kita tak boleh nak buat kesimpulan. Cuma aku terfikir satu perkara jer.. kenapa hampir semua media melayu tak cover cerita pasal konsert dia? Orang kata kalau takde sebab orang gila pun tak mengamuk kan..

Ok.. ok.. Aku sabar jer sebab aku nak tau jugak apa jawapan balas pihak media melayu dengan statement sindiran shila amzah tu. Takde angin masakan pokok bergoyang. semalam terbaca kat beautiful nara yang share satu artikel berita yang menjelaskan kenapa mereka tak buat liputan pasal konsert shila amzah. Pertama katanya sampai kena merayu macam pengemis nak minta invitation ke konsert tu. Kedua.. katanya konsert shila amzah dapat tajaan syarikat judi. Katanya la... bukan kata aku. Aku ni buka mamarazi nak tau semua cerita dalaman dunia seni hiburan ni. Hahahahaha

Sumber google

Aku tak tau la dalam kes ni sapa betul sapa salah.. Cuma pendapat aku simple kalau sorang ada masalah dengan ramai orang, selalu yang sorang tu la masalah bukan yang ramai. Pihak media tak memboikot kalau takde sebab. Kalau satu dua jer boikot maybe kita boleh kata media tu yang bermasalah.. tapi kalau hampir semua tak buat liputan, kena jugak selidik masalah dari pihak retis tu. Maybe ada tak kena la dengan pihak pengurusan konsert shila amzah @ shila amzah tu sendiri.

Aku tak kata la memang silap dari pihak shila amzah cuma tu la.. Macam kata pepatah kalau takde angin masakan pokok bergoyang. klau setakat sorang hembus pokok guna mulut takde goyang la.. tapi kalau ramai tak mustahil boleh tumbang.Jadi pada shila Amzah jangan banyak sangat guna media sosial nak luah perasaan.. sila timbang tapis sikit yer.. Bukan apa nanti kesan buruk tu berbalik pada diri sendiri. Belajar dari pengalaman yang lepas. Apapun good luck untuk shila Amzah.. sememangnya dia penyakit yang berbakat besar.

13 comments:

  1. kwn sy ramai wartawan hiburan n memula pelik bila tetiba status fb diorg mcm bengang..rupenya kes ni.. diorg mmg xdijemput.. pastu penyanyi ni kata diboikot.. xpaham la..

    ReplyDelete
  2. hurmm, hanya mereka yang terlibat yang tau apa sebenarnya yang berlaku...

    ReplyDelete
  3. saya baca kat kosmo semalam, sebelum ni idak tau apa kes pun
    tapi statement budak shila ni memang tak patut sangat
    espcially bila nyindir gitu, cool lah sikit dak
    artis dengan wartawan kan saling memerlukan

    ReplyDelete
  4. Pun xthu kes..sbb xthu pun shila amzah buat konsert?erk

    ReplyDelete
  5. Sememangnya dia 'penyakit' berbakat besar..

    ReplyDelete
  6. Tukang baca cerita yang ditulis je. Tak tahu siapa betul, siapa salah. Sayanglah kalau Shila kena boikot sebab dia memang ada bakat besar dalam bidang ni. Tapi betul juga, kalau semua tak setuju dengan dia, takkanlah salah semua orang, mesti silap tu datang dari pihak dia kan....

    ReplyDelete
  7. salam mami lala..
    tak tahu pasal hal ni.. baru tau... harap2 selesai dgn cara baik..tak kesahla retis dan wartawan..

    ReplyDelete
  8. tanpa media sukar jugak nak popularkan bakat sendiri
    x tahu apa punca kes ni
    kata sheila dah dijemput...
    hope mencapai kata sepakat nanti

    ReplyDelete
  9. itulah tiba tiba timbul isu tak dijemput atau diboikot ni.. memang hairan kenapa jadi macam ni. tapi rasanya pihak pengurusan Shila kenalah duduk berbincang dan jernihkan balik keadaan.. :)

    ReplyDelete
  10. emm..dtaja oleh yg trg2 taw halal/haram..dlu ning baizura pun pnh tolak twran bgitu,tp knp x shila.. ape2 pun die redha..huhy

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!