PROGRAM REALITI TV BERTUKAR JADI RANCANGAN BERSAMAMU

11/26/2014 02:06:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Aku suka tengok ujibakat rancangan realiti tv nak2 lagi yang nyanyi2 sebab banyak part2 yang kelakar. Sebab yang datang ujibakat tu kadang2 depa tau depa takdak bakat menyanyi pun tapi datang semata mata nak jumpa artis pujaan jer.. Ada juga yang perasan berbakat sebenarnya berkarat.. Tu pun lawak jugak over confident lepas tu tak boleh terima kenyataan bila tak dapat.. Dan yang wajib ada merasuah cerita sedih untuk dapat simpati supaya terpilih..


Part yang dok merasuah dengan cerita sedih tu yang bukan kata tak kesian tapi ada sedikit kemeluatan kat situ.. Pertandingan nyanyian bukan orang nak vote kau atas dasar kau orang susah, nak kena sara family tapi pertandingan nyanyian orang vote pada kemampuan vokal & persembahan kau. Kau nak tagih simpati pi masuk bersama mu kalau betul2 kau susah yang perlu bantuan dari pihak lain. Ni datang ujibakat bila tak terpilih mula tersedu sedan cerita kesusahan yang di hadapi.. Buat orang rasa bersalah sebab tak boleh nak tolong kau sebab kau takde kriteria yang depa nak untuk melayakkan kau mencuba nasib dalam pertandingan tu. Watdehek!

Apa2 rancangan realiti TV pun mesti ada babak2 airmata cerita keperitan hidup.. Nak jadi penyanyi sebab nak tolong keluarga susah. Ni adik kakak abang.. Berapa ramai peserta rancangan realiti TV yang tak berjaya pun dalam seni hiburan. Ada yang jadi juara lepas tu senyap.. Belum tentu jadi penyanyi tu menjamin kau hidup senang. Ikut nasib jer.. Yang suara kebabom pun kadang2 tak bernasib baik dalam bidang seni, apatah lagi setakat suara karaoke.. Jangan mengharap nasib kau macam Najwa latif sangat.. suara karaoke pun mampu berjaya. Dia suara karaoke pun dia ada kelebihan mencipta lagu sendiri yang bersesuaian dengan suara dia. Lebih bagus pi cari kelebihan dulu sebelum mencuba nasib dalam bidang seni. Setakat pandai pegang mic jer.. Jangan berangan sampai ke angkas lepas, ok!

Hope lepas ni kalau ujibakat rancangan realiti nyanyian ni takde sangat la drama2 airmata meraih simpati judges untuk dapat melayakkan diri ke peringakat seterusnya. Sebab kalau kau tak layak kau menangis berbaldi pun depa cuma pujuk kau sabar jer. Orang yang tengok dari simpati rasa nak maki. Sebab kau paksa orang terima kau sedangkan kau memang tak layak. Jadikan pengajaran pada mereka2 yang nak pergi ujibakat.. sila tak payah cuba merasuah dengan cerita sedih kalau tak dapat lebih baik kau terima hakikat.

P/S : aku ni suka tengok ujibakat jer.. tapi belum tentu ikuti persembahan depa tiap2 minggu. hahaha

11 comments:

  1. betul.

    i dont think "menceritakan kesusahan" is better way to show your talent

    ReplyDelete
  2. btul2... stuju sangat. mmg meluat tengok yang tagih guna air mata... tak perlu la macam tu...

    ReplyDelete
  3. malas nk tgk program realiti..cukup2 la dh bnyk pnyanyi kt malaysia ni..hhehhe

    ReplyDelete
  4. Tu la..guna modal lain je la..dah basi la dok guna model cerita hidup susah ni...rata2 orang malaysia ni memang susah..yang pura2 senang tu banyak la..mai ja audition dan2 tu la tau hidup nya selama ni susah...kalau dengan cerita hidup susah tu boleh jadi artis,dah lama dah akak ni ajak mak akak jadi artis jugak dulu..

    ReplyDelete
  5. paling epic yang interview utk mas idayu tu lah :) hadoii. memang kita yang tengok stress dengan mamat tu

    ReplyDelete
  6. Isu ni laki aku bangkitkan.... dia kata kalau nak buat citer sedih pi masuk bersamamu.... aku pun sakit , teringin jumpa zamani, tapi takdelah meroyan gitu.... modal basi kak suria... dari dulu gitu... macam jadi retis bley tanggung hidup sampai mati...

    ReplyDelete
  7. Tengok gak. Alahaiiii...nak ujibakat jadi penyanyi sambil minta simpati kot. Rasanya tak perlu lah nak citer kesusahan hidup bagai kan. Tak sesuai.

    ReplyDelete
  8. sekarang ni trend terbaru ialah nak hantar mak ayah pergi haji... dia igt senang nak pegi haji, kena ada kuota, kena tunggu giliran tapi xpelah, harap2 betul betul lah mak ayah diaorg dapat g haji.

    ReplyDelete
  9. Betul cakap kak suria tu. Ramai betul yg pergi ujibakat pastu bila tak terpilih, rasuah artis dgn cerita susah dia. Kalau susah kerjalah. Bukan jadi penyanyi.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tengok rancangan mencari bakat ni, Suria. Dah melambak sangat sampai tak tahu nak tengok mana satu. Memang part memilih ni kita yang bukan juri pun dah pening. Kadang boleh guling-guling bawah meja makan lagi tengok keletah mereka. Bab suara tak sedap tu, kalau naik pun entahlah berapa lama boleh bertahan. Kalau perempuan, boleh juga cari laki orang kaya!

    ReplyDelete
  11. suka part ujibakat sebab lawak..tapi dah lama tak tgk tv :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com