AKHIRNYA TERBONGKAR RAHSIA BEDAK RONASUTRA

12/20/2014 12:07:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Baru - baru ni aku ada beli bedak Ronasutra sebab aku survey ramai yang kata bedak tu bagus, elok & cantik di samping bedak tu sangat baik untuk kulit sebab berasaskan mineral. Sesuai la bagi yang berkulit sensitif & bermasalah. Maka sebab survey aku lebih ramai recommend bedak Rona sutra maka aku tak teragak2 la nak bayar RM40 untuk sekotak bedak ni.

Sumber Google

Bedak Ronasutra bagi yang tak tahu bukan jenis compact.. yang biasa kita pakai beku seketul kemudian kita tenyeh2 dengan span sebelum sapu kat muka. Dia jenis serbuk (powder) macam tepung tu.. Almaklum la biasa pakai jenis compact kan... tenyeh & sapu je. sekali beli yang serbuk dia jadi bodoh sekejab la. Katanya boleh guna span.. tenyeh2 dengan span.. nampak hasil tak memuaskan. Sekali dua pakai.. macam tak best dah. Ingat nak tukar jer compact powder jenama farmasi pulak sebab ada orang kat selain ronasutra bedak compact farmasi pun bagus.

Tapi tu la.. baru je beli. Tak luak pun lagi. So, try la google cara pemakaian bedak Ronasutra ni. Jumpa la kat satu blog ni.. Dia bagi tutorial guna berus. Apa lagi berus memang dok ada.. try la tenyeh dengan berus pulak. Sememangnya bukan salah bedak Ronasutra yang tak cantik tapi salah orang yang pakai tak reti. Bedak jenis powder memang tak sesuai sangat guna span.. kena guna berus baru hasilnya malatop kebabom. Baru nampak sekata & cantik.

Antara berus yang ramai kata elok.tapi aku tak guna jenis ni la.Nanti baru nak pi cari

Bila dah tahu rahsia kecantikkan yang tersembunyi ni.. Niat nak campak dalam arkib bedak ronasutra tak jadi la pulak. Tapi tu la.. guna berus ni ambil masa sikit dari pakai bedak guna span tapi apa nak heran aku kalau bersiap memang ambil masa lama pun even guna bedak myami jer pun. aku punya bersiap konon2 hasilnya macam retis.. walhal macam hantu kak limah je pun. hahahaha. Aip.. nak dapat effect macam muka hantu kak limah pun bukan senang yer.. pendek kata nak nampak cantik pun tak mudah, nak nampak buruk pun bukan senang sangat. hahahaha

Apapun.. ini sekadar perkongsian sebab ada jugak yang tak reti guna bedak ronasutra terus buang. Jadi kalau yang tak tahu hope entri ni dapat membantu. Guna berus untuk menyapu bedak Ronasutra ke muka ada yer.. Insya Allah.. Tak jadi panda. bertompok2.

P/S : Pengedar bedak ronasutra pleas suggest pada pengguna yang baru cuba bedak ni supaya guna berus yer.. Kalau tak bagitau kami pun tak tau. Span sememangnya tak berapa effective sangat.

**Aku survey harga bedak ni kebanyakkan RM40++ tapi aku beli dengan sorang akak ni RM40 jer include postage. hari ni buat payment esok tu dah sampai tapi makesure buat payment hari bekerja la. Kalau sabtu ahad posmen cuti... Kalau nak order dengan dia pun boleh... Whatsapp jer 0193769190

8 comments:

  1. Nasib baik kita tak beli-beli prodak kecantikan..haha..

    ReplyDelete
  2. rasa mcm da lama x tenyeh mekap kat muka nie.. sbb tahap mls menebal . . hehe

    ReplyDelete
  3. baru tahu rahsianya . patutlah muka bercapuk bila guna span ...

    ReplyDelete
  4. haah... dulu tau pon coz pakai mary kay..nak beli berus nye kan mahal..gigih jugak laa cari berus yg sama macm tu..hehehehe.. sebab masa pakai silky girl, dia bagi macam yg tepek kat bontot budak tuu..

    ReplyDelete
  5. Memang best..pakai hari² pun boleh. Dah lama beli tak habis² lagi..

    ReplyDelete
  6. Oh...patut ler...tapi aku dah tukau ke supra kroylan dan bedak arab lebih murah...hihi

    ReplyDelete
  7. oo..baru ada hati nak beli bedak ni..kena beli dengan berus sekali lah..tapi saya pakai pixy je..murah,,

    ReplyDelete
  8. Dah lama tahu pasal bedak ni tapi tak pernah pakailah. Pernah pergi nak beli lepas tu tetiba je berubah hati. Tak ingatlah kenapa. Tapi kalau teringin sangat mesti dah masuk dalam mimpi nih... Takda tu maknanya suam-suam kuku ajelah keinginannya. Ya, kalau pakai powder macam ni lebih senang sapu dengan kabuki brush. Barulah boleh nampak macam Che Ta ke, hantu Kak Limah ke, terserah ikut pilihan rona. Hahaha....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com