AWAS,BAHAYA BAWAK BUDAK TENGOK BOLA KAT STADIUM

2.11.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Aku ni bukan peminat bola jadi memang la aku kurang ambil tahu pasal bola apatah lagi pemain2 hensem bola sepak dalam & luar negara. Kadang kadang just baca update kat FB jer.. sapa menang sapa kalah. Atau baca berita2 online apa yang berlaku di stadium perlawanan bola.


Pendapat aku ni bukan sebab aku bukan peminat bola tapi aku rasa ada beberapa sebab bahaya bawak budak2 kecik pergi stadium yang bersesak dengan ramai orang tengok bola. Kita sedia maklum.. Peminat2 bola sekarang tengok bola macam pergi berperang. Tak puas hati mengamuk macam orang kena histeria. Bila sorang mula.. yang lain jadi pinggan tambah. Berkemungkinan mampu menyebabkan pergaduhan antara penyokong. Bayangkan tengah kelam kabut orang merusuh kat stadium sebab tak puas hati.. korang bawak budak2 kecik.. 2 3 tahun.. atau budak 10 tahun kebawah yang tak berapa pandai protect diri sendiri. Bawak pulak anak lebih dari 2 orang tengok bola. Time kelam kabut macam tu.. boleh mendatangkan macam macam bahaya kat anak korang.

Lagi satu tempat sesak macam tu orang suka sangat berebut2. Tak kira la nak beli tiket.. nak masuk stadium. Berhimpit2 mungkin buat anak korang berisiko terjatuh, dipijak orang atau sesak nafas.

Pepatah ada kata.. Malang tak berbau & nasib kita tak tahu baik ke tidak even selama kita dok pi tengok bola bawak anak tak pernah jadi perkara2 tak elok lagi tapi ingatlah satu slogan ni.. Mencegah itu lebih baik dari merawati. Tak perlu tunggu jadi perkara buruk dulu baru reti nak serik takut kalau sesuatu berlaku akan buat kita menyesal seumur hidup & memberi kesan pada masa depan anak2 kita. Jadi renung renungkanlah...

8 comments:

  1. Penah sekali je bwk aqil tgk bola bkn final ler dkt stadium Perak..
    Tp itulah kali pertama dan terakhir..
    Aqil x minat mummy tmpt sesak2 nih..
    X gemor nye dia..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn awk kak lekit2..mak pak depa x pikir ke bhya anak depa..yg mak pun.nak g stadium watpe tah...lain la kalo tetiap tahun dpt ank..lantak p la kalo nk jadi apa kat anak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap2 tahun dapat anak pun tetap anak. even anak berdozen tetap rasa sayang tu sama.. kalau jadi apa2 tetap hati tak senang.. dah nama kata mak ni.. anak bukan anak patung boleh beli kat kedai. Nyawa takdak juai kat farmasi atau hospital dik

      Delete
  3. Saya bukan setakat pi stadium, pi membeli-belah masa sale pun tak bawa anak. Satu, saya taknak anak kacau saya dok teruja sopping mopping dalam shopping mall tu. Dua, saya tak nak anak saya penat menunggu, kesian! Tiga, ni sebenarnya yang paling penting - anak tu nyawa saya. Haruslah kena jaga elok-elok. Kalau apa-apa berlaku pada anak, sayalah yang 'gol' dulu tau!

    Tak faham juga nape nak tengok bola kat stadium nak bawa anak kecik, nak bagi pengalaman terindah kotnya.....

    ReplyDelete
  4. emm kadang2 manusia ni suka mendahulukan nafsu, hati dari akal yang waras,,macam ni lah..yang kes bawak bayi kecil dlu tu apa kes??huhu

    ReplyDelete
  5. saya minat tengok bola
    tapi saya tak pernah tengok dekat stadium
    bagi saya tempat tu tak selamat =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!