INILAH LAUK HARAMJADAH

27.11.14 Suria Lekatlekit 23 Comments

Lauk haramjadah ni.. sapa masak? Amboi kasaq sungguh la bahasa hang lekat lekit.. Kalau ya pun perlu ke berharamjadah dengan makanan. Rezeki tu tak elok di maki hamun macam tu. Orang kat somalia sana nu.. mati tak cukup makan.. hang kat Malaysia terlampau mewah dengan makanan dok panggil makanan Haramjadah.

Amboi hangpa cheq ni outspoken bukan suka maki orang apatah lagi makanan. Memang la cheq lazer tapi tak tergamak cheq nak taip makian camtu. Tapi kali ni cheq terpaksa juga sebab nama masakan tu memang haramjadah. Kali pertama dengar memang nak gelak.. Nak sebut pun rasa janggal jugak.

Bahan2 untuk masak haramjadah

Kalau masih ada yang tak tahu.. itulah nama masakan tradisi masyarakat chetti kat Melaka. Chetti ni kaum india yang cara hidup dia macam baba nyonya pun ada.. melayu pun ada. Depa tak cakap tamil.. macam baba nyonya jugak. depa cakap melayu.. perempuan suka pakai baju kebaya pendek.. Even cara hidup depa lebih kemelayuan tapi tetap menganut agama hindu. Tertengok Tv alhijrah semalam.. rancangan hapa ntah aku pun tak berapa sure. Terkejut aku bila pengacara tu sebut nama masakan tradisi chetti ni haramjadah.

Macam ni la rupa & cara pakaian masyarakat chetti di melaka

Aku tengok macam kari sayur sayuran jer. Tak tau macam mana boleh dapat nama haramjadah pada masakan ni. Kontroversi jugak nama masakan macam ni. Nak sebut pun rasa was was. Bukan semua orang tahu.. macam aku pun baru tahu. Tersilap sebut kat orang mau makan penampaq sedas dua hahahahaha.

Ni la rupa masakan haramjadah. Nak lebih info baca kat SINI

Apapun itulah keunikkan yang ada kat Malaysia ni. Berbilang kaum, adat & macam2 citarasa makanan. Haramjadah pun haramjadah la janji makan tak haram sudah. hahahaha

23 comments:

  1. Ish... Tgk tajuk mmg nk marah... Tpi ada juga nama masakan macam tu... Adehhh...

    ReplyDelete
  2. saya pun tak penah tahu, belajar benda baru arini
    ada juga nama masakan weird camni ye
    haram jadah? ni kalau orang tak tahu, memang confirm tangan naik muka...hehe

    ReplyDelete
  3. macam tiba-tiba terasa nak rasa pulak...hew hew hew..sedap ke agaknya ek? balik Melaka nak kena cari ni...

    ReplyDelete
  4. hahahha ni kalau tak biasa, mesti orang dah panggil kuangjaq... orang melaka kaya dengan kata2 "rare" mereka.... i love Melaka.... (tetibe)

    ReplyDelete
  5. heheh..
    menarik sungguh nama menu nie.
    kena g melaka br dapat rasa original dia.

    ReplyDelete
  6. hahahahah.. menarik mknn tu tapi nama die pelik. org melaka ni memang bahasa lain siki kot.. hehe..

    ReplyDelete
  7. hahahahah.. menarik mknn tu tapi nama die pelik. org melaka ni memang bahasa lain siki kot.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Lain mcm nama juadah ni.

    www.boisanerd.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. wahhh.baru tau..ingatkan chetti tu tukang mintak hutang..wakakakakakkakaa...

    ReplyDelete
  10. hahahaha.. sy ingatkan tuan tanah marah dkt restorin ke ape pasal masakan xsedap.. tapi bila baca ooo... hehehehe

    ReplyDelete
  11. la.. ingat entry nak marah tadi... kikkiki

    ReplyDelete
  12. sanggup mereka makan haramjadah punya lauk...haha....

    ReplyDelete
  13. Errr akk pun kelip2 mata mcm x caye je tgk tv mlm td dia kata nama masakan tu haram jadah

    ReplyDelete
  14. alahai..seram betul namanya..tak gamak pulak nak menyebut..ehehheh

    ReplyDelete
  15. Hmmm try pi kedai makan order "saya nak haramjadah 1!"...tengok camna agaknya reaksi tukang ambik order tu? Hehehe

    ReplyDelete
  16. Hahaha tk boleh di terima Akak nama masakan dia..Tp dah dia letak gitu makan je laaaaaa haha :D

    ReplyDelete
  17. alamak.....apasal saya orang Melaka pun tak tahu....ini baru tau.....Negeri Melaka penuh dengan budayanya....

    ReplyDelete
  18. Opocots! Terkejut tengok tajuk.... Seriau nak sebut. Langsung tak macam perempuan Melayu tau ^_^

    Disebabkan teruja mendengar nama menu ni, akak pergi google lagi. Manalah tahu kotnya ejaan tu ada perbezaankan... Tetiba jumpa FB Chetti Melaka. Mereka menafikan nama menu ni begitu. Kata mereka ini sudah satu kesilapan. Hahaha....

    Tak mau panjang story, pasal nama menu je pun ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat rancangan tv alhijrah tu memang depa sebut camtu Akak Ooi.. hahaha. pengacara tu pun malu2 nak sebut. Aci2 yang dok demo masak menu tu pun sebut camtu jugak. google pun jumpa artikel akhbar pun sebut camtu jugak. Apakata akak buat entri pasal ni.. nak jugak tau ni hahahahaha

      Delete
  19. tak sangka ada makanan nama camni..aduhai..agaknye zaman dulu-dulu..perkataan haramjadah tu macam best kot

    ReplyDelete
  20. haha...biar betul ada nama masakan macam tu...hehe

    ReplyDelete
  21. Lor ape punya nama makanan lerr risau gak nak order kat kedai makan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!