ISTERI JENIS TAK MALU KALAU RASA SUAMI TU HAK DIA

30.11.14 Suria Lekatlekit 14 Comments

Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. Dah banyak aku komen kat Wall orang pada isu ni. Aku rasa sangat2 Annoying bila ada segelintir para isteri yang post benda ni.. Bukan sebab tak betul tapi sebenarnya tak lengkap. Bila tak lengkap jadi tak berapa tepat. Bila tak berapa tepat.. menjurus kepada berat sebelah & jadi tak adil pulak pada para2 isteri macam aku ni.

Sumber google

Sebelum aku membebel dalam version melekat lekit ni.. Meh la kita apa baca yang aku rasa Annoying sangat selama ni..

Screenshoot yang ramai orang share termasuk perempuan. Bagi aku statement tak lengkap macam ni sangat berat sebelah. Memang la tak luak tapi tengok la kemampuan laki sendiri nak bagi pun. Hanya isteri je lebih tahu kemampuan seorang suami

Betul la apa dia kata.. Bukan jer suami malah apa saja yang kita miliki dalam dunia ni semua pinjaman termasuk la anak anak kita. Tapi kalau orang nak ambil apa yang Allah bagi kita pinjam tu tanpa cukup syarat.. Kau rasa macam mana? Nak bagi ke tidak??  Setakat laki kau nak poligami tapi kawen senyap2 belakang bini pertama.. Kau rasa lelaki macam tu layak ke berpoligami? Kalau kata bini dia tak malu pada Allah tak bagi laki dia poligami.. Laki macam tu malu sangat ke pada Allah, nak kawen tapi tak berani tanggung & jawab. Tak berani berterus terang.. Nak ikut sunnah tapi tak layak. Didik sorang bini pun tak mampu.. ada hati nak didik lebih ramai bini? So layakkah dia berpoligami?

Tu baru bab nak kawen.. Dah kawen sebab kawen tanpa persetujuan bini pertama.. Bini kedua terabai. Ko rasa macam mana? Dia mampu ke? atau kalau dapat izin pun, bak kata orang dapat yang muda yang tua tidak berguna lagi. Tang bab adil pun dah gagal.. Apa alasan yang kata dia layak berpoligami? Semua orang fikir.. Dia mampu bagi makan pakai.. kira dah mampu untuk berpoligami tanpa meniliti atau menilai dari perkara lain.. Senang macam ni, kalau laki tu setakat ajak kawen senyap2.. Kat situ dah nampak dia gagal. Jadi kalau rasa nak terima jugak, bersedialah hadapi kemungkinan hidup yang lebih mencabar selepas itu. Jangan nak merungut kalau nak jumpa 2nd wife macam nak buat jenayah.. kena senyap2.. seludup2.

kalau nak share sangat share ni. lelaki yang nak poligami atau mana2 gegadis yang sedang bercinta dengan laki orang.. elok la baca. Kalau cukup syarat... teruskan Insya Allah bahagia dunia akhirat.

Betul.. Semua yang kita miliki termasuk suami hanya pinjaman dari Allah. Tapi Allah tu maha bijaksana.. Dia bagi Amanah & tanggungjawab pun ikut kemampuan seorang manusia.. Di boleh lelaki berkahwin lebih dari satu pun ada syarat. Kalau yang tak cukup syarat.. tetap nak buat maka dia patut malu la dengan Allah. Terang2 dia gagal mendidik bini dia, so siapa yang patut malu??? Kalau seorang lelaki benar benar layak mengamalkan poligami bagi aku macam Ustaz Azhar Idrus.. Tiada pertikaian.. bantahan atau tentangan dari isteri2 dia. Kat situ kita nampak dia mampu mendidik para isteri dia. Kalau setakat kawen pun senyap2.. Tepuk dada tanya selera.

