HOBI SERAM

12/16/2014 02:11:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Amboi hobi apa yang seram sangat katanya.. Hobi memburu hantu macam geng seekers ka? Ke hobi mengangkung panggil hantu? Atau hobi jadi hantu? Ke hobi kerat2 mayat? ataupun kerja kat rumah hantu.. erkk.. tu bukan hobi tu kerja. Apa yang seram sangat hobi kau pontilekit Ooi.. tu dia tetiba tukar nama jadi pontilekit. hahahahaha

Sumber Google

Tahun 2014 tahun yang banyak koleksi seram aku kumpul. Yelah.. tahun ni je baru kumpul dvd seram. Tahun2 yang lepas aktiviti tengok cerita seram ni ter stop sebab bagi ruang untuk urusan rumahtangga. Sebelum ni anak kecik sangat.. Sekarang pun tak besar lagi tapi besar la sikit & dan boleh la aku tengok cerita seram. Kalau dulu tengok kat pawagam.. sekarang belum boleh pergi pawagam jadi kita buat hobi kumpul koleksi dvd seram kat rumah je la.

Semua ni Dvd yang aku beli tahun 2014 even bukan semua filem yang keluar tahun 2014. Sebab aku rasa hobi ni mampu beri kepuasan & keseronokkan.. Bila tengok dvd semua bergenre seram ni.. Fuh! kepuasan yang tak boleh nak cerita katanya. Semakin hari semakin bersemangat nak kumpul lebih banyak even bukan semua filem seram yang aku beli tu betul2 seram & best tapi takpe.. Bila rasa seronok buat sesuatu tu tak rasa rugi pun beli. Semua kebanyakkan aku beli kat Selayang Mall sebab kat situ je murah & kualiti gambar dia cantik. Yelah.. ada sticker original & perakuan B. Kalau singgah selayang Mall rasa macam bersalah pulak kalau tak beli dvd seram hahahaha

Tak sabar nak tunggu jadi banyak ni. Sisa2 2014, Insya Allah akan di tambah lagi koleksi. hahaha

Biarpun hobi aku ni hobi seram tapi tak menyeramkan sangat pun. Hobi tengok & kumpul dvd seram je. Kalau sapa2 ada koleksi dvd seram nak bagi kat aku pun boleh.. Nak2 lagi filem yang takde jual kat Malaysia ni. hahahahaha

Moral Of the story even pergerakkan kita terbatas tapi tak bermakna kita tak boleh buat apa yang kita suka & enjoy. Cuma kita perlu tahu kemampuan kita untuk melakukan sesuatu & jangan compare dengan hidup orang lain, sebab kat situ punca kadang2 kita rasa bangga diri atau kita rasa rendah diri. Sebab kemampuan setiap orang berbeza tapi keseronokkan melakukan perkara yang kita suka, sama je. So, pada surirumahtangga sekalian.. Kita juga boleh berhobi cuma pilihlah hobi yang ikut kemampuan kita. Bukan kemampuan dari wang ringgit je tapi kemampuan masa & tenaga untuk melakukannya. Yang paling penting restu suami & kita enjoy.

P/S : Entri ni untuk kawan aku, jijah yang suka stress, suka rasa kekurangan & suka compare.. Apa kata hang cari hobi baru tak stress. hahahaha (#prayforjijah #weloveyoujijah) Kawan yang paling complicated & paling menghiburkan dengan perangai dia yang kelam kabut.

9 comments:

  1. paling suka paragraph akhir tu suria, terbaik
    betullah kan, lain orang lain cara dia melalui kehidupan
    yang penting kita seronok dengan kehidupan kita
    kalau dok pikir apa aje orang cakap pun payah, tak jadi apa
    saya pun dah banyak belajar tentang ni, ni boleh cedok sikit buat satu entry nanti ni...hehe

    banyak koleksi seram tu, saya dulu rajin juga beli vcd
    sekarang tak ada masa nak layan semua tu, apatah lagi nengok wayang
    nak pinjam hak yang kurang seram boleh dak? hehe

    ReplyDelete
  2. tu dia koleksi...
    sampai header pun boleh wat koleksi tue..
    orang jantung sihat jer boleh layan nie.

    ReplyDelete
  3. Lala ok tak kalau masuk pawagam??anak2 akak memang tak boleh..sebab diaorang berdua ni jenis tengok sambil mengikut apa watak dalam filem tu buat.kalau dia menyanyi depa pun menyanyi.kalau dia melompat depa pun melompat,kalau jerit depa jerit...sebab tu ayahnya kata tengok je kat rumah.sebab tu rumah akak kena ada astro jugak...sekarang ni akak pun tengok juga filem seram.kat siaran kix astro...hantu tu keluar je depa pun start la jadi hantu dok berlawan sampai hingaq la....ingatkan takut..rupanya tak takut pun...memang tak boleh tengok wayang la dengan depa berdua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak masuk pawagam planetarium pun tak nak duduk lama. Dia nak tempat yang dia bebas buat apa saja. dia bukan reti diam. Lagi2 tengok cerita dia tak minat

      Delete
  4. Kalau cerita seram akk suka cerita omputih je kot..kalau cerita melayu blm.jmpa yg betul2 syiok nk layan seram dia..huhu..
    Cerita seram kelakar pun akk suka jgk..tp mcm dh xd sgt skang..huhu

    ReplyDelete
  5. Samalah kita Suria. Dah lama tak menyinggah lepak-lepak kat pawagam dek penangan anak kecil. Tak beranilah nak bawa si kecil ni pi panggung wayang, kang terbazir pulak duit tiket. Seminit pun tak reti diam. La ni dah takut gigil-gigil kalau tempat gelap. Nama je Hero Malaya tapi hati kecik!

    Akak pun suka cerita seram. Tulah lambat roger. Akak dah buang dvd semua. Yang tinggal cuma external hard disk jerk *__* Sekarang ni cuma layan cerita-cerita lama mana yang ada kat youtube. Selalunya tengok cerita siamlah. Tapi tak tahanlah cerita seram siam ni, kalau tak seram memang buat kita 'mengilai' sorang-sorang tengah malam!

    ReplyDelete
  6. buat apa yang kita suka asalkan tidak berlebihan dan menjaga batasnya..enjoy our life..

    ReplyDelete
  7. Hobi kita hampir sama kak Suria. Cuma saya suka kumpul buku dan kak suria suka kumpul dvd seram.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com