BILA SALIB TERPACAK DEPAN RUMAH AKU

1/07/2015 02:22:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Tu dia apa kes tetiba cerita salib terpacak depan rumah pulak. Jangan nak fitnah2 apa2 yer.. Aku masih Islam kalau nak tahu macam mana salib boleh terpacak depan rumah aku meh baca dulu yer jangan nak buat spekulasi

Buka2 pintu je terus nampak salib terpacak depan rumah. Dengan size agak besar & memang jelas la mata memandang rasa macam tak sedap pulak. Yelah.. memang tak boleh nak elak dari tengok sebab buka je pintu memang auto nampak. Almaklum la rumah jenis buka pintu nampak pintu rumah orang la katakan..

Ni bukan carian google tapi aku gigih snap sendiri tapi pandang kiri kanan jugak la takut jiran2 lain nampak kang pelik pulak depa. hahahaha

Actually owner rumah depan rumah aku ni memang melayu Islam tapi sejak 2 hari lepas ada penyewa baru masuk. Orang india tapi penganut agam kristian la kot sebab dia pacak salib tepi pintu dekat dinding luar rumah dia. Aku perasan dia pacak salib tu semalam masa buka pintu. Takpe hak beragama dia kan, kita tak boleh nak halang selagi dia tak ganggu sensitiviti agama kita tapi aku tertanya tanya.. sebab owner rumah tu kan orang Islam.. so, rumah dia di sewa bukan orang Islam lepas tu letak tanda keagamaan macam tu.. Boleh ke? Aku try la google info berkenaan.. ye ye aku tahu yang lebih baik bukan mengaji dengan google tapi mengaji dengan tok guru agama tapi dah ada kemudahan hujung jari.. So, boleh jugak gunakan. Tak semua info dalam ni tak betul ye dak?

Jawapan yang aku dapat adalah...

Ni penjelasan dari video ceramah Ustaz Azhar Idrus

Sumber Al-ahkam

Ni sekadar info hujung jari selebihnya rujuklah pada guru agama masing masing.  tak kira apapun bangsa & agama jiran baru depan rumah aku hope mulut dia tak tak tahap logi sangat macam jiran veteran sebelah rumah aku ni. Setelah semua ahli mensyuarat tembok dia dah pindah.. lama jugak aku tak dengar suara dia riuh rendah sembang luar rumah atau bertenggek kat depan pintu rumah orang.. semalam dah mula kedengaran suara merdunya bertenggek depan pintu rumah jiran baru aku tu. Hope dia dah insaf & tak ajak jiran baru mengumpat pasal family aku la.. bukan apa2 tup2 jiran nak pindah tetiba datang minta maaf cakap selama ni dok mengumpat family kecik aku ni.. hahahaha.. lawak jugak sebab aku tak pernah ambil kisah pun. Nak mengumpat pun takpe.. lantak la. Kalau dah hobi dia.. biar je la, kan? kekekeke

16 comments:

  1. ini memang perkongsian yang menarik ni... rare dan sebenarnya Farah tak pernah jumpa lagi pun... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Ye setuju...mmg rare...x pnh jumpa lg kes mcm ni..kalau owner bkn melayu sewakan kat melayu ada la...hihihi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. ada baik sewakan pada orang seagama kita..kan? bagus share youtube ustaz azhar idrus ni. thanks ya..

    ReplyDelete
  4. btl tu kalo sy lah owner, sy x bg pada org bukan Islam..sbb kite x thu cara dia jaga umh kite mcm mane.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik.. thanks broo
    sama2 kita ambil iktibar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba jadi bro.. hehehe apapun semoga ramai yang cetak baju dengan awak nanti kekekekee

      Delete
  6. Sama macam kes jiran lama akak la ni..menyembah pokok yang depan umah akak..pelik nya pokok tu bukan depan umah dia..tapi gigih pagi2 datang bertenggek depan umah akak ,siram pokok,mulut kumat kamit..hhhehe..mujur dah pindah dah dia sekarang.pokok tu pun tak pulak mati walaupun dia tak datang menyembah siram bagai..hehehe

    Jiraan mulut longkang macam tu bahaya sangt..Mujur jiran gitu kat rumah akak ni tak de..heheh

    ReplyDelete
  7. Hidup berjiran dengan non muslimtiada masalah.. mana tau kalau kita tunjuk akhlak yg baik, dia pun suka. Moga tahun baru membawa seribu kebahagiaan

    ReplyDelete
  8. saya baru tahu juga bab ni
    nice sharing suria
    eh ada lagi jiran hak suka buat mesyuarat tingkap tu
    lama juga dia dekat situ ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang tak pindah dah kot.. rumah tu mendiang suami dia dah beli. rumah sendiri.. lgpun dia memang takde rumah lain dah

      Delete
  9. Bagus info. Pernah juga terfikir pasal ni. Takpa berguru bukan dengan en. google...kita cari melalui dia, bila dah jumpa pandai2lah saring yang mana betul yang mana idak :)

    ReplyDelete
  10. Nice info.. Utk yg byk rmh sewa tu patut amek kira..

    ReplyDelete
  11. cuba email ke ustaz untuk tolong jawabkan persoalan

    ReplyDelete
  12. Ada satu jiran yang suka buat mesyuarat tingkap ni memang meriah dunia :) Takpalah at least ada juga orang yang ambil berat tentang kita kalau tidak tak akan sampai termengumpatkan.

    So, konklusinya bolehlah sewakan rumah pada non Muslim ni sebab bukan kita tahu pun niat dia nak jadi alim sampai gaya gitukan....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com