MISTERI TOMYAM RESTORAN BLOK A

18.2.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Tu dia.. Semalam merintih hiba katanya hari ni terus keluar cerita misteri bagai.. Even ada yang menyindir tulis pasal hantu pun salah, aku tetap dengan konsep.. 'Peduli hapa aku!!' Hidup di laman sosial ni.. tak payah riak sangat kau tak pernah sentuh langsung pasal orang lain, kalau tak kat blog pun cuba semak kat FB, twitter kau tu, kan? Jangan rasa jadi betul bila kau tak cakap hal orang kat blog tapi tulis kat tempat lain jadi pahala melimpah ruah.. kang ada yang acah2 gud gud dok mai tegur pulak padahal kalau sinun mengumpat orang kemain dia like... Ok ok.. berbalik pada cerita misteri tomyam restoran blok A ni..

Sumber google

Ok.. kat rumah aku ni ada satu restoran kat blok A.. aku tinggal kat blok c. Restoran ni biasa restoran masakan panas. Ada delivery. Dari pukul 4 petang sampai 4 pagi. Kalau malas masak tu... call je la. Tapi yang jadi misteri adalah Tomyam dia. Mesti korang tak sabar kan nak tahu apa kemisterian yang terdapat dalam tomyam dia tu. Ada daging manusia ker? Tomyam dia bersaka ke? Atau tomyam dia rasa macam air mayat?

Aku tak tau la apa dia campak dalam tomyam dia.. dari dulu sampai semalam aku makan mesti sakit perut even tahap tak serius. Asal makan je esok pagi kena dating jugak dengan En J dua tiga kali baru ok. Sampai sekarang jadi misteri sebab kalau aku makan tomyam masak sendiri atau kat tempat lain memang takde la sakit perut. Aku rasa nak siasat jugak la.. mana lah tau dia rasa aku chubby sangat dia letak julab pulak dalam tomyam tu kan nak bagi aku slim. hahahahaha Apapun tomyam dia memang tak azab sangat dari segi rasa.

Apapun masakan lain especially nasi goreng petai dia aku suka.. even simple entah la aku suka. Dan yang paling aku suka sebab ada delivery.. Tengah2 malam tengok cerita hantu kalau lapar call jer.. Kalau tengah malam jangan terkejut tetiba order nasi goreng ke, mee goreng ke hapa dia bagi selambak size bangla makan punya. Melantak la sampai tergolek katanya. Nak abiskan stok kot...hahahaha

Mesti rasa macam nak tepuk dahi aku baca entri misteri tomyam restoran blok A ni kan?? Yelah.. Kalau tak letak misteri tak nampak macam puaka sangat katanya. Kan blog ni temanya blog berpuaka. hahahahaha

P/S : Misteri tak semestinya berkaitan dengan perkara mistik je.. Misteri adalah sesuatu kejadian pelik yang tak di ketahui puncanya. So, aku tak tau punca kenapa tomyam tu buat aku sakit perut.. maka ia jadi satu misteri jugak. Hahahahaha

7 comments:

  1. Pergi kedai tu lepas tu try lagi sekali.. kalau sakit jugak perut memang kena rungkailah misteri tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kali makan.. tomnyam jer sakit perut. yang lain2 tak pulak hahaha.. gamaknya rencah tomyam tu kot

      Delete
  2. hmmm susah jugak nak merungkai misteri ni

    ReplyDelete
  3. dia buat pes sendiri kot..pes tu pakai cabai kering..akak kalau benda guna cabaui kering ni,tak kena gaya memang sakit perut...kalau kena gaya ok je..gaya nya akak je yang tau..hahahaha...saja buat2 misteri pulak..hehehe

    ReplyDelete
  4. Memang misteri nusantara ni.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  5. mungkin ada cuka dlm kuah tomyam tu...mungkin la....salam singgah

    ReplyDelete
  6. Kelakar la entri ni. Mungkin sebab tom yam tu pedas sangat kot. Tu yang kerap masuk tandas tu. Tak sangka pula ada restoran tom yam buat delivery.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!