RUMAH PAPAN BERHANTU

2.1.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Yang tinggal di rumah papan tu jangan cuak sangat ok.. Bukan semua rumah papan tu berhantu tapi yang den nak story hari ni kisah sebuah rumah papan yang berhantu. Biasa la banyak rumah2 pusaka di tinggalkan kat kampung. Rumah pusaka kebanyakan rumah peninggalan orang dulu dulu.. memang majoriti rumah papan. Tapi bukan semua berhantu.. Yang berhantu cuma satu rumah ni sebabnya ada kejadian ngeri yang pernah berlaku menyebabkan rumah tu menjadi seram & menakutkan...

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisahnya.. bermula bila seorang wartawan cuma mencari maklumat kes pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah papan. 3 pembunuhan misteri telah berlaku kat situ tapi ketiga2 kes pembunuhan tu berlaku dalam tempoh masa yang lama antara satu kes dengan kes yang lain. Kira setiap zaman tu ada satu kes kat rumah tu.. Sampai wartawan ni jumpa maklumat apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tu dari kejadian2 mistik & menyeramkan yang berlaku pada dia ketika dia menyiasat kes pembunuhan misteri tu. Kiranya hantu2 dalam rumah tu cuba memperlihatkan pada dia macam mana kejadian pembunuhan tu berlaku semasa dia pergi ke rumah papan tu untuk menyiasat. Rupanya ada seorang doktor yang melakukan semua pembunuhan tu dengan cara yang sangat kejam & ngeri. Doktor ni macam mental jugak... mangsa yang di bunuh ada sebahagian organ di makan.  Tapi doktor yang melakukan pembunuhan tu dah di penjara semasa wartawan ni cuba menyiasat pembunuhan misteri & ngeri tu.

Sumber google

Tu secara ringkasan sinopsis Filem seram Thailand bertajuk The House. Filem ni bagi aku best.. babak2 seram dia pun tak mengecewakan walau hantu dia tak muncul lama2 tapi kerap muncul. Peranan hantu2 dalam filem ni lebih kepada hantu yang minta tolong supaya kematian mereka di terbela bukan hantu yang nak balas dendam pada pembunuh seterusnya membunuh pembunuh mereka. Ending cerita ni pun tak la rasa nak bakar tv sangat tapi aku tengok kat youtube jer semalam. Ada english subtitle, kualiti & sound ok.. so boleh la tengok. Filem ni takde babak2 intim sangat cuma babak ngeri jer. Tapi filem ni di klasifikasi 18 tahun keatas. Jadi maybe tak berapa sesuai di tonton dengan anak anak kecil.

Sumber google

Bagi yang berani boleh layan filem ni. Ni filem lama tahun 2007... Boleh search kat youtube. Filem ni katanya di adaptasi dari kisah pembunuhan yang pernah berlaku di sebuah rumah papan di Thailand. Thailand ni banyak sungguh kisah mistik kan? patutlah filem seram depa jarang yang mengecewakan.

4 comments:

  1. Wah... Teringin pulak nak layan film ni sis..

    ReplyDelete
  2. Filem seram thailand mesti diambil dari kisah sebenar..yang akak tengok dulu Nang Nak la..yang tahun 9 puluh berapa entah...tak ingat dah..

    ReplyDelete
  3. ooo kira kisah benar la ni? seram ni

    ReplyDelete
  4. Yeah, dah tengok lama dulu masa time halloween ler tu. Layan cerita hantu Siam ni best. Sambil baring-baring santai atas sofa. Lepas tu gelak macam vampire sorang-sorang :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!