SEDEKAH PALING MUDAH CLIK BUTTON SHARE

11/28/2014 03:41:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

memang dia bukan anak kita.. kita tak rasa susah apa yang menjadi kesusahannya. Kita tak merasa perit apa yang menjadi keperitannya.. Tapi mampukah kita tidak merasa sedih melihat penderitaannya.. Dia terlalu kecil tapi terpilih untuk meneria Ujian & dugaan berat. Sekecil umurnya setahun lapan bulan.. Tapi dugaannya yang dewasa pun belum tentu mampu hadapi
 tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini. -entri penuh tentang penderitaan Adik Izz boleh baca kat sini >> Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq <<
Adik Izz.. Memerlukan simpati & bantuan dari kita semua. Jika ada kemampuan dari kewangan, sumbanglah dalam bentuk kewangan, takde duit sumbangkan dengan cara menyebarkan khabar ni, kalau tak mampu sebarkan.. Sedekah doa untuk kesembuhan & kesihatan Adik Izz

Untuk sebarang sumbangan boleh merujuk kepada Bapa kepada Adik Izz
Blog : http://ekjozbuluh.blogspot.com/
 Fanpage : PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome

Betapa mudahnya zaman sekarang kita hendak melakukan sedekah.. Mungkin sedekah kita bukan berbentuk harta atau wang ringgit tapi dengan sebarkan perkara ni mungkin di terima Allah sebagai satu sedekah siapa tahu. Dengan share kita mungkin yang berkemampuan dari segi kewangan dapat menyalurkan bantuan. Maka bantulah apa yang kita mampu. Takkan tak mampu walau hanya dengan 1 clik share kot....Sama2 kita doakan yang terbaik budak adik Izz.

5 comments:

  1. Allahuakbar..seorang lagi blogger menceritakan kisah adik Izz..sebak hati ini

    ReplyDelete
  2. moga adalah sinar dan harapan buat adik izz

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar! Ucapan terima kasih tak terhingga atas siaran ini. Semoga dengan doa dan sokongan diberikan, ada jalannya untuk adik Izz sembuh nanti.

    ReplyDelete
  4. Siapa yang boleh tahan melihat anak sekecil ini menanggung derita? Saya baca pun dah merah mata. Insya Allah, moga ada sinar baru unutk Adik Izz sembuh.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com