CARA SEMBUHKAN SAKIT MATA DENGAN MUDAH & CEPAT

11/13/2014 12:35:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Alkisah semalam (9 November 2014) tetiba mata aku rasa semacam. Rasa macam berpasir, pedih & bengkak. Aku tengok kat cermin.. memang dah merah mata sebelah kiri. Pengalaman pernah sakit mata buat aku tahu.. Tu antara tanda2 sakit mata..

Sakit mata ni semua orang tahu boleh berjangkit. Setakat aku dengan asben aku kena sakit mata takpe lagi.. dok fikir budak kecik nan sorang tu. Sayu hati kenang kalau dia yang sakit.. aku akan bertambah lagi rasa sakit kalau anak aku sakit. Maka gigih google jugak petua nak ubat sakit mata selain dok fikir kalau tak ok jugak esok nak ke klinik je la.

Lebih kurang macam ni la sebelah mata aku semalam.

Aku jumpa satu petua ni.. kat blog mana tak ingat sebab google pakai tab tak bookmark pun blog tu.. rendam mata dalam air garam. Macam mana gamaknya nak rendam mata dalam air garam ni ni? kang bendul dok ingat kena korek mata pulak.. Alah.. buat sebesen air garam yang muat2 muka korang tu lepas tu rejam tanpa belas kasihan muka korang dalam air garam tu kemudian kelip2 mata dalam air tu. Jangan risau.. Aku dah buat semalam.. terbukti tak pedihkan mata... Tapi jangan lelama rejam muka tu kang mati lemas pulak. kekekeke

Bangun pagi ni.. mata tak bengkak merah pun dah tak berapa merah. Sakit mata tu memang nampak semakin hilang. Menjelang petang totally nampa recover sepenuhnya. Elok la korang cepat buat bila ada tanda2 sakit mata menyerang. Insya Allah.. dia menghalang sakit mata tu dari merebak. Aku dah cuba jadi aku berani la kata, effective jugak cara tu.

P/s : sesambil aku merendam mata dalam air garam tu aku pun cakap la kat asben aku.. ni la punca airmata jadi masin selamba dia jawab bukan mata je kena bilas air garam tapi otak pun kena bilas jugak.. hahaha ok paham. (sekadar share lawak laki bini eklusif tau. Ingat senang aku nak share yang suweet suwek dengan laki aku)

14 comments:

  1. Hahahahahahahaha otak pun kena bilas. Tajam. :D

    ReplyDelete
  2. Bukan pedih ke mata kalau kena air garam..sebab tu akak tak suka mandi laut..mesti jadi merah sebab kena air laut yang masin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha saya buat tak pedih pulak. tu syok je merendam mata dalam air garam tu

      Delete
  3. Hehehe..ok jugak petua ni. Boleh di cuba. Lagipun bahannya sentiasa ada dekat rumah. Mudahlah.

    ReplyDelete
  4. Baru tahu petua tu.
    Haritu anak-anak saya kena sakit mata. Saya titikkan susu badan dalam mata diaorang. Esok dah lega.

    ReplyDelete
  5. Baru tau pasal petua ni. Sedangkan celup dalam air biasa pun rasa cam nak lemas, inikan pulak air garam. Tapi takpa, kalau terkena, akan rasa nak cuba jugalah....

    ReplyDelete
  6. orang cakap guna susu ibu, kalau ada la.
    tak pon guna air zamzam. :)

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang sangat bagus dan menarik :)

    ReplyDelete
  8. Bpe byk garam?help..tgh sakit nii..

    ReplyDelete
  9. Please tlg lepas buat tu tkda effect ka

    ReplyDelete
  10. Terima kasih dgn perkongsian ini..saya akan cuba petua ni..mata tengah bengkak ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com