P/S : Kalau orang nak ambil anak kau suka suka hati.. Kau rasa nak bagi ke? sebab anak pun salah satu bentuk pinjaman dari Allah. Ada orang bagi anak pada orang tapi ada sebab.. Takde orang suka2 nak bagi anak dia kat orang tanpa sebab macam tu jugak suami. Nak share dengan orang lain pun mesti ada syarat & sebab. Kalau tak cukup syarat mungkin sebab membolehkan  seseorang berkongsi suami.
P/S : Entri ni tidak merujuk pada mana2 individu.. aku cuma menulis pendapat & luahan hati aku jer.. Hope tak ada orang yang touching..

14 comments:

  1. saya setuju dengan statement tu sangat berat sebelah, sebab kalau nak ikutkan statement tu, bukan suami je yang bukan hak isteri, tapi isteri pun bukan hak suami, semua tu Allah kasi pinjam je. bukan suami je yang Tuhan boleh ambil, isteri pun kalau Tuhan nak ambil bila2 boleh ambil.

    ReplyDelete
  2. kan?tak rasa ke macam menganiaya diri sendiri?dah suami tak mampu,gaji cukup2 makan tetiba ada orang nak kat laki kita...nak bagi ke??dah la selama ni cukup2 makan je,tambah pulak cawangan,silap2 dengan anak2 pun kebulur..
    Lepas tu bini dengan anak2 mati sebab makan tak cukup hidup melarat,berpenyakit,..masa tu baru sedar kot bini dan anak2 pun bukan hak suami..pinjaman sahaja..

    hahah

    ReplyDelete
  3. belum cukup ilmu lagi mereka2 yang share benda2 camni...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kan... kita tak cukup ilmu dan pengalaman lagi... kdg mudah melafazkan kata... tapi yg menerima sy tahu...

      Delete
  4. Bila terkena laki sendiri berpoligami..jgn terus melenting..dugaan Allah Nk bg ni mcm2 bentuk..kdg2 dugaan anak,kdg2 dugaan duit,kerja..mcm2 lg..laki berpoligami Tp xadil..biar dia jwb sndri diakhirat..Kita abg isteri kna sntsa panjatkan DOA kpd Allah sbb Dia maha mngetahui..doakan suami adil Dan xlupa tgjawab..lebih Baik dr duk meroyan dlm fb atau canang kt org buruk laki sndri..xpsl2 dpt dosa..

    ReplyDelete
  5. Sangat2 setuju dgn pandangan mummy..
    Ramai yg pandai berckp tp x faham apa maksud sebenar..
    Salam hujung mggu.. ;)

    ReplyDelete
  6. setuju sgt dengan suria..sekarang ni bkn anak dara ja nak laki orang...janda ngan bini org pun sama...

    ReplyDelete
  7. Dia tulis tp dia tak berada dalam.kasut sebenar seorang isteri agaknya tu.

    ReplyDelete
  8. Masa baru kawen ke mana mana hujan panas ribut petir naik kapchai je...makan nasi ikan bilis telur kicap..tido atas tiko mengkuang...same sama usaha cari suit nak besarkan anak...
    Tapi bila dah senang sikit...mulalah lupa kat isteri yang kusam masam tu...

    ReplyDelete
  9. Masa nak kahwin ikut sunnah Nabi. Lepas kahwin, lupa dah sunnah mana yang diikutnya. Lelaki gitulah. Tak kira mampu ke tidak galas tanggungjawab dan berlaku adil, yang penting nafsu yang satu tu harus didahulukan. Bila ada kisah lelaki kahwin dua lepas tu isteri kedua buat hal dan kena cerai, lalu balik ke isteri pertama, rasa macam nak tepuk tangan berpesta je. Padan muka!

    ReplyDelete
  10. Nak berpoligami boleh tapi mesti ikut hukum dengan betul. Jgn pakai hentam je...

    ReplyDelete
  11. poligami indah... tapi kita yg burukkannya...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!