BUDAK 3 TAHUN DI BUNUH SEBAB SUKA MENGEJEK

11/24/2014 02:25:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Ini bukan berlaku di luar negara tapi dalam Malaysia. Sebab suka ejek orang budak 3 tahun ni di bunuh dengan kejam even dia hanya budak 3 tahun & pembunuh dia berusia 30 tahun. Zaman sekarang ni.. manusia semakin hilang perikemanusiaan.

Lokasi mayat kanak kanak di temui

Terbaca kat harian metro tadi kes seorang kanak2 yang di tampat sehingga pengsan kemudian di campakkan dalam sungai sebab suka mengejek sorang mamat ni. Maybe mamat ni mental kot sebab orang yang waras rasanya tak bertindak sampai macam tu sekali kat budak 3 tahun. Walau sakit hati sangat pun kalau kita orang yang waras... Kita still nampak dia seorang budak yang tak tahu apa2 lagi. Tapi sebagai mak bapak kita kena ambil sebagai pengajaran jugak. Jangan ingat anak kita tu kecik takde orang nak ambil hati apa yang keluar dari mulut dia.

Sumber Harian Metro
Kadang2 mak bapak ni bila anak mengejek.. mengata pasal orang.. depa rasa lucu sebab budak kan? Patutnya dari awal kot kena didik.. benda tu salah. Sebab time tu depa sedang belajar mengenal yang betul & salah. Jangan bila anak buat kita gelak je.. Benda tu macam menyokong perbuatan budak2 tu. Nak2 lagi zaman sekarang ramai orang gila yang kita nampak macam tak gila. So, mendidik & menjaga anak jadi semakin mencabar.

Apapun semoga keluarga kanak kanak ni tabah menerima dugaan berat. Aku pun terasa jugak.. 3 tahun sebaya anak aku kot. Cuma anak aku tak petah bercakap je lagi. Dunia sekarang semakin menakutkan. Moga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka & kejahatan manusia, jin & syaitan.

9 comments:

  1. btl la kak..dr kecik la kena didik anak dgn btl n baik.. okla, bkn nk salahkan budak tu, kecik lg kan..bkn tau apa.. kdg² semua tu dr umah.. anak buat slh, parents biarkan..dgn alasan, kecik lg.. apa pun, takziah utk keluarga mangsa.. n maybe org tu mental..org mental jgn buat main².. pantang diusik, bila marah, kalah rasaksa..

    ReplyDelete
  2. betul tu. kita sebagai emak bapak kena tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak sebab diaorangni akan meniru segala perbuatan orang dewasa.
    kesiannya budak tu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu..memang ada mak pak macam tu..anak sebut benda bukan \2 pun dia sengih bangga.. gelak bedekah konon anak bijak.padahal orang tengok kecik besaq kecik besq ja geram rasa nak pi tabuh sekali..heheh

    ReplyDelete
  4. Ish..ada baca td lat metro online..
    Rasanya suspek tu mental kot..
    Bdk umr 3 tahun pun dia ambk kira..huhuhu

    ReplyDelete
  5. umur lebih kurang anak huda jer..kesiannye :(
    mmg kita as parents kena amek pengajaran..mcm anak huda skrg, dok umah pengasuh dah pandai ngejek bby ngasuh yg lain "doraemon gemok"..ibu ngasuh tu yang selalu sebut..anak huda pun mengikut laa..tapi kami bila di rumah dia sebut camtu, kami ckp salah..tak baik..kami ajar sebut name baby tu betul2..kalau huda jadi mak ayah baby tu, mesti sikit sebanyak terasa bila anak di panggil camtu kan..

    ReplyDelete
  6. 3 tahun dh pndai mengejek.agk nakal la..agknye mental laki tu

    ReplyDelete
  7. Suspek OKU... tiada kerja.. dengar tinggal rumah pprt.. mungkin tekanan jiwa..

    ReplyDelete
  8. Bila dengar sebabnya memang terkejut. Budak 3 tahun apalah tahu. Cuma banyak copycat ajelah. Kalau suspek tu waras, mungkin tak jadi begini. Ish, seriau dengar. Dahlah ada anak sebaya. Memang susah hati tau sekarang ni memikirkan anak-anak. Macam-macam hal berlaku di luar sana.

    ReplyDelete
  9. betul tu..pendidikan awal anak harus dititikberatkan..
    melentur buluh biar dari rebungnya..
    budak ni memang lah tau nye seronok je

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com