TRAJEDI OKTOBER NUFFNANG

10/09/2014 11:18:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Penuh news feed, blog blogger dok update dapat Be @ CPUV campaign nuffnang yang bagi mereka agak luar biasa banyak termasuk la blog aku pun tak terkecuali dapat BE yang berderet jugak. Kiranya Nuffnang tak kecik hati la dengan aku yang dok kritik dia, Hope takde pulak orang lain yang nak terasa lebih2 pulak bila aku kritik nuffnang.

Fenomena BE @ CPUV Campaign yang sedang melanda kebanyakkan blogger yang pasang banner nuffnang kat blog ni ada yang rasa pelik.. ada yang rasa tak pelik sebab macam tahu je puncanya. tak payah cakap punca kenapa & mengapa anggap jer rezeki dari Allah sudah. Lagipun kenapa & mengapa nuffnang tetiba bagi banyak BE pada blogger bukan sesuatu yang tak baik, tapi sangat la bagus. Bukan setakat bagi BE jer.. iklan dia pun kali ni takde aktif waktu orang tidur dah. Waktu siang pun pun banyak menari nari. Yang lepas tu lepas la.. Anggap je Nuffnang sedang menghargai blogger yang pasang banner depa kat blog.


Yang penting kita kena sedar blogger perlu ada komuniti yang di pimpin oleh seorang blogger yang berpengaruh supaya kalau ada penindasan apa2 dari pihak advertiser besar2 ni kita ada wakil boleh menyuarakan permasalahan kita. Faham faham je kan.. kalau blogger level2 aku ni sorang dua je berani kondem @ mempertikaikan syarikat besar, depa heran sangat ke?

Tak kisah kominiti blogger tu siapa pemimpin @ pengasas dia yang penting kita tahu dia mampu ketengahkan masalah kita supaya pihak yang cuba menindas tu terkesan bukan setakat pung pang pung pang jadi hero kat FB & blog tapi tak menyumbang apa2 pun dalam membantu menaikkan @ membela nasib blogger. Kena ada blogger yang boleh bagi kepentingan pada kita bukan setakat nak tumpang populariti je.

Kita bukan nak menjatuhkan mana2 pihak tapi sekadar nak tuntut keadilan untuk kita. Jangan ingat kita blogger biasa2 ni sesenang orang nak pijak kepala sebab takde orang backup. Sebab tu la pentingnya kita join komuniti blogger yang ada. Pilihan di tangan anda.. komuniti mana korang nak join, pastikan yang mampu memberi manafaat & kebaikkan bukan setakat pung pang pung pang berapi kat laman sosial tapi habuk pun takdak. Yang penting carilah pemimpin @ ketua yang adil & membela nasib blogger bukan guna blogger untuk kepentingan peribadi.

Tak kira blogger berpengaruh atau tidak kita sebenarnya saling memerlukan.. Kelebihan & kekurangan yang kita ada ni melengkapi antara satu sama lain. Yang berpengaruh perlukan yang di bawah sebagai sokongan, yang di bawah perlukan yang berpengaruh untuk dapat kepercayaan. So, kat situ ada give & take.

Entri ni tak berniat nak mengondem atau menjatuhkan sesiapa, sekadar pandangan peribadi aku seorang blogger biasa yang tak punya kemahsyuran apa - apa.


P/S : Tak semestinya kita join komuniti blogger ni kita kena keluar lepak minum2.. join gathering, pergi event bagai... Sesuatu yang asasnya dari dunia online semestinya bukan syarat utama untuk sertai komuniti mereka kena aktif di luar dunia maya jugak. Ikut kemampuan kita la.. macam den terus terang hanya mampu support secara online je setakat ni

13 comments:

  1. yg stand alone tapi boleh dpt ribu2 tu mmg hebat lah.saya ni kena berkomuniti gak kot.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dah berjaya tu paham2 je la.. nampak alone tapi ramai dah pengikut dia. Sokongan dah ramai.. kita yang kecik2 ni la.. di pertengahan selalu di pergunakan. Yang dah di puncak orang tak berani sangat nak pijak... yelah, berpengaruh la katakan. Kita ni sapa heran sangat. kan?? kekekekeke

      Delete
  2. baru terbeliak biji mata dapat banyak BE..nak kena sindir menyindir dengan bro otai..baru nak bagi BE banyak kat blogger picisan macam kita nie kan..selalu kalau hantar ticket,cam layan tk layan je..jawapan tetap sama..

    ReplyDelete
  3. saya ni sebab stand alone ke tak dapat macam orang lain?
    ke memang bukan rezeki...hehe

    ReplyDelete
  4. salam suria. saja blogwalking sini. suka baca entri ni. apapun, apa yg awak tulis tu buka mata saya juga. :)

    ReplyDelete
  5. amboi..pesanana penaja tu panjang bebenau..

    ReplyDelete
  6. Trajedi oktober sangat.. tapi jangan dapat CPUV mandul dahla..hehe

    ReplyDelete
  7. untungla gne nuffnang...aku yang pakai innity nie, dapat sikit gle..
    memang betul2 tragedi oktober

    ReplyDelete
  8. Jangan tarik balik plak yer En. Nuffnang ...

    ReplyDelete
  9. salam mami lala..
    tu la.. pelik jugak..blog cma tu tak berapdet sekian lama, pastu tgk nuff ada 5..tadi tgk dah jadi 9..
    harap2 nuffnang telus.

    ReplyDelete
  10. Org dpt nuffnang berderet kecoh satu dunia. Saya yg x pernah dpt ni x kecoh pun. Haha

    ReplyDelete
  11. Org dpt nuffnang berderet kecoh satu dunia. Saya yg x pernah dpt ni x kecoh pun. Haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com