PENJELASAN ROSLINA SHAHARUDDIN TENTANG KOMEN HINA SURIRUMAH

6.11.14 Suria Lekatlekit 23 Comments

Zaman media sosial ni semua pun pakai taip takde nada yang ada cuma ayat yang boleh jadi macam2 maksud. Kadang2 maksud kita lain tapi cara penyampaian kita salah maka jadi salah faha, Yelah.. takde bernada la katakan. Nak2 lagi ayat2 sindiran ni.. Bukan semua orang paham ia cuma satu sindiran. Kadang2 orang paham apa yang tertulis tu je


Macam tu jugak yang berlaku pada akak sorang ni yang komen dia semakin jadi viral sebab katanya menghina surirumah.. Rupanya akak ni pun seorang suri rumah apa yang dia komen cuma macam nak sindir orang2 yang pernah ucapkan kata2 macam tu kat dia hanya kerana dia surirumah




 Kita terima yang psoitif sudah la. Hentikan menyebar salah faham ni.

Kesian pulak.. den pun tersalah paham jugak mula2. Yelah tak tau hujung pangkal tetiba orang sebar screenshoot komen dia yang agak pedas jugak la bila kita baca nak2 kita ni surirumah kan.

Moral of the story.. Berhati hati nak menulis di laman sosial ni.. kalau nak perli @ sarcasm ni makesure orang faham benda tu satu sindiran sebab kalau berlaku salah faham akan berlaku la perkara perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri. Yer Allah tahu niat kita tapi kita kena jugak protect diri sendiri. Moga jadi pengajaran pada kita semua yang bersosial di laman sosial

23 comments:

  1. aku baca sekali imbas dengan tenang, faham dia menyindir... selalu kita baca dalam keadaan marah memang susah nak faham... hahaha kekadang sarcasm ni tak semua faham kan kak suria...

    ReplyDelete
  2. Kan..tak pasal2 jadi pupular akak ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang cari glamour...hanya org yg mengenalinya sahaja yg tahu. Tercapai sudah impiannya.

      Delete
    2. tidaklah seperti kamu sorok-sorok diri sebab tak nak glamourlah konon ha..ha.. tak kenal akak tu kata kenal, mak sebok kamu ha..ha..

      Delete
  3. org malaysia ni mmg suka bab2 hentam org.

    ReplyDelete
  4. salah dia jugak..tiba2 nak masuk campur dan sindir2 orang yang orang lain tak kenal..
    kalau berani sangt pi la cakap depan2 orang yang sindir2 dia..tag sekali kalau berani la...hehehe

    ReplyDelete
  5. kena hati2 dalam berkata2..
    sebab cakap berdepan dengan tulisan dalam laman sosial tak sama..
    sure akn ada yang salah faham

    ReplyDelete
  6. orang suka sebar part yang konon menghina je...crop...pastu sebarkan...amenda ntah...cer tgok org luar...ada ke viralkan bab2 mcm ni.....tp salah dia pun ye jugak kan....

    ReplyDelete
  7. saya confuse mulanya
    ingat screenshot yang pertama tu orang lain, rupanya orang yang sama
    lama sangat dia memendam rasa sampai jadi gitu
    tetiba teringat mak sendiri pula yang lebih kurang aje umur,
    beza mak sendiri tak pandai guna kemudahan ni, dia luahkan pada anak-anak je

    apapun saya setujulah dengan cik lekit
    kalau orang salah paham message yang cuba disampaikan, susah pada diri sendiri

    ReplyDelete
  8. Saya pon suri rumah sepenuh masa sejak anak pertama mula skolah. And dat was in year 2003. Lepas tu dah tak bekerja dah... Masa tu suami pon tak bagi keje. Pertama: Tak nak membebankan ibu saya utk menjaga anak. Cukup lah ibu saya membesarkan saya dan kini tiba masanyer saya besarkan anak sendiri dgn tgn saya sendiri. Kedua: Kalau antar childcare pon, duit gaji kita abis kat situ. Bukan murah. Lepas tu kita tak nampak aper org buat kat anak kita. Memang tak suma childcare yg ader bad record. Tapi saya tak nak, sekira something bad happen kat anak saya, itu jam baru nak nyesal. Saya bangga sbb saya get to spend more time dgn anak2 dan anak2 lebih close dgn saya. Ader aper2 masalah ke, homework ke, drg tetap carik saya. Terasa penting diri saya nie dlm umah. Saya bagi satu example, sepupu saya, dia dan suami bekerja. Anak2 dijaga oleh maknyer iaitu makcik saya. Sebab anak2 close ngan neneknyer drg, drg tak kisah pon mama nyer ader ke takder ke. Tak semestinyer kita suri rumah, bila dah dok umah, terus jadi bodoh. Saya yg dok umah nie, lebih fasih menggunakan computer, dari segi software dan juga saya lebih cepat menaip compare to suami saya sendiri. Mungkin org2 dulu..zaman org tua kita atau atok nenek kita dulu, yerlah nenek dok umah tak tau aper2 yg happen kat luar. Tapi sekarang zaman dah berubah. Kalau ader aper2 news kat luar tu pon. saya lebih cepat tau compare to suami. See the difference. Saya yg selalu tukang bagi info pd suami. Mungkin tak suma perempuan yg mampu jadi suri rumah sepenuh masa sbb economy dlm rumahtangga. Tapi jgn lah mereka yg kluar bekerja tu, memandang rendah pd kita yg suri rumah nie. Saya masih tetap boleh bergaya bila kluar hujung minggu. Dan saya lebih selesa bergaya bersama suami dan anak2.... Ini hanya pandangan saya.

