GAMBAR HANTU PENANGGAL YANG DI RAKAM BUDAK 1 TAHUN

11/03/2014 12:21:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Hantu sekarang pun dah nak glemer gamaknya. Kalau dulu aku tengok seekers kemain peralatan nak rakam gambar hantu ni. Takde pakai camera enpon jer.. Sekarang ni tak susah.. camera cctv pun dah mampu katanya record gambar makhluk2 ghaib. Tak berapa ghaib pulak aku rasa hantu2 zaman sekarang ni kan.. Semua dah boleh enterframe depan camera.

Sumber google

Tadi terjumpa kat news feed katanya gambar hantu penanggal yang berjaya di rakam oleh budak 1 tahun secara tak sengaja la kot. Jelas sangat rambut dia yang mengurai tu.. Kesahihan gambar tu tak dapat di pastikan tapi kalau tanya aku percaya ke tidak.. aku boleh senyum jer. Maybe costume untuk parti Hallowen kot. Yelah.. sekarang ramai orang melayu pun nak celebrate  hallowen kan?


Nak tuduh tipu aku tak berani.. Tapi kalau tanya aku macam aku cakap la. Kalau betul penanggal.. Moga dia pulang ke pangkal badan dia semula & tak terpisah lagi. Kalau ikut cerita penanggal ni bukan jin kan.. Dia cuma manusia yang membuat perjanjian dengan jin & syaitan untuk sesuatu. Kalau ikut cerita orang dulu dulu.. penanggal ni adalah seorang perempuan yang mengamalkan ritual khurafat untuk mendapatkan kecantikkan. Jadi.. penanggal ni hasil gabungan manusia & jin la kot.. So, tak mustahil boleh di rakam dengan camera cuma tu la.. Wujud ke penanggal & masih ada orang amalkan ilmu penanggal ni ke? Entah la aku sendiri pun tak pasti.

Moral of the story nak cantik sekarang tak payah nak jadi penanggal bagai.. macam2 produk ada. Tak payah sesuah nak cabut kepala tiap2 malam cari mangsa untuk penuhi tuntutan jin & syaitan yang menyesatkan tu.

P/S : aku memang peminat cerita seram tapi aku takde la obses dengan benda2 ghaib sangat

18 comments:

  1. Seram jugak kalau ada depan mata nih.. Tapi nak percaya tak tau la.. hihi

    ReplyDelete
  2. Akak scroll terus x tgok gambar...dh tentu2 akak ni penakut...muahaha

    ReplyDelete
  3. Scary plak tgk.

    Saya tak berani tgk citer seram. Memang tutup muka klo tgk ☺

    ReplyDelete
  4. scary jugak..tp susah jugak nak pecaya..hmmm

    ReplyDelete
  5. ohohoh merepek la nak cantik kena tanggal kepala bagai.. hihiih

    ReplyDelete
  6. Gambar ni tak pasti la sahih tak. Tapi zaman sekarang memang ada lagi penanggal ni. Baru dengar cerita sorang makcik yg alami sendiri benda ni time dia bersalin kat hospital tuttttttttt. Huuu

    ReplyDelete
  7. tapi..akak percaya..hehehe...terserah kan..siapa yang tak pernah jumpa mungkin tak kan percaya.tapi yang pernah jumpa tau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sy tak pernah tengok apa2 jenis hantu pun selain dalam filem.. penanggal ni kalau ikutkan asal usul yang saya pernah baca bukan hantu tapi manusia yg buat perjanjian dengan syaitan

      Delete
  8. Serius takut tengok penanggal.dalam rumah. Jgn datang rumah saya dah la.

    ReplyDelete
  9. Malam tado tgk kt fb terus cepat2 pejam mata...takut kot... Bila pg ni bc entri cik lekit ok plak...xgaduh pejam mata 😁 susah jugak nak caya... Tapi benda macamni tak mustahil kan...

    ReplyDelete
  10. Kalau tengok gambar memang naik bulu roma tapi tak tahulah betul ke tidak, nak percaya ke tidak nih. Saya pun suka sangat baca kisah seram, tengok cerita seram tapi kalau betul-betul jumpa, mahu berpinau juga anak mata terus pengsan 3H2M!

    Sekarang ni bukan manusia je yang nak over glamour yek, hantu pun sama juga kekdah rupanya....Maybelah sekarang dah tak hot sangat, tu yang dia muncul sekali sekala tanpa diduga! Eh, hantu tak leh register kat instagram yek kalau nak download gambar? ^_^

    ReplyDelete
  11. hahaha klakar entri akak . tp sy setuju ngn akak 100% .. macam2 produk ada xperlu nak risau dah ..

    ReplyDelete
  12. banyakkan tanya org yg lebih pakar dik..jgn suka buat rumusan hasil dari dari buku sja.. apa yang adik ckp ni bukan btul pun...

    nama lain penanggal tu apa ?bnda ni pling bnyak dkt mna??siapa kata penanggal ni hnya tuk ppuan sja?
    jgn nampakkan kebodohan anda.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak kata saya arif pasal penanggal. kat entri tu terang2 saya tulis saya pun tak pasti pasal penanggal ni. tak perlu nak emo.. pasal penanggal je kot. ke yang komen ni amalkan ilmu penanggal tu yang tacing sangat.. kekekekeke

      Delete
  13. ingatkan filem penanggal tadi..kalo tengok filem dia pon sebab manusia amalkan ilmu syaitan..eh2 emo pulak orang di atas ni..emm

    ReplyDelete
  14. errr... encik anon 2.00pm janganlah emo.... entri ni kan sekadar pendapat dan secebis ilmu je.... hahhahahaa

    ReplyDelete
  15. oooo..saya baru tahu dia jadi penanggal sebab nak cantik
    nape tak tahu pula sebelum ni...hehe
    anyway kalau tengok gambar, saya tak rasa seram walau saya jenis penakut
    cam costume aje

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com