PANCING IKAN GUNA UMPAN CILI PADI

25.11.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Tu dia ikan la ni pun suka makan pedas2 ka? penangan citarasa Thailand ka hapa ni.. Ingatkan manusia jer suka makan cili kan? Ulat pun tak makan cili pedas katanya.. Ni ikan pulak makan cili, apa kes?? Ikan apa yang makan cili tu.. habaq mai sat..

Sumber gambar Rilekssminda

Ni nak habaq la ni.. sabaq noh.. Alkisah den pergi mancing. Pancing ada umpan takdak.. Tepi sungai tu ada pokok cili.. Ketagih sangat nak mancing ikan kekdahnya. Lama tak mancing ikan. Last mancing ikan pun masa budak2. Masa kanak kanak ribena beri dulu memang salah satu hobi den ni memancing ikan. Kalau kengkawan ajak mancing.. Ya Allah tak tergambar betapa hepinya.. Masih terbayang kenikmatan merasa macam mana ikan menarik2 batang pancing.

Sebab umpan  tak dak.. Saja try guna cili letak kat mata kail humban dalam sungai. Tak sampai sekejab rasa batang pancing dah kena tarik.. apa lagi rentap la naik. Sekor ikan. Letak lagi cili.. baling dalam air.. sekejab naik lagi ikan.. Begitu la seterusnya sehingga banyak ekor jugak la dapat. Tetiba terdengar suara asben ku panggil.. Dengan mamai2 antara pancing ikan dengan suara suami.. aku buka la mata. Aduhai.. kenapakah ini semua hanya mimpi. Tengah syok2 mancing ikan tetiba terbangun memang spoil.

Ni tak boleh jadi.. tahap kerinduan nak pancing ikan semakin membuak buak. Kena cari satu hari di weekend hari untuk buat aktiviti memancing ni. Tapi arwah ayah pernah cakap masa aku kecik2 dulu.. aku cerita kat ayah aku mimpi pancing ikan kat anak sungai yang jernih. Nampak ikan berenang.. Ayah kata mimpi ikan & air ni orang2 tua kata rezeki. Alhamdulillah.. kalau mimpi tu petunjuk dari Allah yang aku bakal dapat rezeki. Tapi hangpa jangan la dok percaya bulat2 pulak.. Ramalan2 mimpi ni tak payah taksub. Dengar sekadar hiburan sudah.

Pada yang torkono bang bang boom dengan entri mimpi pancing ikan guna umpan cili padi tu jangan marah. Sekali sekala kena juga bersantai santai. Tapi mimpi tu bukan rekaan semata mata, ok! Sememangnya aku bermimpi pancing ikan berumpan cili padi semalam.. kekekekeke

Hakmimpiterpelihara kekekeke

6 comments:

  1. Kahkahakh melampau ni kalau ikan betul2 makan cili padi

    ReplyDelete
  2. hahhahahaa keturunan thailand kekdahnya... punyalah semangat aku baca kak... mimpi rupanya.... baru ingat nak terai... wkakakaka

    ReplyDelete
  3. haha...merah bibir ikan tu tergigit cili padi ! HAHAA

    ReplyDelete
  4. sib baik mimpi,kalau tak,tak payah gulai ikan tu dah pedas.

    ReplyDelete
  5. Serius lawak. Kalau kat sebelah ni memang nak letuk je kepala. Hahaha... Samalah kita, Suria. Kalau dah termimpi-mimpi di siang hari tu, memang akan terus bawa masuk mimpi di malam hari. Seriuslah akak percaya yang ikan tu makan umpan cili padi.

    Kalau betul mimpi pancing dan ikan tu membawa rezeki, kiranya rezeki tu mungkin datang dari advertorial yang sedang dipikir-pikiran itulah ya ^_^

    ReplyDelete
  6. kalaulah betul dah mintak abah saya guna cili..lepas masak lemak cili api..dah jimat cili..ikan dah pedas

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!