UPACARA BERCERAI ATAS PENTAS LIVE DI TV

8.1.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Tetiba terdetik di hati nak tulis pasal ni.. Yelah,idea yang datang jangan di persiakan. manafaatkan di blog, tak rugi katanya. Siapa gamaknya bercerai atas pentas ni.. Kalau melamar atas pentas yang tengah kecoh sekarang ni orang tahu la sapa kan.. Tapi bercerai atas pentas rasanya tak nampak jadi viral lagi...

Belum lagi tapi tak mustahil jugak akan berlaku di masa akan datang. Sebab manusia sekarang semua nak show off kata omputih. Semua nak tayang.. suka nak tayang.. sedih nak tayang.. beromen pun nak tayang.. Pendek kata manusia sekarang ni tahap kemaluan dalam diri tu semakin hari semakin nipis... setipis selaput dara katanya... hahahaha matila perumpamaan tak senonoh sangat.

Bila semua perkara dah macam bukan privacy atau jadi aib lagi esok2 nak bercerai pun buat live update atau live show kat TV... bercerai secara eklusif & gilang gemilang katanya. Tak payah jadi teka teki lagi status perkahwinan tu... Dengan sound speaker, lafaz cerai pakai microfon siap ada background music.. ada penari ballet mengiringi lafaz cerai. Ha! kau.. baru la peristiwa cerai kau jadi Cerai of the year. hahahahaha


 Gambar sumber google editing semata mata

Apa yang kita rasa sekadar fantasi sekarang ni dah macam tak mustahil boleh berlaku. Dulu mana ada orang melayu Islam melamar atas pentas macam mat saleh.. sekarang dah ada. so, apa pelik kalau dulu takde orang buat upacara bercerai atas pentas & di siarkan di TV.. akan datang ada orang buat. Sebab orang sekarang terlalu open minded sampai koyak rabak pemikiran depa.

4 comments:

  1. betul juga tu kan suria
    lagilah kalau yang public figure ni
    semua benda diorang tayang, sungguh daku pun tak paham
    tapi memang tak mustahil akan ada peristiwa gitu

    ReplyDelete
  2. Fuhhh deep maksudnya nie kak. .
    Kalau ada orang buat mcm nie. fuhhh mmg publisiti kaw kaw punya

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Pertama kali dengar bab ni tapi memang tak mustahil boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Boleh usulkan idea ni pada portal gosip online. Mana tau jadi viral satu hari nanti. Senang nak announce status perkahwinankan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!