    ReplyDelete
  9. Saya syorkan penggunaan postfix "/s" diakhir statement macam dalam forum-forum omputeh, baru orang lain tau ianya sarcasm/sindiran.

    ReplyDelete
  10. Tapi ada juga jenis wanita yg x suka / rimas ddk rumah..jg anak..lebih rela keluar bekerja..hairankan??

    ReplyDelete
  11. Saya dah hampir 5 tahun jd suri rumah berijazah...best gile...:) bekerja dr rumah..alhamdulillah ♥

    ReplyDelete
  12. Err ada nmpk beberapa hari lepas. Kesimpulannya, bkn apa yg kita nmpk tu mcm apa yg kit fikir. Hurmm mmg ramai yg baca mengamuk aritu

    ReplyDelete
  13. Sebelum share apa2 berita baik kita pastikan terlebih dahulu kalau tak sepanjang hayat tanggung dosa tu.

    ReplyDelete
  14. ayat yang akak tu tulis, tak jelas dan mengelirukan.

    sebab tu orang marah. normal kalau orang marah. silap dia sebab main komen gitu aje.

    nak marah takde hal. janji ayat kasi orang mudah faham.

    so..memang silap kat dia.

    ReplyDelete
  15. Ayat pun mmg mengelirukan...sbnrnya saya knl sgt...nk glamour je..Tiada siapa yg menghinanya cuma apabila manusia rasa diri hebat dan cuba mendapatkn perhatian orang lain tetapi tidak diperolehnya..maka diri rasa org lain menghina sebegitu. Hanya insan yg benar2 mengenalinya tahu siapa dia. Suaminya sgt baik..masakan suaminya menghinanya sbg suri rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahatnya mulut kamu.. sama angkuh dgn yg kata kepada akak tu... Pembohong dan bodoh kamu

      Delete
  16. salah sangka memang akan berlaku di mana-mana lebih2 lagi ayat yang tidak tahu hujung pangkalnya..memang ramai kawan2 saya yang menjadi surirumah marah sangat2 dengan komen akak tu..betul juga apa yang akak tu ckap,..bila sebut suri rumah je orang akan tanya,,tak cari income sendiri?why? jaga anak, jaga makan pakai suami itu sangat mulia..dan ramai je surirumah tu pegang ijazah..boleh ajar anak mereka di rumah.
    kos jaga anak, kenderaan, minyak kereta pergi balik kerja,makan lagi..emmm tolak gaji..tinggal la ciput..

    ReplyDelete
  17. Itulah pasal. Siapa yang perkenalkan screenshot ni, dialah yang bersalah... Jadi surirumah ni bagus apa, impian kebanyakan wanita bekerja yang ada anak-anak. Akak pun kalau boleh nak jadi Home Minister juga tapi tulah, akak punya pitching kuat sangat kalau kat rumah. Semua tak tahan jadi, suami dan anak-anak suruh akak kerja je sampai pencen. Masa tu suara dah tak kuat sangat kata mereka!

    ReplyDelete
  18. Masing2 de cabaran, walaupun bekerja makan gaji tapi hati dup dap dup dap fikir anak selamat atau tak, di rumah pengasuh atau taska. Jadi surirumah, tertekan juga duit tak de. Masing2 ada pro dan kontra, kalau kita rasa seronok jadi surirumah , semua benda pun seronok dan mudah. Biarlah apa orang kata, yang penting kita rasa tenang, anak depan mata. duit boleh cari walaupun duk rumah sekarang ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!