TELEKUNG SOLAT GAMBAR WATAK KARTUN FROZEN

11/18/2014 11:00:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Aku sebenarnya tak pernah pun tengok cerita kartun Frozen ni sebab anak aku pun tak pernah tengok & aku pun tak pernah perkenalkan dia dengan kartun ni & dia pun tak tunjuk minat dengan apa2 jugak produk tak kira pakaian ke hapa dengan corak watak kartun ni tapi aku pun ikuti perkembangan semasa & aku tahu memang frozen menjadi kegilaan kanak kanak sekarang. Sampai ada yang buat koleksi barangan frozen bukan setakat baju bajan je.

Sumber google

Sebab Frozen jadi kegilaan kebanyakkan kanak - kanak maka ramai peniaga mula cari peluang buat duit dengan menjual barangan yang bercorak @ bergambar watak watak dalam cerita kartun frozen ni. Semalam terjumpa satu post kat page OhMedia share satu gambar mungkin gambar ni di upload untuk tujuan mempromosikan telekung solat kanak kanak yang bercorak gambar watak frozen. Siap ada gambar haiwan tersenyum lagi tu. Mak Aiih.. gitu sekali nak ambil kesempatan. Budak2 dia bukan paham sangat hukum hakam tapi kalau mak bapak budak yang belikan untuk anak2 telekung solat ni.. memang trajidis sangat la.


 Info penuh sila baca di Utusan Online

Alasan nak buat anak rajin solat dengan belikan telekung frozen ni rasanya tak berapa relevan sangat la.. Banyak lagi tips & petua lain boleh di gunakan. Even sah solat tapi haram & berdosa.. untuk apa? Buat dosa semasa bersolat?? Yelah budak tu kecik lagi tak tau apa2, tapi kita yang tahu takkan nak ajar jugak dia buat perkara tu, kan?? Jadi renung renungkan.. ini cuma info hujung jari nak fakta lebih tepat & sahih sila merujuk kepada guru2 agama korang yer. Itu lebih afdhal.

11 comments:

  1. saya setuju perenggan akhir tu cik lekit
    sebenarnya yang terlebih taksub tu parents bebudak
    bebudak biasanya relax je =)

    ReplyDelete
  2. kalau Farah ada anak perempuan pun, memang taklah nak beli telekung frozen ni... sebabnya kita masing-masing dah tau kan?

    ReplyDelete
  3. dh makin mengarut pulak org berbisnes ni..

    ReplyDelete
  4. yg buat telekung ni mesti non muslim...tp yg muslim awat bebal nau pi jadi pengedar pulak??? alasan menggalakkan anak solat tu x masuk akal...klu betul nk didik agama, didik betul²...konpius budak tu kang...hehh

    ReplyDelete
  5. apa nak jadi la....mak budak dgn bapak budak tu takkan x bole pikir...adehhh...mmg pedeh..

    ReplyDelete
  6. iskkk bia betik? tak pernah ternampak pulak

    ReplyDelete
  7. belikan telekung biasa pun anak2 boleh solat..tak payah a nak frozen2 sanagt..nak mendidik anak ada banyak cara lain..ini bukan cara yang betul.memesong dan mengelirukan dia lagi ada la...

    ReplyDelete
  8. nk minat boleh, tapi jgn dah terlampau taksub sampai mcm nie sekali...
    jgn smpai minat kita melanggar batas2 syariat..
    budak kecik tak tahu apa2, tapi kita yang dewasa nielah yang bertanggungjawab beri didikan yg betul pd mereka...

    ReplyDelete
  9. Sebagai parents kita kena alert isu ini. Memadai belikan telekung berwarna buat si manja. Dah cukup menarik dah :)

    ReplyDelete
  10. KEBEBALANNYA IALAH MAK BAPAK DIA..APE KE JAHIL SGT ....

    ReplyDelete
  11. Kot iya pun terujanya, jangan buat begitu dong! Bisa merosakkan akhlak anak-anak perawan kamu! Erk, tetiba jadi Indon tiruan.

    Tak faham sungguhlah. Anak memang tak tahu. Makpak pun tak tahu juga ke? Konpius kepala memikirkannya. Nasib baik ada superheroes jek kat rumah. Eh, nak gi beli songkok ada logo minionlah rasenya ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com