INILAH AKIBAT BILA PRODUK ANDA DI VIRAL KAN OLEH BLOGGER

17.11.14 Suria Lekatlekit 13 Comments

Setiap perbuatan memang ada akibatnya tak kira baik atau buruk macam tu jugak bila anda bayar blogger untuk viralkan produk anda bagi tujuan promosi jugak ada akibatnya.. Nak tau apa akibat jika korang keluar modal yang banyak, bayar ramai blogger untuk viralkan produk anda supaya lebih di kenali.. baca sehingga noktah terakhir yer...

 ehem.. hem sapa2 yang minat nak takeover tempat banner nuffnang tu boleh la contact I yer... kekekeke.

Ramai dah peniaga atau syarikat besar yang mempercayai kemampuan blogger untuk memperkenalkan @ mempromosikan produk mereka kat laman sosial. Sebab dah banyak produk mampu di viralkan sehingga mempengaruhi pengguna untuk mencuba produk yang promosikan oleh ramai blogger termasuk aku.. hahahahaha

Walau aku pun blogger yang ada jugak dapat job review tapi aku pun manusia yang akan terpengaruh jugak la dengan produk yang menjadi viral kat laman sosial. Contoh cosmoderm.. Dok baca kelebihan produk tu aku pun terjebak nak beli.. Dah la aku jenis kalau start survey lebih dari satu aku beli. Semalam sempat rembat 3 produk cosmoderm.

Sekali aku terpengaruh.. ambil 3 sekali aku beli. Hygine wash (memang best aku pakai & murah) Pencuci muka vitamin E (pun rasa best jer) &Magic Exfoliating Gel (Pun aku rasa best guna). Cosmoderm bagi aku produk yang murah & senang nak beli sebab banyak farmasi ada jual

Tu aku.. yang ada blog boleh cerita macam mana berkesannya bila tengok ramai blogger lain mula memperkenalkan sesuatu produk & berkongsi testimoni lepas guna.. Orang lain yang senyap2 terpengaruh tu mungkin lebih ramai. Jadi nasihat aku pada pengedar produk ni.. Jangan kedekut keluar modal kalau nak untung. Jangan rasa sia2 bayar blogger setakat nak promot kat laman sosial & rasa benda tu anda boleh buat sendiri. Bila korang bayar blogger untuk promosi.. selain depa mem viral kan produk anda secara berjemaah sehingga penuh timelines FB cerita pasal produk tu, sampai orang yang tak kisah pun jadi ambil kisah.. depa jugak mencuba & berkongsi testimoni. Kalau bagus kebanyakkan blogger akan bagi review percuma kat blog selepas menggunakannya. Tak rugi pun.

Dan kena ingat.. apa sahaja yang di kongsikan di laman sosial adalah lebih mudah tersebar berbanding media cetak & TV. Berita kat TV pun tak mampu sepantas berita kat internet, jadi sekarang ni lebih berkesan mempromosi kan apa2 produk atau servis di laman sosial jadi blogger adalah salah satu penyampai yang berkesan. blog sekarang menjadi sumber rujukan.. Bila blogger tulis pasal produk korang jadi bila secara automatik dia akan tersenarai dalam carian google. Salah satu kebaikan untuk produk korang jugak. Bayangkan ramai blogger yang tulis pasal produk korang, mesti banyak sumber rujukan akan muncul di carian google & bila ramai orang review dah semestinya lebih menambahkan keyakinan orang untuk mencuba produk korang.

Moral of the story setiap perniagaan perlukan modal.. Jadi kalau nak untung pun kena keluar modal. Bomoh jampi2 & ludah2 dalam air pun caj mahal.. Inikan blogger yang kena gunakan kreativiti menulis pasal produk korang.. Jangan minta free atas dasar kawan la.. sedara la.. & jangan pulak tipu tak bayar macam aku pernah kena dengan salah sorang pengedar Youwhite tu. Bila minta orang buat kerja sila bayar & Tak rugi pun bayar blogger jadi jangan takut untuk gunakan blogger untuk promosikan produk korang.

13 comments:

  1. perenggan terakhir tu buat saya senyum kambing kejap..memang ada yang tahu akan kelebihannnya..
    ada yang tak percaya..emm tulah salah satu cabarannya..
    macam saya, saya buat jelah..dan letakkan harga ikut piawaian blog saya ni,,

    ReplyDelete
  2. oo best ke kak?? mcm nk try jgk je hehe.

    ReplyDelete
  3. ye lah.. ada je yang mintak review free.. banyaknya syarikat besar.. dia ingat dia syarikat besar ngan air liur je kita terus terhegeh2 nak review.. kem salam la..

    ReplyDelete
  4. kalau syarikat besar minta review free itu melampau namanya..kot dia nak sponser barang untuk guna setahun dua sedap jugak..ni free je??amboih..buat la kedekut,nanti orang pun kedekut jugak nak keluar duit beli barang kita..kan??

    ReplyDelete
  5. terbaik Suria, suara anda selalu jd perhatian ramai..t.kasih.

    ReplyDelete
  6. Mana adil mintak review free-free gitu :T ingat kita nie hamba ke

    ReplyDelete
  7. Setujuuu!! blogger salah satu medium yg sgt berkesan utk promosikan produk skrg ni. Rasa bangga jadi blogger. Pada sy, lagi berbaloi bayar blogger berbanding letak iklan kat surat khabar. Orang baca surat khabar sehari je. Esoknya surat khabar lain dah. Tp klu dekat blog , org akan tetap baca & share :)

    btw sy pun pernah try cosmoderm. Not bad. sy suka pencuci muka dia.

    jom singgah ke blog sy :)

    ReplyDelete
  8. Saya ni jenis mudah terpengaruh. Kalau guna ayat nak pancing saya, memang confirmlah dia pergi cari kat kedai ni. Sebab itu saya tak suka sangat baca review. Takut dompet terus kosong. Nangis nanti.

    Kenalah fikir juga bila dah suruh orang buat review. Asyik nak mengharapkan sedara, kawan baik je susahlah macam tu; memanjang je nak free.

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni blogger dah jadi wartawan internet. Pengaruh seorang blogger lagi besar di alam maya. Tak rugi la kalau nak.promosi produk guna khidmat blogger ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!